“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Disember 14, 2008

Kaunselor Anda : Kesihan bekas suami

Walaupun difitnah sebelum diceraikan, bekas isteri masih simpati dan mahu bina semula rumah tangga

SOALAN :

SAYA diceraikan suami bulan lalu. Sebabnya, suami tidak puas hidup bujang. Dia mahu bebas seperti kawan-kawannya yang masih bujang. Jadi, dia menabur pelbagai fitnah terhadap saya dan mengungkit kisah silam saya yang mana saya pernah ada kekasih sebelum berkahwin dengannya. Selepas kami sah bercerai, bekas suami menghubungi saya dan mengakui semua pengakuan yang dibuatnya di mahkamah dulu adalah caranya untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab dan mahu hidup bebas. Dia menangis dan merayu saya memaafkannya.

Puan, sesekali saya rindu padanya dan kasihan, lebih-lebih lagi dia perlu bekerja keras untuk menanggung hidupnya dan membayar nafkah anak. Mulanya saya berasa apa yang dialaminya itu adalah balasan yang diterimanya selepas mengaibkan saya pada orang kampung dan keluarga kononnya saya ini bukan perempuan yang baik. Tapi, saya kasihan pula melihat anak yang masih kecil dan belum faham apa sebenarnya yang berlaku antara emak dan ayahnya. Buntu saya puan.

Bella, Kuching.

JAWAPAN :

BELLA yang dikasihi, hidup ini ibarat belayar di lautan, ada masanya laut tenang dan kapal belayar dengan baik, tapi ada ketikanya badai, lalu kapal terolang aling dan memaksa penumpang membuat persediaan andai kata kapal karam dan tenggelam. Dalam persoalan puan, ada beberapa perkara yang harus puan pertimbangkan sedalam-dalamnya setelah menjadi mangsa kapal yang tenggelam sebelum melayan perasaan kasihan puan pada bekas suami.

Perasaan kasihan itu timbul bila ada rayuan dan permohonan maaf yang dikemukakan, tapi perasaan itu akan hilang bila hati puan dilukakan apa lagi nanti, bila rasa dendam dimalukan di mahkamah. Kehidupan rumahtangga tidak mampu diteruskan hanya dengan perasaan kasihan atas rayuan maaf dan ingatan kenangan semata.

Kehidupan ini menuntut pengorbanan, kejujuran, kesabaran dan paling penting menuntut tanggungjawab yang tidak bertepi yang digaul dalam mangkuk cinta paling tulus dan kudus tersaji kuat di hati kedua-dua suami dan isteri, lalu tersimpan pula dalam kekukuhan ekonomi yang stabil serta tahap keterbukaan yang sangat difahami oleh suami isteri.

Apa yang sudah puan alami adalah satu titik hitam yang sangat sukar dilupakan. Bak kata orang lukanya sembuh tapi parut tetap ada dan parut akan mudah terluka lagi bila ada pergeseran. Jika puan boleh membina keyakinan yang mantap mengenai siapa diri puan dan apa yang puan mahukan dalam hidup ini dengan jelas serta mempunyai matlamat dan cita-cita yang jelas untuk dituju, maka puan boleh memperjudikan hidup dengan berusaha menerima semula suami dengan penuh jujur dan ikhlas. Jika puan belum cukup ikhlas untuk kembali lagi bersamanya maka puan akan dihantui oleh kisah semalam dan menjadi igauan dalam perhubungan puan.

Seterusnya puan harus mendapatkan pengakuan sumpah yang sesungguhnya daripada bekas suami secara bertulis dengan disaksikan oleh orang yang berwibawa, dalam keluarga puan, yang dia tidak akan mengulangi lagi gaya hidupnya yang lalu. Ketiga puan harus membangun kekuatan untuk melupakan apa yang dilakukan oleh suami pada masa silam. Kemudian berunding dengan keluarga dan dapatkan sokongan mereka yang pada apa yang puan mahukan. Restu dari keluarga adalah sebahagian sebab untuk kita mendapatkan keberkatan dalam kehidupan. Pilihan kedua, andai perasaan takut dan curiga puan belum dapat dihapuskan dari lubuk hati maka tangguhkan dulu hasrat kembali semula kepada bekas suami, belajar berdikari dan lakukan apa yang dapat membuat puan sibuk dan gembira, agar duka dapat cepat dicabut dari hati.

Mungkin jodoh puan ada dengan orang lain. Tapi jika jodoh puan masih panjang dengan bekas suami, mungkin puan akan bersamanya semula. Jika ini terjadi berhati-hatilah jangan pisang berbuah dua kali atau puan terjatuh di tempat yang sama dua kali. Mudah-mudahan Allah memberkati semua usaha yang puan lakukan. Sesungguhnya di tangan-Nya segala ketentuan. Maka mengadu dan berdoalah dengan Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pengasih. Memohon agar apa yang puan mahukan diredai Allah...amin.

Bagi pembaca yang ingin berkongsi masalah dan pendapat dengan Dr Rubiah K Hamzah, anda boleh menghantar soalan ke alamat Ruangan Kaunselor Anda, Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel bminggu@bharian.com.my

Sumber : Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi) di BHarian 2008/12/14

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails