“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Jun 09, 2012

10 Cara semulajadi hindari kanser payudara



Mendengar perkataan kanser saja sudah cukup menakutkan kerana akibatnya mungkin boleh saja berakhir dengan penderitaan dan kematian. Akan tetapi hakikat sebenarnya penyakit ini amat dekat sekali dengan wanita. Malah kanser payu dara menjadi pembunuh utama wanita di negara ini.

Sebaiknya ambil langkah untuk menghindarinya sebelum terlewat. Selain usaha meng ambil suplemen, bertemu doctor dan sebagainya ada juga cara semula jadi untuk menghindarinya. Berikut disenaraikan 10 cara berikut boleh dipraktikkan untuk menghindari kanser payudara.

1 - Bersenam

Kajian menunjukkan bahawa seiring dengan peningkatan aktiviti, maka risiko kanker payudara akan berkurang. Bersenam akan menurunkan kadar estrogen yang dihasilkan tubuh sehingga mengurangkan risiko kanker payudara.

2 - Kurangkan lemak

Anda tentu sering mendengar per ten tangan pendapat mengenai hubungan antara kanser payudara dengan makanan berlemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet rendah lemak membantu mencegah kanser payudara. Jenis lemak yang memicu kanser payu - dara adalah lemak tepu dalam daging, men tega, makanan yang mengandung susu penuh krim dan asid lemak dalam marjerin.

3 - Perhatikan cara memasak

Cara anda memasak daging terutamanya akan mempengaruhi risiko kanser payudara. Daging-daging yang dimasak atau dipanggang menghasilkan bahan karsinogenik (amino heterosiklik). Semakin lama dimasak, semakin banyak ia terbentuk. Amino heterosiklik paling banyak terdapat dalam daging bakar yang lapisan luarnya (kulitnya) keras dan hitam.

4 - Makan lebih banyak buah dan sayur

Semakin banyak buah dan sayuran yang dimakan, semakin kurang risiko untuk semua kanser, termasuk kanser payudara. Makanan dari tumbuh tumbuhan mengandungi antioksidan yang tinggi, antara nya vitamin A, C, E dan mineral selenium, dapat mencegah kerosakan sel yang menjadi penyebab terjadinya kanser. National Cancer Institute (NCI) menyarankan pengambilan buah dan sayuran paling tidak lima kali dalam sehari.

5 - Ambil suplemen antioksidan

Suplemen tidak dapat menggantikan buah dan sayuran, tetapi suatu formula antioksidan boleh dijadikan makanan tamba han yang dapat mencegah kanser payudara.

6 - Makan banyak serat

Selain berfungsi sebagai antioksidan, buah dan sayuran juga mengandung banyak serat. Makanan berserat akan mengikat estro gen dalam saluran pencernaan, sehingga kadarnya dalam darah akan berkurang.

7 - Makan lebih banyak soya

Makanan-makanan yang berasal dari soya banyak mengandung estrogen tumbuhan (fito estrogen). Ia mirip dengan estrogen tubuh, tapi lebih lemah. Fito estrogen terikat pada reseptor sel yang sama dengan estrogen tubuh, mengikatnya keluar dari sel payudara sekali gus mengu rangkan kesan penyebab kanser payudara.

8 - Jaga berat badan

Kenaikan berat badan setiap paun setelah usia 18 tahun akan menambah risiko kanser payudara. Ini disebabkan seiring dengan bertambahnya lemak tubuh, maka kadar estrogen sebagai hormon punca kanser payudara dalam darah pun akan meningkat.

9 - Jangan merokok

Merokok akan meningkatkan risiko kanker payudara malah kanser dan juga penyakit kronik yang lain.

10 - Menyusui

Untuk alasan yang masih belum jelas, menyusukan bayi ada hubungannya dengan berkurangnya risiko kanser payudara sebelum menopaus.




Sumber : MW

2 ulasan:

  1. Manusia hanya mampu berusaha...
    Moga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk kita agar dapat kita beramal dengan sempurna...

    BalasPadam
  2. Saya nak berkongsi dengan semua, saya dah berjumpa dengan ramai orang yang menghidap kanser dan bagaimana mereka boleh sembuh. Hubungi saya 010-893 8359 atau klik nama saya ni.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails