Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana ketika anak anda sedang asyik bermain dengan rakan sebayanya, tiba-tiba si kecil anda secara tidak sengaja menolak temannya hingga terjatuh dan menangis? Walaupun temannya menangis, namun si kecil anda tidak mengendahkannya. Ðia langsung tidak peduli atau membantu temannya apatah lagi mengucapkan kata-kata maaf.
Ya, situasi ini mungkin pernah anda alami. Sudah berulang kali anda meminta si kecil agar memohon maaf setiap kali melakukan kesalahan, tapi selalu dia hanya melihat sahaja tanpa rasa bersalah. Adakah ia berlaku kerana anak ini tidak tahu atau tidak menyedari bahawa dia bersalah?
Sebenarnya, ucapan minta maaf atau menyesal memang agak sukar untuk dilakukan oleh anak ini. Pada usia tersebut, anak sedang berada pada fasa egoistik sehingga belum mampu melihat permasalahan dari sudut pandangan orang lain.
Namun, hal ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Seorang anak harus dibiasakan dan diajarkan mengucapkan kata ‘maaf’atas setiap kesalahan yang dilakukannya. Untuk mendidik anak mudah mengucapkan maaf, faktor terpenting adalah ‘pembiasaan’. Apabila anak ini tidak biasa didedahkan dengan situasi sebegini, ia akan terbawa hingga usia dewasa. Ia juga mungkin mempengaruhi pada perkembangan sosialnya.
Anak mungkin tidak akan disukai di dalam pergaulannya. Selain itu, emosi anak juga tidak berkembang secara positif kerana tidak mengakui kesalahan yang dilakukannya. Sehubungan itu, mendidik anak untuk menjadi seorang yang pemaaf adalah satu keperluan untuk menjadikan dia seorang insan yang merendah diri dan menghormati orang lain yang berada di persekitarannya.
1 – Tunjukkan contoh
Lazimnya anak akan melakukan peniruan terhadap orang yang hampir dengannya, termasuk ibu bapa atau pengasuhnya. Jadi, inilah masa untuk menunjukkan contoh situasi anda mengucapkan maaf. Contohnya, tunjukkan kepadanya bagaimana seharusnya kata maaf diucapkan.
Tunjukkan ketika anda secara tidak sengaja telah menumpahkan susunya, ucapkan permintaan maaf kepadanya. Cara demikian, anak akan terbiasa melihat orang-orang terdekatnya mengucapkan maaf setelah melakukan kesalahan. Secara tidak langsung, dia juga akan bersikap begitu kepada rakan sebayanya atau orang lain.
2 – Tunjukkan penyesalan dengan bahasa tubuh
Pergerakan tubuh juga memainkan peranan untuk mengucapkan kata-kata maaf. Gunakan bahasa tubuh anda pada ketika mengungkapkan permintaan maaf. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan gerakan mata ketika mengucapkan kata maaf, menggenggam tangannya dan memeluknya. Ini membuatkan dia berfikir bahawa ucapan minta maaf ini adalah suatu yang amat perlu dalam kehidupan.
3 – Ðorong anak bertanggungjawab
Selain mengucapkan kata maaf, ajarkan pula anak anda untuk bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya. Misalnya, ketika dia menolak teman sebayanya hingga terjatuh. Setelah si kecil mengucapkan kata maaf, ajak dia untuk membantu temannya berdiri atau memberikan penampal luka. Tindakan ini sebagai bahagian dari pembelajaran tentang tanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya.
4 – Berikan pujian
Tidak ada salahnya memberikan pujian setelah anak anda mengucapkan kata maaf setiap kali dia melakukan kesalahan. Hal ini sebagai penguat bahawa yang dilakukannya adalah betul dan perlu diulanginya lagi jika berlaku perkara yang sama.
5 – Menyedari kesilapan
Anda harus mengajarkan si kecil bila waktu sesuai untuk mengucapkan kata-kata maaf. Contohnya setelah dia menyusahkan orang lain, mencederakan rakannya, mungkir janji, memecahkan pasu atau melakukan perkara-perkara yang dilarang. Dengan cara ini, membantu dia memahami bahawa bukan semata-mata minta maaf tanpa mengerti alasannya.
Tips mudah :
1. Jangan bertangguh untuk minta maaf.
2. Mengajar anak menghormati rakan sebaya.
3. Tonjolkan sikap bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.
4. Ðedahkan adab dan sopan santun ketika berkawan.
5. Beri pujian setelah dia mengucapkan kata maaf.
Semoga bermanafaat!
Rujukan asal : MW#1413 dan Pa&Ma
Capaian entry berkaitan :
# Mengawasi anak di alam maya
# Internet taman permainan penjenayah
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Ahad, April 24, 2011
Mengajar anak mengucapkan kata ‘maaf’
Susunan :
Bawang Goreng
pada
4/24/2011 05:58:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...