“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Oktober 18, 2010

Menelusur jejak percintaan tidak ikhlas


“Saya menyesal tidak pernah bercinta, saya tidak pernah merasa jatuh cinta kepada isteri saya, walaupun dia telah melahirkan tiga orang anak saya. Perkahwinan kami dirancang teman-teman jemaah dakwah yang kami ceburi ketika di universiti dulu.”

“Saya tidak pernah melihat wajahnya kecuali semasa akad nikah, apatah lagi mengenali hati budinya jauh sekali. Nasi telah menjadi bubur. Dia wanita yang kurang bersih, rumah kami tidak teratur, makan minum saya apa adanya saja, tiada yang istimewa. Saya selalunya merajuk bila melihat rumah macam kapal pecah, saya redha menolongnya membersihkan rumah, tetapi dia menyerahkan segala-galanya kepada saya.”

“Saya letih pulang dari pejabat, dia pula tidak bekerja, hanya duduk di rumah dengan anak-anak. Tidak bolehkah dia menolong saya menjaga rumahtangga? Bukankah itu kewajipan dia sebagai isteri? Tetapi dia selalu berdolak-dalik, katanya tugas dia hanya melahirkan anak dan menjaga mereka sahaja.”

“Saya pula wajib menolongnya menguruskan kerja-kerja rumah. Saya betul-betul tidak larat hendak menyapu dan mengemas rumah, membasuh dan menggosok baju sendiri, kadang-kadang masak sendiri. Saya hairan, wanita lain pun ramai anak tetapi boleh juga melayan suami dengan baik, bahkan mereka pun bekerja mencari nafkah dengan penuh dedikasi.”

“Betulkah isteri saya tidak mampu menjaga rumahtangga atau dia sengaja memanjakan sifat malasnya yang semakin menjadi-jadi? Saya hairan, dia termasuk wanita muslimah yang kuat beribadah, giat mengikuti aktiviti dakwah tetapi tidak peduli langsung dengan tanggungjawab rumahtangga.”

“Isteri saya tidak cantik, tidak pandai melawa, badannya sentiasa berpeluh kerana sibuk menguruskan anak-anak kami, saya tidak terangsang melihatnya. Kami berhubungan seks hanya kerana memenuhi kewajipan sebagai suami dan takut berdosa jika tidak memberi nafkah batin.”


“Saya rasa tertekan, bila saya berterus-terang kepadanya apa yang saya mahu, isteri selalunya menangis. Akan tetapi dia tidak mahu berubah dan memperbaiki kelemahannya, sekarang dia makin kuat cemburu, dia tidak suka kalau saya bergaul dengan teman-teman wanita.”


“Kalau dia marah, saya kasihankan anak-anak yang menjadi mangsa. Saya bersabar memberi nasihat kepada isteri, tetapi dia memberi respons dengan merajuk dan merajuk saja, tanpa mahu memperbaiki kelemahan diri. Akhirnya saya putus asa dan biarkan saja keadaan ini membelenggu jiwa saya selama-lamanya.”


Kesilapan memilih pasangan hidup

Berkenalan sebelum berkahwin tidaklah haram hukumnya, bahkan Rasulullah SAW tegas menjelaskan dalam hadis baginda yang bermaksud, “Lihatlah kepadanya, sesungguhnya melihat itu lebih berkesan untuk menyatukan kamu berdua.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Merisik-risik keperibadian wanita yang diminati tidaklah salah, bahkan ia perlu dilakukan supaya boleh dinilai apakah ia sessuai untuk lelaki yang mahu meminangnya. Supaya tidak ada penyesalan di masa hadapan.

Mereka perlu mengenali satu sama lain, jatuh cinta dan akhirnya secocok. Jika mereka tidak kenal dan berpura-pura mencintai, akhirnya tidak sehaluan memilih jalan hidup masing-masing, tentu keadaan sebegini akan mencetuskan konflik yang lebih berbahaya. Kalau tidak bercerai, pasti keduanya stres selama-lamanya.

Aneh dan tidak masuk akal langsung, mereka bertahan sehingga sampai tiga orang anak. Di samping sifat menutup diri, malu jika bergaduh didengar orang kerana mereka kuat beragama, sikap pentingkan diri sendiri nyata memburukkan lagi hubungan ini. Kedegilan isteri dan kurang tegasnya suami menyebabkan kemelut rumahtangga semakin berlarutan.

Alasan suami buka cawangan baru

Tidak cinta isteri sekian lama tetapi melahirkan tiga anak? Betulkah tidak cinta? Atau sekadar mencari alasan untuk berkahwin baru? Ramai orang yang berkahwin sebab dijodohkan tetapi bahagia juga, jangan salahkan orang lain dalam hal perjodohan ini. Masalahnya, suami tidak faham fungsinya sebagai ketua keluarga, seharusnya dari awal perkahwinan lagi suami wajib menerima isteri sepenuh hati kemudian mendidik dan membentuk keperibadian isteri sebagaimana yang dia suka.

Cinta boleh dirangsang, kemesraan boleh dipupuk, kasih sayang boleh dinyatakan dengan sikap jujur. Manusia boleh berubah jika mahu berusaha. Disebabkan suami tidak tegas, maka isteri pun tidak ambil kisah tentang perasaan suami. Seharusnya suami berterus-terang menyatakan aib-aib isteri supaya dia berfikir dan bermuhasabah, cara menasihati juga dengan lemah lembut supaya isteri boleh menerima dengan ikhlas.

Tanyakan juga kepada isteri tentang kelemahan-kelemahan suami yang mesti diperbaiki bersama-sama, kejujuran dan sikap terbuka sebegini kurang diamalkan masyarakat kita.

Adil membahagi tugas

Suami berperanan sebagai pemimpin dan wajib memberi nafkah kepada keluarga, isteri pula tugasnya memelihara diri dan keluarga ketika suami ada atau tiada di rumah, termasuk melayan suami dan mentaatinya.

Kerja-kerja rumahtangga bukan tugas mutlak atau sesuatu yang wajib bagi isteri. Malah, suami yang berkemampuan perlu menyediakan pembantu untuk isteri kerana ini termasuk nafkah zahir yang layak diterima isteri. Jika masih ada yang tidak memahami akan hal-hal sebegini, maka eloklah kita buat sedikit revision ke entry lepas :

Walau bagaimanapun, adalah satu bonus jika isteri dapat berusaha mengerjakan hal-ehwal rumahtangganya kerana ia adalah lubuk telaga pahala. Rasulullah SAW menolak memberi hamba sahaya kepada puterinya Fatimah r.a. untuk menolongnya penguruskan pekerjaan rumahtangga kerana mengerjakannya merupakan pahala yang paling mudah diperolehi jika dilakukan dengan hati yang ikhlas. Malahan, Rasulullah SAW menyuruh Fatimah bersabar walaupun tangan dan bahu Fatimah terluka disebabkan beratnya beban kerjarumah yang diuruskannya sendiri. Bukan kerana suaminya Ali r.a. tidak menolong, tetapi dia miskin dan terlalu sibuk dengan tugas-tugas jihad dan mencari nafkah sehingga terpaksa Fatimah mengerjakan sendiri kerja-kerja rumah.

Susah sama dipukul, tidak sesekali merungut dengan kemiskinan dan beratnya amanah menguruskan rumahtangga. Jika suami keluar mencari nafkah, maka menjadi tugas isteri menjaga rumahnya supaya memberi ketenangan kepada suami yang baru pulang keletihan dari medan jihad.

Renung-renungkan...



Rujukan asal : Dr Juanda Jaya #1359

Capaian entry berkaitan :

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    saya begitu terkejut dengan keluhan suami di atas jodoh yang telah Allah tentukan. Sikap tidak redha dan menyalahkan pihak lain sebenarnya yang menjadi beban yang ditanggung suami selama ini.Sikap tidak pandai memimpin...dan byk lagi sikap -ve yang ada pada suami ini....menyebabkan dia duduk dalam masalah tersebut.

    Jodoh saya juga disusun oleh jemaah, tapi pelik ..mengapa kami boleh bahagia (Syukur pada Allah).Sebenarnya ramai lagi yang bahagia apabila jodoh disusun oleh jemaah.

    Sesungguhnya setiap kali dalam membuat keputusan hidup- jadikanlah istikarah sebagai amalan kita. Mintalah bantuan daripada Allah dalam membuat keputusan - sebab Dia Maha Tahu apa yang kita tidak tahu dan apa yang terbaik buat kita. Apabila Allah menjadi rujukan kita dan setiap perbuatan kita lakukan niat semata-mata ikhlas kerana Allah, maka kita akan menjadi insan yang menerima setiap pemberian dari Allah..mesti ada hikmahnya.

    Pelik ada juga komen daripada isteri yang saya terima, menyalahkan keadaan .."kenapa la saya tidak kerap berjumpa dahulu ..supaya saya kenal hati budi bakal suami????"

    Manusia2.....mudah menyalahkan orang lain dan keadaan, tanpa memikirkan sebab asal kejadian adalah disebabkan diri sendiri.


    Wassalam

    hamidah

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails