“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Jun 17, 2012

Akibat dari sebab




Assalamualaikum,

Maafkan LAMAN-SERi kerana tidak dapat aktif seperti biasa akibat kekangan masa, tetapi  LAMAN-SERi akan cuba sedaya upaya untuk kongsikan sesuatu yang menarik dan mengesankan untuk posting-posting mendatang.

Alhamdulillah, dalam entry kali ini, LAMAN-SERi berkesempatan berkongsikan satu lagi artikel dari favourite blog pemangkin minda, iaitu Ðr Azhar Sarip di MW#1450. Semoga kita semua mendapat walau sekelumit manfaat daripada nukilan beliau, amiin.

Setiap hari pasti ada perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, sama ada yang baik di pandangan mata atau yang jelek untuk dilalui. Biar apa pun situasinya, kita perlu menjalaninya kerana itu yang sudah termaktub. Kita boleh sahaja memberi komen tentang apa yang berlaku, namun kita tetap juga melaluinya biar seribu kata disusun dan setiap kata itu belum tentu mengubah apa yang berlaku.

Ðalam kehidupan ini, ada yang dipanggil hukum alam. Hukum alam menyatakan setiap yang berlaku ada sebab musababnya. Siang tidak berlaku tanpa penyebabnya matahari yang terbit. Malam tidak menjelma tanpa sebab matahari yang menghilang.

Juseru kita sering lupa tentang asal usul sesuatu perkara. Kita mungkin lupa bahawa setiap ayat al-Quran itu turun dengan adanya sebab. Maka sebab itu juga tafsiran dilakukan dengan melihat sebab yang membuatkan sesuatu ayat itu turun.

Mudahnya, dalam hukum alam… akhibat B tidak berlaku melainkan jika ada tindakan A. Jika kita ringkaskan lagi, B berlaku kerana A.

Apa yang sering timbul dalam masyarakat kita, mereka tidak pernah memikirkan ‘root cause’ sesuatu kejadian. Mereka hanya melihat kemarahan seseorang tanpa mencari sorotan mengapa berlaku kemarahan itu. Mereka akan akhirnya menjadikan kemarahan itu sebagai asbab, walhal ia adalah akibat. Mereka akan bercerita ‘sebab’ ini hingga lupa bahawa ia tidak akan pernah terjadi andai tidak ada sebab asal.

Apabila kita tidak mahu membetulkan sebab awal dan hanya menumpukan kepada akibat, kita akan berterusan membuat kesalahan. Kesalahan yang sama dilakukan berulang-kali tanpa memikirkan yang ia hanya bermula dari satu sebab awal yang tidak dibetulkan.

Orang yang tahu bersalah hanya tahu dan kebarangkalian untuk mengulanginya amat besar. Manakala orang yang tahu sebab akibat, akan mengubah sebab agar tidak mendapat akibat yang sama.

Kekhilafan

Kita kata yang kita ingin sekali dididik. Kita lupa bahawa didikan itu datang dari kehidupan. Ibu bapa tidak memberikan waktu khas untuk kelas didikan anak tetapi ia berlaku sepanjang waktu. Apabila kita salah berkata tentang sesuatu, kita diingatkan dan apabila kita melakukan kesalahan yang sama berulangkali, maka kita akan dimarahi. Kita tidak pula boleh mengatakan kepada ibu dan bapa, “berhenti, berilah saya waktu untuk tidak berada dalam kelas didikan.”

Apabila seseorang itu ingin dididik, perkara pertama yang dilakukan adalah dengar dan patuh. Ðidikan berlaku sepanjang hayat. Seorang pendidik itu akan mendidik sepanjang hayat. Mereka boleh bergurau namun jika dalam gurauan itu salah, maka mereka memperbetulkannya dan seandainya ia diulang berulang kali, maka mreka mungkin akan meninggikan suaranya demi untuk menyedarkan wujudnya kekhilafan.

Kita ingin hidup cara kita hingga kita terlupa yang kita perlukan satu cara baru dan dididik dalam segala perkara. Jika kita benar-benar ingin berubah, maka ubahlah sebab. Jika kita benar-benar ingin berubah jangan dilakukan sebab yang sama, memberi alasan yang banyak apabila berlakunya akibat.

Kajian menunjukkan bahawa kekhilafan diri menyumbang 80% daripada akibat negatif. Maka jika kita ingin berubah, ubahlah fikiran yang ada dalam diri kerana ia adalah sebab daripada akibat yang buruk. Sebab yang memberikan 80% akibat buruk.

Andainya kita benar-benar faham sebab dan akibat, Insya Allah kita akan melihat apa bezanya orang berfikiran positif sejati dengan orang yang hanya memberi affirmasi positif.

Jika sebab sudah terukir, maka akibat akan menjelma. Jika akibat yang menjelma bukan sebagaimana kita kehendaki, maka lakukanlah dua perkara ini. Agar sebab yang dulu hanya menjadi pelajaran dan bukan igauan. Jika tidak, sebab yang telah menjadi akibat akan menjadi sebab baru untuk akibat yang bakal berlaku di masa mendatang. Jika ia dibiarkan secara berterusan, maka akhirnya kehidupan menjadi tidak keruan, lalu hiduplah dalam neraka dunia hingga akhir waktu.

Pertama, kembalilah kepada Tuhan dengan sebenar-benar kembali tanpa ada rasa sangsi. Selagi kita bertuhankan manusia dan diri, selagi itu kita sebenarnya tidak mencintai-Nya. Percayalah bahawa kesalahan yang pernah kita lakukan dahulu bukan sekadar kesilapan, tetapi ia menjadi pelajaran untuk hari ini agar tidak diulang kembali. Jika ia dijadikan sempadan maka sebab yang baru, yang lebih positif akan berlaku dan akibatnya di masa hadapan insya Allah lebih positif dan menceriakan.

Kedua, berkatalah hanya apabila Tuhan sudah memberikan kata. Jangan pernah berkata sebelum sampai tanda. Belajarlah untuk memahami tanda, belajarlah untuk menjadi bodoh. Maksudnya kita jangan pernah mendahului keputusan Allah SWT. Jangan kita merasakan yang kita lebih bijak dalam menangani satu-satu isu hingga terlupa yang sebenarnya Maha Bijaksana itu adalah Allah SWT. Kita perlukan Allah SWT sepanjang waktu, walau di mana kita berada. Apabila kita tidak melupakannya walau sesaat, maka kehiudpan dilalui dengan penuh taat. Akibatnya, hidup dilimpahi berkat. Amiin.

Sumber : Ðr Azhar Sarip  di MW#1450



0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails