“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, April 06, 2010

Buang amalan khurafat

Abu Hassan Din

Mega: Bolehkah kita membuat binaan atas kubur?

ABU HASSAN: Terlebih dahulu kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan membuat binaan. Setakat kita membuat dinding simen atau mar mar di sekeliling kubur itu bukan termasuk dalam binaan atau perhiasan.

Tetapi jika sampai ke tahap membuat bumbung di kubur, itu sudah termasuk dalam membuat binaan. Ini diharamkan kecuali pada kubur para rasul, sahabat dan yang setaraf dengannya.

Adapun, amalan masyarakat yang suka menabur bunga di pusara, ini pun tidak ada nas yang mensyariatkannya. Adalah dibimbangi perbuatan sedemikian boleh membawa kepada termasuk dalam perhiasan itu tadi. Kalau ada pun dalam syarak adalah amalan para ulama yang menyiram air atas pusara selepas jenazah disemadikan.

Perbuatan memacak sesuatu yang basah seperti pelepah tamar atau kelapa, ada nas menyebut selagi ia masih basah ia masih bertasbih pada Allah memohon keampunan pada mayat. Barangkali berdasarkan nas tadi, agak masyhur di kalangan masyarakat kita untuk menanam pokok kemboja kerana ia basah dan akan mendoakan si mati. Tetapi tidak pula disebut memacak payung di atas pusara. Tidak ada nas menyuruh perbuatan sebegini dan ulama menyebut ia termasuk dalam bidaah dan khurafat.

Mega: Bagaimana pula dengan tahlil arwah yang dilihat mesti dibuat apabila berlaku kematian?

ABU HASSAN: Ini satu lagi perkara yang sampai sekarang masih diperdebatkan. Bagi yang tidak mengharuskannya, ia dianggap bidaah atas alasan antaranya Nabi SAW tidak pernah membuat tahlil arwah dan juga bersandarkan hadis bermaksud: "Apabila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali tiga iaitu amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat." (Hadis riwayat Muslim)

Bagi ulama yang mengharuskannya, tahlil dibolehkan berdasarkan hadis yang sama. Cuma yang terputus adalah amalan orang yang mati. Sedangkan amalan orang yang masih hidup untuk di mati masih belum putus dan boleh dilaksanakan.

Keharusan tahlil juga bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW di mana pada suatu hari baginda didatangi oleh seorang wanita. Kata wanita itu: "Ya Rasulullah, ibu saya baru meninggal dunia dan belum mengerjakan haji. Lalu Nabi menjawab, kerjakan olehmu haji untuk ibumu itu."

Bersandarkan peristiwa itu, ulama memutuskan bahawa orang yang hidup boleh membuat ibadat seperti haji, puasa dan sedekah untuk si mati. Bagaimanapun, soal menetapkan tarikh tahlil pada malam pertama, ketiga, ketujuh, ke-40 dan 100, ini tidak ada nasnya. Bahkan ada pendapat ulama bahawa hal ini tergolong dalam bidaah. Kalau nak buat tahlil, buat sahaja pada bila-bila masa jangan kaitkan dengan masa atau tarikh tertentu. Lagi pun, bagi saya, tahlil untuk si mati itu bukan kemestian. Ia sekadar untuk membantu atau menambah sedikit pahala kepada si mati.

Itupun dengan syarat si mati itu orang yang semasa hidupnya beribadat dan bertakwa. Jika semasa hayatnya, si mati tadi dikenali sebagai orang yang tidak pernah solat malah hidupnya sentiasa bergelumang dengan maksiat, secara peribadi saya melihat tahlil tiada ada faedah baginya.

Contohnya, seorang bapa semasa anak mudanya masih hidup tidak pernah menyuruh anaknya solat malah hidup anaknya terlalu bebas sehingga tidak mengenali Tuhan. Tiba-tiba anaknya itu mati, adakah tahlil boleh membantu atau memberi faedah kepadanya, kebanyakan ulama berpendapat, ia tidak memberi sebarang faedah. Kalau hendak membantu anak atau kaum keluarga daripada api neraka pastikan ia dibuat semasa hayat mereka bukan setelah mereka mati.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka... (Surah al-Tahrim: 6).

Mega: Ada juga pandangan mengatakan majlis cukur jambul yang sebahagian besar kita buat sekarang adalah bidaah. Benarkah?

ABU HASSAN: Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Seorang anak terikat dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Rasulullah sendiri mencukur rambut cucunya iaitu Hasan dan Husin semasa melakukan akikah. Mencukur di sini bermaksud membotakkan kepala anak. Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengakikah seekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Sayangnya, menjadi amalan dalam masyarakat kita dalam majlis bercukur jambul akan diadakan berzanji dan marhaban. Kemudian bayi tadi dibawa bersama sebiji kelapa dan hadirin akan menggunting sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam kelapa itu. Berdasarkan pandangan ulama, perbuatan begini adalah bidaah dan khurafat. Kita dilarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: Nabi SAW melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim. Jika tidak dibuang dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap dalam kepala dan otak yang mungkin menjejaskan mental bayi tersebut.

Mega: Apa pula hukum melukis inai pada tangan terutama bagi gadis yang mahu berumah tangga?

ABU HASSAN: Islam melarang perbuatan melukis pada mana-mana anggota badan tidak kira apa juga bahan yang digunakan sama ada kekal atau sementara. Ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah melaknat (washam) yang bekerja sebagai melukis di badan orang dan orang yang meminta supaya dilukis."

Sepatutnya, berkahwin itu adalah perbuatan yang baik, maka jangan dicampur aduk dengan benda atau perbuatan yang kurang baik lebih-lebih yang khurafat. Dibimbangi akan kurang keberkatan dalam perkahwinan tersebut. Tentang pakai inai ia memang diharuskan tetapi jangan dilukis.

Demikian juga dengan upacara menepung tawar yang kini dilihat sudah jadi tradisi dan sebati dalam masyarakat. Sedangkan ia bukan budaya Islam. Sebab itu, ulama berpendapat perbuatan merenjis dengan tepung tawar itu untuk tujuan apa sekali pun adalah termasuk dalam bidaah dan khurafat. Ia patut ditolak. Ada juga sebahagian ulama yang membolehkan merenjis dengan syarat jangan guna tepung tawar. Gantikan dengan benda lain seperti merenjis air mawar. Kedua, jangan ada niat tertentu tetapi seelok-eloknya jangan amalkan budaya ini.

Mega: Kebelakangan ini ada di kalangan orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan. Apakah hukum memelihara anjing sebagai kegemaran?

ABU HASSAN: Memang tidak ada nas yang melarang kita memelihara anjing. Cuma kita kena tengok apakah tujuan berbuat demikian.

Dalam kitab fiqh ada istilah kalbul mu'allim iaitu anjing yang dilatih untuk berburu. Dalam keadaan ini adalah diharuskan untuk kita menggunakan anjing. Syaratnya, tempat gigitan anjing itu tidak boleh dimakan. Berdasarkan hukum ini, ulama berpendapat tidak jadi kesalahan jika orang Islam pelihara anjing bagi tujuan menjaga keselamatan harta benda dan rumah.

Tetapi pada masa yang sama, kita perlu tahu bahawa anjing itu adalah binatang bernajis. Jika ia menjilat atau kita terkena jilatan anjing maka ia perlu disamak. Dalam hal memelihara anjing untuk tujuan suka-suka, dibimbangi kita terkena najisnya. Apatah lagi jika anjing itu dibiar berkeliaran dalam rumah. Dalam keadaan demikian, kita tidak boleh memastikan tentang najis anjing itu yang keluar masuk ke rumah.

Pada masa yang sama, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Malaikat tidak akan masuk dalam mana-mana rumah yang ada anjing dan patung. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau demikian, bagaimana kita hendak mendapat rahmat Allah?

Laman-Seri : Terima kasih ustaz.

Sumber : http://www.utusan




Capaian entry berkaitan :
  1. Q&A: Najis anjing
  2. Keburukan babi patut jadi iktibar
  3. Q&A : Harus pelihara anjing dengan bersebab
  4. Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

Butiran selanjutnya ...

Perbezaan mujtahid bukan untuk berpecah-belah

Taklid mazhab penyelesaian terbaik rungkai masalah ummah mengikut peredaran zaman

PEMIKIRAN anti mazhab dibawa ulama modenis-reformis menyebabkan timbulnya kesangsian terhadap ilmuwan silam termasuk ulama sejati yang dikatakan seolah-olah membekukan daya cipta masyarakat Islam dan fahaman taklid dituduh membantutkan akal serta pemikiran masyarakat Islam.

Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Sani Badron, berkata kelompok itu bercita-cita mendirikan jaringan aliran baru berdasarkan fahaman sendiri yang merujuk terus kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Katanya, usaha mereka itu berlawanan aliran lama yang bertaklid kepada mujtahid mazhab yang berusaha menangani masalah besar terkandung dalam risalah Nabi Muhamad SAW sebagai rahmat membawa manfaat untuk manusia seluruhnya.

“Apa yang cuba dibawakan mereka adalah mempersoalkan perkara remeh yang dijadikan masalah besar dan tindakan itu amat memalukan apabila masyarakat melihat golongan agama hanya membahaskan, tidak membaca qunut atau talkin. Imam mujtahid seperti Abu Hanifah, Malik, Ibn Hanbal dan Al-Syafi’e memainkan peranan menyelesaikan persoalan yang timbul dalam perhubungan orang Islam pelbagai kaum dan antara orang Islam dengan bukan Islam,” katanya pada Muzakarah Pakar Adab Terhadap Mazhab: Masalah dan Penyelesaian anjuran IKIM.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Puak Anti Mazhab: Beberapa Pengamatan’ berkata tindakan memperbesarkan perkara kecil menyebabkan masalah besar yang benar-benar membelenggu ummah gagal ditangani. Selain itu katanya, kebelakangan ini banyak pihak suka mengeluarkan pandangan peribadi memberi hukum berasaskan hawa nafsu dan lebih teruk apabila dikelirukan isu popular seperti kepentingan hak asasi manusia atau kebebasan bersuara.

Islam tidak menentang perbezaan pendapat dengan syarat ia bukan mengikut hawa nafsu tetapi merujuk kepada sumber sama, cuma berbeza dari segi pendekatan sudut pandangan. Antara mazhab, perbezaan pandangan bukan dengan menambah perkara baru tetapi pada cara memahami, mengesahkan nas serta menetapkan hukum daripada makna terkandung dalam nas yang sama. Malah, pandangan pertama tidak bertentangan dengan pandangan kedua tetapi digarap untuk menjawab dua perkara berbeza bukan disebabkan hukum berbeza, sebaliknya zaman atau perkembangan semasa yang berlainan.

“Perpaduan umat terjamin apabila ada kesatuan pemikiran iaitu faham bahawa dua orang mujtahid boleh berbeza kesimpulan dalam pelbagai masalah dan kedua-dua kesimpulan adalah fiqh yang sah,” katanya.

Mohd Sani berkata, hala tuju golongan agama terdiri daripada imam mujtahid adalah jelas kerana 60% daripada ratusan ribu huraian isu syariah meliputi keperluan awam serta negara, perundangan syariah dan muamalah. Contohnya, apabila Imam Abu Yusuf mengarang kitab al-Kharaj, beliau memberi panduan kepada Khalifah Harun al-Rashid mengenai hasil pendapatan negara termasuk mengenai pembahagian tanah berdasarkan nilai dan produktivitinya, perbezaan kadar hasil, perbezaan status petani yang dihurai secara menyeluruh dengan undang-undang sangat tersusun.

Katanya, imam mujtahid memberi jawapan yang memuaskan bukan hanya kepada soal bacaan Yasin malam Jumaat dan bilangan rakaat solat tarawih tetapi bagaimana untuk menyatukan umat Islam dalam mendepani undang-undang dan tatacara asing dalam urusan pentadbiran masyarakat.

“Wawasan mereka adalah mewujudkan garis panduan asas yang boleh diguna pakai dalam mendepani tahap perkembangan masyarakat dan kemajuan akal manusia. Mereka memahami kehidupan sentiasa berjalan akan menimbulkan banyak perubahan yang perlu ditangani ijtihad bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah,” katanya.

Katanya, menyempitkan konsep ilmu menyebabkan ulama sibuk bertengkar serta memeningkan kepala mengenai perkara kecil yang menimbulkan perselisihan sia-sia dan tidak menguntungkan ummah.

Sepatutnya, isi kandungan al-Quran, al-Sunnah dan khazanah ilmu huraian imam mujtahid dimanfaatkan dalam mengenal pasti permasalahan sebenar dan mencari penyelesaian untuk diterjemahkan dalam polisi negara demi kepentingan masyarakat.

Itulah sepatutnya usaha golongan agama yang tidak henti-henti meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ummah melalui pencarian hukum penyelesaian terbaik dan perundangan alternatif hingga wujud keseimbangan ilmu dunia, sains dengan nilai kehidupan.

Mohd Sani berkata, mazhab menyediakan untuk umat Islam ribuan jawapan yang betul berasaskan ilmu kepada soalan bagaimana mentaati Allah secara terperinci selain memutus serta menghurai perintah al-Quran dan sunnah mengikut kes demi kes.

Bagaimanapun katanya, dalam konteks bertaqlid hendaklah berasaskan ilmu bukan secara membuta tuli seperti anak guam mengikut peguam, ahli perniagaan mengikut akauntan dan pesakit mengikut nasihat doktor.

“Mazhab bukan hasil kerja seorang mujtahid tetapi himpunan sarjana yang meneliti syariah melalui pembahagian tugas dan pengkhususan dalam jangka waktu panjang bagi menghasilkan karya perundangan lebih baik untuk menawarkan Islam sebagai sistem hidup yang padu,” katanya.

Sementara itu, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC), Dr Uthman El Muhammady, berkata amalan bermazhab adalah jalan beragama bagi yang bukan mujtahid seperti bidang kehidupan lain iaitu mereka mampu memimpin menjadi pemimpin sementara yang tidak mampu termasuk golongan dipimpin. Namun, dalam kehidupan bermazhab hendaklah memahami adabnya antaranya menghormati perbezaan pendapat yang berlaku supaya menjadi rahmat yang memberi kebaikan kepada semua bukan menimbulkan masalah.

“Manusia ada yang mempunyai kelebihan ilmu dan ada yang tidak. Maka yang mempunyai kelebihan ilmu serta akal, memimpin mereka yang lain dalam hal kehidupan termasuk perkara agama yang menyentuh hidup abadi,” katanya.

Sumber : Hasliza Hassan [hasliza@bharian.com.my] di BHarian 06/04/2010


Butiran selanjutnya ...

Kisah Nabi Uzair a.s.


Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?”, maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Allah berfirman: “Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah; dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang-belulang): Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang- belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging.” Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”” (Surah al-Baqarah ayat 259)

Yang popular menurut kaum salaf dan kaum khalaf bahawa Uzair adalah pahlawan dalam kisah ini yang diceritakan oleh Allah SWT. Dikatakan bahawa Uzair adalah seorang Nabi dari nabi-nabi Bani Israil. Dialah yang menjaga Taurat, lalu terjadilah peristiwa yang sangat mengagumkan padanya. Allah SWT telah mematikannya selama seratus tahun kemudian dia dibangkitkan kembali. Selama Uzair tidur satu abad penuh, terjadilah peperangan yang didalangi oleh Bakhtansir di mana ia membakar Taurat. Tidak ada sesuatu pun yang tersisa kecuali yang dijaga oleh kaum lelaki. Mukjizat yang terjadi pada Nabi Uzair adalah sumber fitnah yang luar biasa di tengah kaumnya.

Pada suatu hari, tampak bahawa cuaca sangat panas dan segala sesuatu merasa kehausan. Sementara itu, desa yang didiami oleh Uzair hari itu nampak tenang kerana sedang melalui musim panas di mana sedikit sekali aktiviti di dalamnya. Uzair berfikir bahawa kebunnya perlu untuk disaliri dengan air. Kebun itu cukup jauh dan jalan menuju ke sana sangat berat dan disela-selai dengan tanah perkuburan. Sebelumnya, tempat itu adalah kota yang indah dan ramai di mana penghuninya cukup asyik tinggal di dalamnya lalu ia menjadi kota mati.

Uzair berfikir dalam hatinya bahawa pohon-pohon di kebunnya pasti merasakan kehausan lalu ia menetapkan untuk pergi memberinya minum. Hamba yang soleh dan salah seorang nabi dari Bani Israil ini pergi dari desanya. Matahari tampak masih baru memasuki waktu siang. Uzair menunggang keldainya dan memulai perjalanannya. Beliau tetap berjalan hingga sampai di kebun. Beliau mengetahui bahawa pohon-pohonnya tampak kehausan dan tanahnya tampak terbelah dan kering. Uzair menyirami kebunnya dan ia memetik dari kebun itu buah tin (sebahagian buah tin) dan mengambil pohon anggur. Beliau meletakkan buah tin di satu keranjang dan meletakkan buah anggur di keranjang yang lain. Kemudian ia kembali dari kebun sehingga keldai yang dibawanya berjalan di tengah-tengah terik matahari.

Di tengah-tengah perjalanan, Uzair berfikir tentang tugasnya yang harus dilakukan keesokkan harinya. Tugas pertama yang harus dilakukannya adalah mengeluarkan Taurat dari tempat persembunyiannya dan meletakkannya di tempat ibadah. Beliau berfikir untuk membawa makanan dan memikirkan tentang anaknya yang masih kecil, di mana beliau teringat oleh senyumannya yang manis, dan beliau pun terus berjalan dan semakin cepat. Beliau menginginkan keldainya untuk berjalan lebih cepat.

Lalu Uzair sampai di suatu kuburan. Udara panas saat itu semakin menyengat dan keldai tampak kepayahan. Tubuhnya diselimuti dengan keringat yang tampak menyala kerana tertimpa sinar matahari. Keldai itu pun mulai memperlambatkan langkahnya ketika sampai di kuburan. Uzair berkata kepada dirinya, “Mungkin aku lebih baik berhenti sebentar untuk beristirahat, dan aku akan mengistirahatkan keldai. Lalu aku akan makan siang.”

Uzair turun dari keldainya di salah satu kuburan yang rosak dan sepi. Semua desa itu menjadi kuburan yang hancur dan sunyi. Uzair mengeluarkan piring yang dibawanya dan duduk di suatu naungan. Ia mengikat keldai di suatu dinding, lalu ia mengeluarkan sebahagian roti kering dan menaruhnya di sampingnya. Selanjutnya, ia memerah di piringnya anggur dan meletakkan roti yang kering itu di bawah perahan anggur. Uzair menyandarkan punggungnya di dinding dan agak menjulurkan kakinya. Uzair menunggu sampai roti itu tidak kering dan tidak keras.

Kemudian Uzair mulai mengamati keadaan di sekelilinginya dan tampak keheningan dan kehancuran meliputi tempat itu: rumah-rumah hancur berantakan dan tampak tiang-tiang pun akan hancur, pohon-pohon sedikit saja terdapat di tempat itu yang tampak akan mati kerana kehausan, tulang-tulang yang mati yang dikuburkan di sana berubah menjadi tanah. Alhasil, keheningan menyeliputi tempat itu. Uzair merasakan betapa kerasnya kehancuran di situ dan ia bertanya dalam dirinya sendiri, “Bagaimana Allah SWT menghidupkan semua ini setelah kematiannya? Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?”

Uzair bertanya, “Bagaimana Allah SWT menghidupkan tulang-tulang ini setelah kematiannya, di mana ia berubah menjadi sesuatu yang menyerupai tanah.” Uzair tidak meragukan bahawa Allah SWT mampu menghidupkan tulang-tulang ini, tetapi ia mengatakan yang demikian itu kerana rasa hairan dan kekaguman. Belum lama Uzair mengatakan kalimatnya itu sehingga ia mati. Allah SWT mengutus malaikat maut padanya lalu rohnya dicabut sementara keldai yang dibawanya masih ada di tempatnya ketika melihat tuannya sudah tidak lagi berdaya. Keldai itu tetap di tempatnya sehingga matahari tenggelam lalu datanglah waktu subuh. Keldai berusaha berpindah dari tempatnya tetapi ia terikat. Ia pun masih ada di tempatnya dan tidak boleh melepaskan ikatannya sehingga ia mati kelaparan.

Kemudian penduduk desa Uzair merasa gelisah dan mereka ramai-ramai mencari Uzair di kebunnya, tetapi di sana mereka tidak menemukannya. Mereka kembali ke desa dan tidak menemukannya. Lalu mereka menetapkan beberapa kelompok untuk mencarinya. Akhirnya, kelompok- kelompok ini mencari ke segala penjuru tetapi mereka tidak menemukan Uzair dan tidak menemukan keldainya. Kelompok-kelompok ini melewati kuburan yang di situ Uzair meninggal, namun mereka tidak berhenti di situ. Tampak bahawa di tempat itu hanya diliputi keheningan. Seandainya Uzair ada di sana nescaya mereka akan mendengar suaranya. Kemudian kuburan yang hancur ini sangat menakutkan bagi mereka, kerana itu mereka tidak mencari di dalamnya.

Lalu berlalulah hari demi hari, dan orang-orang putus asa dari mencari Uzair, dan anak-anaknya merasa bahawa mereka tidak akan melihat Uzair kedua kalinya dan isterinya mengetahui bahawa Uzair tidak mampu lagi memelihara anaknya dan menuangkan rasa cintanya kepada mereka sehingga isterinya itu menangis lama sekali. Sesuai dengan perjalanan waktu, maka air mata pun menjadi kering dan penderitaan makin berkurang. Akhirnya, manusia mulai melupakan Uzair dan mereka tetap menjalankan tugas mereka masing-masing. Dan berjalanlah tahun demi tahun dan masyarakat mulai melupakan Uzair kecuali anaknya yang paling kecil dan seorang wanita yang bekerja di rumah mereka di mana Uzair sangat cinta kepadanya. Usia wanita itu dua puluh tahun ketika Uzair keluar dari desa.

Berlalulah sepuluh tahun, dua puluh tahun, delapan puluh tahun, sembilan puluh tahun sehingga sampai satu abad penuh. Allah SWT berkehendak untuk membangkitkan Uzair kembali. Allah SWT mengutus seorang malaikat yang meletakkan cahaya pada hati Uzair sehingga ia melihat bagaimana Allah SWT menghidupkan orang-orang mati. Uzair telah mati selama seratus tahun. Meskipun demikian, ia dapat berubah dari tanah menjadi tulang, menjadi daging, dan kemudian menjadi kulit. Allah SWT membangkitkan di dalamnya kehidupan dengan perintah-Nya sehingga ia mampu bangkit dan duduk di tempatnya dan memperhatikan dengan kedua matanya apa yang terjadi di sekelilingnya.

Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya. Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya. Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Zohor. Uzair berkata dalam dirinya, “Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Zohor sampai Maghrib.” Malaikat yang diutus oleh Allah SWT membangunkannya dan bertanya, “Berapa lama kamu tinggal di sini?”

Malaikat bertanya kepadanya, “Berapa jam engkau tidur?” Uzair menjawab, “Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari.” Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya, “Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. Engkau tidur selama seratus tahun. Allah SWT mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa hairan dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati.” Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta). Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair, “Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah.”

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah? Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memerah buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perahan anggur. Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perahan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah. Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya, kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata, “Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang).”

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya, “Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah SWT membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu.”



Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang. Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Al-hasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara. Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah SWT yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya, Uzair berkata, “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah SWT berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat. Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya. Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun. Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.

Uzair berkata dalam dirinya, “Aku akan mencari seorang lelaki tua atau perempuan tua yang masih mengingat aku.”

Uzair terus mencari sehingga ia menemukan pembantunya yang ditinggalnya saat berusia dua puluh tahun. Kini, usia pembantu itu mencapai seratus dua puluh tahun di mana kekuatannya sudah sangat merosot dan giginya sudah ompong dan matanya sudah lemah. Uzair bertanya kepadanya, “Wahai perempuan yang baik, di mana rumah Uzair.”

Wanita itu menangis dan berkata, “Tak seorang pun yang mengingatinya. Ia telah keluar sejak seratus tahun dan tidak kembali lagi. Semoga Allah SWT merahmatinya.” Uzair berkata kepada wanita itu, “Sungguh aku adalah Uzair. Tidakkah engkau mengenal aku? Allah SWT telah mematikan aku selama seratus tahun dan telah membangkitkan aku dari kematian.”

Wanita itu kehairanan dan tidak mempercayai omongan itu. Wanita itu berkata, “Uzair adalah seseorang yang doanya dikabulkan. Kalau kamu memang Uzair, maka berdoalah kepada Allah SWT agar aku dapat melihat sehingga aku dapat berjalan dan mengenalmu.”

Lalu Uzair berdoa untuk wanita itu sehingga Allah SWT mengembalikan penglihatan matanya dan kekuatannya. Wanita itu pun mengenali Uzair. Lalu ia segera berlari di negeri itu dan berteriak, “Sungguh Uzair telah kembali!” Mendengar teriakan wanita itu, masyarakat bingung dan merasa hairan. Mereka mengira bahawa wanita itu telah gila.

Kemudian diadakan pertemuan yang dihadiri orang-orang pandai dan para ulama. Dalam majlis itu juga dihadiri oleh cucu Uzair di mana ayahnya telah meninggal dan si cucu itu telah berusia tujuh puluh tahun sedangkan datuknya, Uzair, masih berusia empat puluh tahun. Di majlis itu mereka mendengarnya kisah Uzair lalu mereka tidak mengetahui apakah mereka akan mempercayainya atau mengingkarinya. Salah seorang yang pandai bertanya kepada Uzair, “Kami mendengar dari ayah-ayah kami dan datuk-datuk kami bahawa Uzair adalah seorang Nabi dan ia mampu menghafal Taurat. Sungguh Taurat telah hilang dari kita dalam peperangan Bukhtunnashr di mana mereka membakarnya dan membunuh para ulama dan para pembaca Kitab suci itu. Ini terjadi seratus tahun lalu yang engkau katakan bahawa engkau menjalani kematian atau engkau tidur. Seandainya engkau menghafal Taurat, nescaya kami akan percaya bahawa engkau adalah Uzair.”

Uzair mengetahui bahawa tidak seorang pun dari Bani Israil yang mampu menghafal Taurat. Uzair telah menyembunyikan Taurat itu dari usaha musuh untuk menghancurkannya. Uzair duduk di bawah naungan pohon sedangkan Bani Israil berada di sekitarnya. Lalu Uzair menghapusnya huruf demi huruf sampai selesai lalu ia berkata dalam dirinya, “Aku sekarang akan mengeluarkan Taurat yang telah aku simpan.” Uzair pergi ke suatu tempat lalu ia mengeluarkan Taurat di mana kertas yang terisi Taurat itu telah rosak. Ia mengetahui mengapa Allah SWT mematikannya selama seratus tahun dan membangkitkannya kembali. Kemudian tersebarlah berita tentang mukjizat Uzair di tengah-tengah Bani Israil. Mukjizat tersebut membawa fitnah yang besar bagi kaumnya.

Sebahagian kaumnya mendakwa bahawa Uzair adalah anak Allah. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Orang-orang Yahudi berkata: ‘Uzair adalah anak Allah.’” (Surah at-Taubah ayat 30)

Mula-mula mereka membandingkan antara Musa dan Uzair dan mereka berkata, “Musa tidak mampu mendatangkan Taurat kepada kita kecuali di dalam kitab sedangkan Uzair mampu mendatangkannya tanpa melalui kitab.” Setelah perbandingan yang salah ini, mereka menyimpulkan sesuatu yang keliru di mana mereka menisbatkan kepada nabi mereka hal yang sangat tidak benar. Mereka mendakwa bahawa dia adalah anak Tuhan. Maha Suci Allah dari semua itu, “Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: ‘Jadilah’, maka jadilah ia.” (Surah Maryam ayat 35)

Dipetik dari sumber : JAiP-gov


Butiran selanjutnya ...

Isnin, April 05, 2010

Sperma cacat

Sperma normal bukan saja tinggi dari segi bilangan tetapi memiliki bentuk sempurna dan pergerakan aktif.

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya pernah diceritakan oleh seorang teman (ex-teman sekerja) yang sangat tertekan dengan keadaan dirinya yang sudah hampir setahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Dia menceritakan yang dirinya mengalami keguguran berkali-kali dan saya cuma dapat memintanya menjaga pemakanan dan bersabar. Dia juga berasa sangat tertekan kerana suaminya juga menyalahkan dirinya akibat keguguran yang dialaminya. Saya menyarankan dia dan suami berjumpa pakar O&G, kerana masalah kehamilan suami-isteri adalah masalah bersama, malangnya, suaminya berkata dia tidak punya masalah kesihatan (kesuburan) dan keguguran isterinya itu bukanlah masalah dia (suami). Si suami meyuruh teman saya mendapatkan nasihat pakar seorang diri... Tidak dapat saya bayangkan betapa sedihnya teman saya itu...

Ehem... Sepatutnya, suami beri sokongan 100% kepada isteri, janganlah ditambahkan lagi stress yang ada sebab keguguran yang dialami isteri bukanlah kemahuan isteri. Di waktu-waktu beginilah, suami harus bertimbang-rasa dan memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada isteri memang tak patut benar si suami menambahkan lagi tekanan yang terpaksa dihadapi isteri. Nasib baiklah teman saya itu jauh di utara tanah air. Jika tidak, mahu suaminya saya 'basuh' kerana teman itu saya menganggapnya seperti adik saya sendiri.

Baru-baru ini, walaupun teman saya berjaya mengandung, takdir Allah, bayinya gugur setelah memasuki usia 7 bulan. Saya berdoa semoga dia tabah menghadapi ujian Allah.
Saya minta dia berjumpa dengan pakar Q&G kerana keguguran boleh disebabkan oleh beberapa punca. Masalah kesuburan di Malaysia berpunca daripada suami (40%), isteri (40%) dan lebihan 20%, puncanya tidak diketahui (sumber : Prof Dr Hamid Arshat dan Dr. Mohd. Ismail Tambi).

Antara punca keguguran yang boleh dikenal pasti ialah :
  1. Pemakanan ibu yang tidak seimbang (asid folik amat penting untuk perkembangan sel, jika tidak mencukupi, boleh mengakibatkan kecacatan 'spina bifida')
  2. Masalah kesuburan (jika gugur lebih dari 3 kali berturut-turut)
  3. Kelainan pada rahim - penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang
  4. Dinding rahim lemah (uri tidak dapat melekat) atau pangkal serviks lemah (terbuka dan boleh menyebabkan janin keluar)
  5. Janin tidak disenyawakan dengan sempurna (kromosom atau gen ada mengalami kerosakan),kebiasannya keguguran dalamasa 12 minggu hamil
  6. Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung (virus CMG, herpes simpleks dan rubela, juga parasit toksoplasmosis)
  7. Gangguan autoimun (suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri)
  8. Lain-lain sebab ialah merokok, meminum alkohol, mereka yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti kokain, ubat penghapus serangga, benda yang mengandungi radioaktif dan lain-lain.

Baru-baru ini saya juga membaca, salah satu punca keguguran boleh jadi disumbangkan oleh suami sendiri iaitu sperma cacat
. Berikut saya kongsikan artikel berkaitan yang dipetik dari BHarian.


Morfologi sperma yang tidak sempurna menyebabkan sukar untuk mendapatkan zuriat.

Faktor tekanan antara punca benih lelaki tidak normal, berkurangan

KEBANYAKAN lelaki yang sihat secara automatik akan menganggap sistem reproduktif mereka tidak bermasalah. Soalnya, sejauh mana kesedaran mengenai kesuburan itu khususnya berkaitan kesihatan benih atau sperma kerana gejala kemandulan lelaki sukar dikesan.

Di Malaysia, kes kemandulan lelaki atau sperma tidak normal, amat jarang dilaporkan kerana tidak banyak data atau kajian mengenai ketidaksuburan lelaki direkodkan. Namun apa yang memeranjatkan, kebanyakan kes atau kebanyakan kes yang dirujuk di pusat perubatan kesuburan membabitkan ketidaksuburan lelaki.

Malah dalam kebanyakan kes, setiap kali keguguran berlaku wanita biasanya dipersalahkan. Jika telur normal tetapi sperma pula tidak, ‘kecacatan’ sperma inilah yang boleh mengakibatkan keguguran.

Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Perubatan Reproduktif Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Zamri Abdul Rahim, berkata kebanyakan lelaki di Malaysia sedar mengenai masalah ketidaksuburan, tetapi tidak mahu memandang serius mengenainya. Akibatnya, si isteri yang datang bertemu doktor terlebih dulu untuk membuat pemeriksaan sebelum menerima berita yang lebih mengejutkan yang kadangkala tidak dapat diterima suami.

Sperma yang normal bukan saja tinggi dari segi bilangan tetapi juga memiliki bentuk yang sempurna dan pergerakan yang aktif. Pakar akan mencari sperma yang mempunyai kepala bujur dan ekor yang panjang. Ini adalah bentuk sperma yang boleh dianggap normal.

Sebagai contoh selepas satu jam, berapa peratusan sperma yang bergerak? Selepas tiga jam apa berlaku dan adakah sampel itu dijangkiti virus adalah beberapa perkara yang diambil kira. Dr Zambri berkata, bilangan sperma yang normal biasanya mencecah sehingga 40 juta dan ada juga 20 juta bergantung kepada pusat perubatan kesuburan.

“Apapun, bagi membolehkan wanita hamil, kita hanya perlukan satu sperma yang sihat saja. Kita perlu lihat pada peratusan sperma yang normal, jika seorang itu punya bilangan sperma rendah tetapi 80 hingga 90% adalah aktif, itu lebih baik daripada seseorang yang punyai bilangan sperma yang tinggi tetapi lebih 50% bentuknya tidak normal,” katanya.



Langkah seterusnya ialah melihat pergerakan sperma. Ada sperma yang mempunyai pergerakan normal iaitu lebih 60% yang bergerak dan ada juga yang tidak bergerak langsung dipanggil sperma mati.

Beliau berkata, langkah selanjutnya ialah memahami bentuk sperma itu sendiri. Sperma yang normal bentuknya perlu ada kepala, badan tengah dan ekor. Tetapi jika tidak normal, sperma ini akan datang dalam pelbagai bentuk seperti kepala besar, kepala kecil, ekor bercabang dua, ekor pendek, ekor terbelit, ekor bergulung dan pelbagai bentuk lagi. Sperma begini akan sukar untuk sampai kepada telur bagi proses persenyawaan.



“Penyebab utama dan paling biasa menyumbang kepada sperma yang tidak normal adalah tekanan. Ia agak subjektif untuk dibincangkan namun ada yang mengatakan bila kita dilanda tekanan bilangan sperma akan berkurangan,” katanya.

Seseorang itu dikatakan mempunyai bilangan sperma yang rendah apabila setiap 1 mililiter pancutan sperma hanya menghasilkan kurang daripada 20 juta spermatozoa. Kajian mendapati lelaki yang dilahirkan sekitar 1960-an mempunyai jumlah sperma yang lebih tinggi berbanding lelaki yang dilahirkan pada 1970-an.

Menurut Dr Zambri, banyak faktor penyebab morfologi sperma tidak normal seperti jangkitan, terdedah kepada toksin, radiasi, merokok, urat darah varicocele dalam scrotum, demam dan panas melampau, gaya hidup, dadah dan alkohol, obesiti dan testis yang tidak normal.

“Langkah pertama untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai isu berkaitan morfologi sperma ialah lakukan analisis sperma. Sekiranya anda ada masalah morfologi sperma tidak normal pakar akan menyarankan supaya anda melakukan analisis itu pada bulan berikutnya bagi memastikan sebarang perubahan dan menentukan sama ada sperma tidak normal itu bersifat sementara atau kekal,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, seseorang itu tidak perlu bimbang jika analisis menunjukkan kewujudan morfologi sperma yang tidak normal, sebaliknya membiarkan pakar melakukan ujian sepenuhnya. Antara rawatan bagi masalah ini termasuk intra uterine insemination (IUI) atau in-vitro insemination (IVF) atau permanian berhadas atau Suntikan Sperma Intra Cytoplasmic (ICSI).


Kecacatan sperma boleh mengakibatkan keguguran janin.


INFO: Cara tingkatkan sperma

  • Amalkan gaya hidup dan diet seimbang (sayur-sayuran dan gandum).
  • Bersenam.
  • Kurangkan tekanan.
  • Jaga berat badan.
  • Berhenti merokok.
  • Kurangkan atau menghentikan pengambilan alkohol.
  • Jauhi najis dadah.
  • Jarakkan kekerapan ejakulasi (selang tiga hari).
  • Elak memakai seluar dalam yang ketat, sauna, mandi tab panas dan apa saja yang boleh meningkatkan suhu buah zakar.
Sumber : BHarian 04/04/2010

Capaian entry berkaitan :
  1. Kemandulan
  2. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)
  3. Ujian kesuburan kesan lelaki mandul
  4. Rahsia Tauge
  5. Rawat segera tekanan perasaan ketika hamil
  6. Kadar Kesuburan Wanita Malaysia Dijangka Menurun Secara Mendadak Pada 2015
  7. Kopi atau viagra
  8. Antara khasiat dan mudarat tongkat ali
  9. Sumber makanan untuk segera hamil
  10. Zat besi optimalkan perkembangan otak
  11. Isteri Hamil, Suami Jangan Kalut!
  12. Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil
  13. Kesihatan - Elak rahim jatuh
  14. Ada apa dengan kucing?


Butiran selanjutnya ...

Sudin Ajaib boleh didakwa atas empat pertuduhan


KOTA BHARU: Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai Sudin Ajaib, lelaki yang dikatakan mengahwini dan melarikan kanak-kanak berusia 11 tahun boleh didakwa sekurang-kurangnya atas empat pertuduhan di Mahkamah Syariah membabitkan perkahwinan bawah umur.

Antara pertuduhan itu ialah :

  1. mengahwinkan kanak-kanak perempuan bawah umur tanpa kebenaran Pejabat Kadi,
  2. mengahwini secara paksaan,
  3. menikahkan pasangan bawah umur, dan
  4. mengingkari perintah bermufarakah mengikut Seksyen 8, 37, 39 dan 40 Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd Abdul Aziz Mohd Noor, berkata ketika ini pihaknya sedang menjejaki lelaki terbabit dengan kerjasama polis.

Katanya, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 37, 39 dan 40 enakmen itu, Shamsuddin berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Selain menikahi Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, tanpa kerelaan dan kehadiran kanak-kanak itu, lelaki terbabit juga bertindak menikahkan anak perempuannya berusia 10 tahun dengan rakan jemaah tabligh, tetapi dua pernikahan itu sudah dimufarakah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

Mohd Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah dihubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang yang turut menyiasat kes terbabit kerana Shamsuddin dilaporkan mengahwini Siti Nur Zubaidah di sebuah madrasah dekat Machang pada bulan lalu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengesan di beberapa lokasi negeri ini, termasuk rumah isterinya di Pasir Mas, tetapi tidak menemui lelaki itu yang dipercayai berada di luar Kelantan sejak kejadian itu terdedah.
“Kami berharap mendapat kerjasama polis mengesan Sudin Ajaib dan yakin, jika dia tampil memberi kerjasama dalam siasatan yang sedang dijalankan JHEAIK, langkah itu dapat menyelesaikan kontroversi pernikahan kanak-kanak perempuan bawah umur 16 tahun yang berlaku di negeri ini,” katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan pernikahan antara Shamsuddin dengan Siti Nur Zubaidah dikenakan perintah mufarakah selepas permohonan difailkan bapanya diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

Siti Nur Zubaidah yang dibawa mengikut Shamsuddin ditemui ditinggalkan di sebuah surau dekat Batu Caves, Gombak, selepas kes berkenaan heboh dilaporkan media.

Sumber : Adnan Mohamad [bhkb@bharian.com] di BHarian 18/03/2010

Butiran selanjutnya ...

Ahad, April 04, 2010

Khasiat kupang hijau


Hidupan laut hasil minyak aktif anti keradangan

PENYAKIT arthritis atau radang sendi sering dianggap masalah kesihatan biasa. Sifatnya yang mula menunjukkan kesan pada usia 40 ke atas menjadikan tahap kesedaran terhadapnya masih rendah. Ada lebih 150 jenis penyakit radang sendi yang mengakibatkan rasa sakit, kemerahan, kekejangan otot dan hilang fungsi tubuh.

Arthritis dikaitkan dengan pelbagai penyakit antaranya osteoarthritis, rheumatoid arthritis, gout, lupus erythematosus, penyakit Lyme, psoriasis, scleroderma, dan sindrom Reiter, sindrom Sjogren dan ankylosing spondylitis. Walaupun penyakit ini tidak boleh pulih sepenuhnya, tetapi ia sebaliknya boleh dikawal dengan mengurangkan derita kesakitannya.

Perunding dan Pelatih Kesihatan Naturopath, Blackmores (Malaysia) Sdn Bhd, Monitar Tan menjelaskan jenis arthritis yang sering dihidapi pesakit di Malaysia adalah osteoarthritis (OA).

Dianggarkan 30% penduduk negara ini yang berusia lebih 65 tahun menderita arthritis jenis osteoarthritis. Radang sendi jenis ini disebabkan sendi yang sudah haus akibat penggunaan, kecederaan dan kecacatan yang diwarisi dalam protin yang membentuk rawan. Kebanyakannya akibat faktor usia yang meningkat, diet dan gaya hidup. Faktor penyumbang lain termasuk kegemukan, penggunaan sendi yang keterlaluan ketika usia muda seperti sukan atau pekerjaan yang berat serta trauma.

Selain osteoarthritis, jenis radang sendi yang sering dihidapi golongan dewasa adalah rheumatoid (sering menyerang wanita), arthritis akibat jangkitan kuman dan gout. Tanda-tanda arthritis adalah sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, di bahagian bawah tulang belakang) serta sendi bengkak dan kekejangan sendi. Penghidapnya juga sukar untuk bergerak seperti kesakitan apabila menggerakkan badan, perubahan pada sendi, bunyi geseran tulang di lutut bagi penyakit osteoarthritis lutut, otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut dan sakit di sekeliling sendi apabila ditekan.

Ada pelbagai jenis rawatan dan ubat-ubatan termasuk pembedahan untuk membantu mengurangkan sakit yang dideritai. Kaedah bukan ubatan yang turut menjadi pilihan adalah pengambilan makanan tambahan antikeradangan semula jadi yang dipanggil Lyprinol keluaran Blackmores (Malaysia) Sdn. Bhd.

Makanan tambahan yang sudah hampir setahun berada di pasaran ini diperoleh daripada ekstrak minyak asid berlemak daripada sejenis kupang hijau (Perna canaliculus) yang hanya ditemui di pesisiran pantai yang terlindung di selatan Pulau Utara, New Zealand.

Makanan tambahan ini unik kerana ia adalah ekstrak lipid kupang hijau yang selamat dan sesuai kepada pesakit alah makanan laut. Ini kerana, protin yang menjadi punca utama alahan dikalangan pesakit arthritis dikeluarkan secara saintifik. Malah Lyprinol terhasil dari kupang yang berasal dari keluarga moluska, jadi alahan makanan laut bukanlah masalah utama. Kupang hijau ini mengurangkan kandungan air, mengurangkan radang, kesakitan dan memberikan mobiliti sendi yang lebih baik.

Lyprinol dicetuskan hasil pemerhatian amalan gaya hidup masyarakat orang asli Maori di pesisiran pantai New Zealand. Selama lebih 50 tahun, pemerhatian mendapati tiada insiden arthritis dilaporkan di kalangan masyarakat ini. Amalan diet orang Maori yang banyak makan makanan laut terutama kupang hijau mengesahkan lagi hasil kajian pakar yang menemui sejenis minyak yang mengandungi bahan aktif antikeradangan yang sangat tinggi.

Lyprinol boleh diambil bersama-sama ubat-ubatan konvensional yang lain, namun pengambilan perlu berselang dua jam. Makanan tambahan ini terbukti mampu mengurangkan kesakitan sendi, bengkak sendi dan keradangan. Apa yang penting, pengidap arthritis haruslah peka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit ini kerana ia antara faktor yang bakal menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik.

“Bayangkan ada antara pesakit arthritis yang tidak mampu menyikat rambut sendiri dan selepas mengambil Lyprinol selama dua bulan bersama ubat konvensional, mereka mampu mengembalikan motivasi diri dan kualiti hidup yang hampir tinggal sejarah,” katanya.

Tan turut menyarankan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan berat badan, menjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih lancar dan otot mereka menjadi lebih kuat.

Selain senaman sendi, pesakit juga harus mengamalkan sistem pemakanan yang seimbang dan sesuai dengan keperluan tubuh badan.




Sumber : BHarian

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, April 02, 2010

RENUNGAN : Kita bersaudara


Assalamualaikum warahmatullah,

Semua orang Islam bersaudara. Justeru, usahlah rasa terbuang dan tersisih kerana ikatan agama itu lebih kuat mengikat diri andai kita hayati pegangan agama sebagai seorang Islam. Disebabkan itu juga, umat Islam dianjurkan supaya hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah. Hindarilah sikap benci-membenci dan hasad dengki kerana itu akan memberikan impak perpecahan dan kemunduran. Kuatnya ikatan kasih kerana agama sehingga kita sanggup berkorban untuk saudara seagama, kita rasa sakit andai saudara kita disakiti dan kita rasa sedih andai saudara kita dihina.

Persaudaraan Islam merupakan idea sosial yang teragung. Sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh merosakkan nilai ini dianggap merosakkan agama. Umat Islam seperti satu jasad atau satu bangunan. Saling memelihara dan mengukuhkan antara satu sama lain.

Ukhuwah biasa diertikan sebagai 'persaudaraan', diambil daripada akar kata yang pada mulanya bererti 'memerhatikan'. Makna asal ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian semua pihak yang merasa mereka bersaudara. Maknanya, setiap orang Islam hendaklah menanamkan perasaan dalam diri masing-masing bahawa mereka adalah bersaudara.

Al-Quran ada menyebut bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara dan yang menjadikan mereka bersaudara ialah akidah keimanan. Keutuhan mereka tidak akan terpecah melainkan jika mereka murtad daripada Islam. Ukhuwah Islamiah merupakan satu istilah yang sudah diterima di kalangan masyarakat iaitu suatu persaudaraan yang berdasarkan iman. Jadi istilah yang lebih tepat sebenarnya adalah ukhuwah imaniyah kerana di dalam al-Quran, persaudaraan ini memang dikaitkan langsung dengan iman.

Renungi maksud firman Allah SWT yang bermaksud: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-Hujuraat ayat 10)

Maksud firman Allah ini dimulai dengan semacam satu ketetapan bahawa umat Islam pasti akan berpecah-belah. Dalam situasi berpecah-belah itu, masing-masing akan berusaha untuk menghancurkan atau mengalahkan satu sama lain.

Sejarah telah mencatat bahawa peristiwa kewafatan Rasulullah SAW hampir mencetuskan pergaduhan sesama Muslim sehingga Umar mengambil inisiatif dengan tegas meminta semuanya bersetuju melantik Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah SAW.

Demikianlah seterusnya suasana tidak aman dan konflik timbul di kalangan umat Islam pada zaman pemerintahan Uthman dan Ali. Kalau kembali pada Surah al-Hujuraat ayat 9, ajaran tentang ukuran yang seharusnya dilakukan untuk menyelesaikan konflik, di mana Allah berfirman yang bermaksud: Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Al-Quran memberikan dasar ajaran bagi mengubah dan menegakkan ukhuwah lslamiah sebagaimana terkandung dalam ayat suci al-Quran Surah al-Hujuraat ayat 9 hingga 13 yang memuatkan banyak falsafah ukhuwah lslamiah. Inti ajarannya ialah mencari jalan damai ketika berselisih, tidak melampaui batas dalam perselisihan, bersikap jujur, saling menghargai dan bersikap rendah hati untuk mengakui kesalahan sendiri.

Dalam usaha memantapkan ukhuwah lslamiah ini, ia bukan sekadar penjelasan dari segi persamaan pandangan agama atau sekadar toleransi mengenai perbezaan pandangan melainkan yang Iebih penting lagi adalah Iangkah-Iangkah bersama umat Islam sehingga dapat merasakan nikmatnya persaudaraan satu iman itu.

Salah satu hadis yang popular dalam bidang ukhuwah adalah sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari sahabat Ibnu Umar: "Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian."

Persaudaraan dalam Islam berlandaskan iman kepada Allah, cinta kerana Allah. Seseorang mukmin yang merupakan saudara bagi mukmin yang lain mempunyai pertalian persaudaraan yang lebih kuat daripada pertalian darah di kalangan adik-beradik kandung. Pertalian keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat satu unit sosial yang tersusun rapi dan utuh.

Ini juga menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit." (Hadis riwayat Muslim)

Renung-renungkan dan selamat beramal!




Capaian entry berkaitan :

  1. Tajdid Iman: Cetek agama punca penulisan anti-Muslim
  2. Hindari buruk sangka
  3. Khutbah terakhir Rasulullah pesanan sepanjang zaman
  4. Adab bermasyarakat perkukuh ikatan ukhuwah
  5. Budaya ukhuwah landasan eratkan perpaduan umat Islam
  6. Saling membela, berkasih sayang erat ukhuwah
  7. Lapan mesej Haji Wida'
  8. Tajdid Iman: Guru penyuluh ilmu, pencetus hidayah

Butiran selanjutnya ...

Khamis, April 01, 2010

Tajdid Iman: Azab Allah bagi yang abai tanggungjawab

BENCANA alam adalah tanda peringatan Allah kepada umat manusia supaya bertaubat dan kembali ke jalan-Nya. - Gambar hiasan

Terlalu mengejar nikmat dunia sehingga manusia lupa tegah amal makruf, nahi mungkar

APABILA terjadi bencana alam, kemarau panjang, krisis politik, runtuhnya ekonomi dan terancamnya keselamatan dalam negara sehingga terjadi peperangan dan kejahatan yang menakutkan, apakah terdetik di hati kita amaran tegas al-Quran yang bermaksud, “Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras.” (Surah Hud, ayat 102)

Kemudian hati kita mula bertanya, apakah kesilapan dilakukan umat Islam yang turut sama terbabit dalam kebinasaan itu. Mungkinkah diri kita salah satu penyebab turunnya azab Allah kepada umat ini? Sebagai individu Muslim yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan umat, adakah cukup masa, tenaga, harta dan ilmu yang dicurahkan untuk memastikan azab Allah tidak turun ke atas masyarakat kita?

Atau sebaliknya kita menjadi individu lemah yang terumbang-ambing dengan keadaan semasa yang melalaikan? Mungkinkah kita tersesat dalam arus dunia yang sentiasa merangsang nafsu? Alangkah indahnya nasihat Qais bin Hazm kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, manusia yang paling berkuasa di bumi pada zamannya.

Khalifah Sulaiman bertanya, “Mengapa kami membenci akhirat dan mencintai dunia wahai Qais?” Qais menjawab, “Kerana engkau sudah memakmurkan duniamu dan menghancurkan akhiratmu sehingga engkau enggan berpindah dari kemakmuran kepada kehancuran.”

Apabila umat terlena sepanjang malam kerana keletihan memuaskan nafsunya sepanjang siang, bermaksiat secara terang-terangan, tiada lagi sifat malu menderhaka kepada Allah, menentang perintah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, merapati kehendak syahwat serapat-rapatnya dan melanggar semua batasan agama dengan berani dan biadab, maka tunggulah amaran Allah selanjutnya sebagaimana yang pernah terjadi pada beberapa kaum sebelum mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua ladang di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun.” Tetapi mereka berpaling, maka kami datangkan kepada mereka banjir besar dan kami ganti kedua ladang mereka dengan dua ladang yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon ‘Atsl dan sedikit dari pohon Sidr. Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka kerana kekafiran mereka dan kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu), melainkan hanya kepada orang yang sangat kafir.” (Surah Saba, ayat 15-17)

Ibnu Kathir menyatakan Allah SWT mengurniakan setiap orang di negeri Saba dengan dua buah taman di sebelah kanan dan kiri rumah mereka. Dipenuhi dengan buah lazat dan manis, air jernih, burung yang indah dan kehidupan yang sangat aman dan sejahtera. Tetapi mereka tidak mensyukuri Allah malah berpaling dan terang-terangan bermaksiat.

Apakah Allah Taala perlu menurunkan Malaikat untuk menyeksa mereka? Tidak! Bahkan Allah menghina mereka dengan hanya mengirimkan tikus yang mampu merobohkan empangan air kebanggaan mereka, akhirnya empangan pecah dan berlaku bah, sehingga ia memusnahkan segala-galanya. Sebagaimana Allah membunuh Namrud bin Kan’an dengan mengutus seekor nyamuk saja. Begitulah azab menimpa kaum yang mengganti nikmat Allah dengan kekufuran.

Jiwa manusia hanya akan tersedar setelah melalui goncangan hebat bernama musibah. Bersyukurlah jika amaran kecil hinggap mengusik hati kita supaya kembali kepada Allah. Jangan sampai tiada lagi peluang sampai azab yang besar datang tanpa diundang menjemput nyawa yang terkandung dalam badan.

Sesungguhnya azab Allah yang turun pada hakikatnya disebabkan kerana dua kelalaian manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran iaitu fitnah harta dan tidak tegaknya amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat.

Maksiat dan penderhakaan manusia biasanya dipengaruhi ujian harta seperti dinyatakan di dalam al-Quran yang bermaksud, “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (Surah Al-Isra' ayat 16)

Makna daripada perkataan maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah adalah; Allah SWT memperbanyak jumlah orang yang mengecap kemewahan lalu dengan itu mereka menderhakai Allah. Berapa ramai manusia yang mampu menahan fitnah hidup selesa, makin kaya makin lupa daratan, bertambah duit bertambah keji penderhakaan yang dilakukan. Ibadat dikala susah tidak bersambung saat harta melimpah, dunia menjadi rebutan sedangkan agama tidak lekat di ingatan. Mereka membangun istana dunia dengan puing keruntuhan akhirat.

Maksiat bermula daripada kesibukan mengejar dunia lalu akhirat kabur daripada ingatan. Berpisahnya hati dari Allah kerana leka dengan nikmat dunia. Ramai yang keletihan menikmati dunia hingga hatinya tak terkesan dengan al-Quran. Ibadat tidak menjadi agenda utama, ilmu jauh sekali menjadi matlamat apatah lagi berkorban untuk agama jauh panggang dari api. Tiada fokus memandang akhirat, yang ada hanya dunia bergemerlapan.

Kesilapan manusia mengundang azab yang kedua adalah tumpulnya semangat ‘amar makruf nahi mungkar’ seperti firman Allah yang bermaksud, “Telah dilaknati orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.” (Surah an-Nisaa’, ayat 78-79)

Apabila suami enggan menegur isteri, ibu bapa takut menasihat anak-anak, guru tidak ambil peduli, pemimpin masyarakat tidak ikhlas berbakti, ahli politik hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan, cerdik pandai menjadi penakut dan ulama membisu dan membutakan mata melihat kemungkaran, maka siapakah yang dapat menolong diri mereka daripada kehancuran dan azab Allah?

Kedua-dua fitnah ini sentiasa datang pada setiap umat yang dilahirkan, hanya mereka yang beringat saja mampu menyelamat diri, keluarga, masyarakat dan umat manusia seluruhnya.

Penulis ialah Mufti Perlis, kini menjadi Felo Tamu di Universiti Oxford, UK.

Sumber : Dr Juanda Jaya di BHarian 2010/02/22


Butiran selanjutnya ...

Beriman kepada qada' dan qadar Allah SWT

BG: Mata anugerah Allah yang tidak ternilai, hargai mata dengan memenuhi hak-haknya.

"Janganlah sekali-kali kamu menujukan pandanganmu kepada kenikmatan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (orang-orang kafir itu), dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman." (QS15:88)


Assalamualaikum warahmatullah,

Bismillah, dua-tiga hari ini saya sangat sibuk mengumpul dan mengolah info dari pelbagai untuk entry kali ini. Mari kita buat sedikit revision, subjek Pengetahuan Agama Islam. Semoga mendapat walau sekelumit manafaat daripada entry ini. Amiin.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a. bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah SAW di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat Rasulullah SAW maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah SAW yang bermaksud, “Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman maka jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi kamu sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah SWT, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.”

Jadi, dari ayat Al-Quran dan hadis dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab
  4. Percaya kepada Rasul
  5. Percaya kepada Hari Kiamat
  6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Dalam entry ini, saya fokuskan kepada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada Qada’ dan Qadar. Mengapa cuma Qada’ dan Qadar sahaja dan tidak kepada yang lain-lainnya? Sebab utamanya, susulan perbincangan dalam egrup SIM yang saya sertai. Untuk yang lain-lain, sila rujuk kepada ustaz atau ustazah, buku-buku agama tentang ketuhanan (akidah) [NB: seorang sahabat rekomen buku Dr. Danial ~ Minda Muslim Super] atau boleh rujuk islamGRID.

Beriman Kepada Qada’ dan Qadar

Qada’ dan Qadar adalah salah satu daripada-rukun Iman. Ini dapat dibuktikan melalui hadis Nabi SAW yang bermaksud : Daripada Umar ra. katanya, Pada suatu hari datang seorang lelaki dengan berpakaian serba putih, rambutnya hitam, badannya kemas. Lalu ia duduk dan bertanya kepada Nabi Muhammad SAW..... Beritahuku mengenai iman, Lalu Baginda menjawab, Bahawa engkau beriman dengan Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, hari akhirat dan beriman dengan qada dan qadar. (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi SAW bersabda : Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qada dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya. (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Di dalam Al-Quran sendiri telah disebutkan tentang konsep Qada’ dan Qadar ini berdasarkan maksud ayat seperti berikut :

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka (Ahli Kitab) menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan (menyeleweng) kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (Surah al-Maidah ayat 48)

Katakanlah (wahai Muhammad) : Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal. (Surah at-Taubah ayat 51)

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Surah al-Qamar ayat 49)

Pengertian Qada dan Qadar

Qada bermaksud pelaksanaan. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
  1. Qada Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku). Firman Allah Taala bermaksud, Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib. (Surah al-Anaam ayat 59).
  2. Qada’ Muallaq : Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi)
Adapun qadar bermaksud sukatan, takdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:
  1. Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
  2. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhluk-Nya, khususnya manusia
Beriman dengan Qada’ dan Qadar ialah mempercayai bahawa segala undang-undang, peraturan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT pada azal serta diputuskan hukum itu berlaku seperti yang telah ditetapkan itu.

Hidup manusia diatur sejak dalam rahim

DARI Anas, dari Nabi Muhamad sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (setelah malaikat mendapat jawapannya) maka dia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menyatakan, “Bahawa setiap anak dalam kandungan ibunya ada malaikat yang ditugaskan Tuhan mengenai peringkat-peringkat kejadiannya - mulai dari jatuhnya air benih ke dalam rahim ibunya sehinggalah ia cukup sifat-sifatnya sebagai seorang manusia dan malaikat inilah juga yang menulis apa-apa jua yang berhubung dengannya meliputi rezeki dan ajalnya, dan nasib baik atau buruknya.”

Tiap-tiap seorang anak Adam itu dijadikan oleh Allah menurut apa yang diaturkan-Nya. Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu perkara itu, ada pendahuluannya dan sebab musababnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan mencapainya yang ditetapkan dan tentukan oleh Allah, ini bermakna ia telah kufur kerana ia tidak beriman kepada Qada dan Qadar Allah SWT. [NB : Nampak tak betapa bahayanya jika kita tidak beriman kepada Qada' dan Qadar?]

Dengan penjelasan tersebut, maka orang yang beriman kepada Qada’ dan Qadar ini ialah orang yang rajin berusaha dan beramal mengikut undang-undang, peraturan dan hukum hakam Allah SWT dan giat mencari Qada’ dan Qadar yang dapat menjayakan maksudnya.

Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir (Qadar) Allah
  1. Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhluk-Nya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
  2. Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita.
Lalu, mungkin si polan yang mungkin tidak berpuas hati akan bertanya [NB : Memang adapun yang mempersoalkannya] :
  1. Bagaimana dengan kisah si polan yang masuk kristian, padahal emak dan ayahnya memberi pendidikan agama yang cukup?
  2. Bagaimana dengan si cerdik pandai yang juga bagus pendidikan agamanya, tapi menjadi gadis sosial?
  3. Bagaimana bukan muslim yang tidak menghampiri zina, mereka langsung tak tahu fasal islam?
  4. Ada yang Allah besarkan rezekinya, ada yang Allah sempitkan rezekinya
  5. Ada yang Allah besarkan nafsunya, ada yang Allah kecilkan nafsunya
Terus-terang, sukar untuk saya mengupas persoalan qada’ dan qadar ini, saya BUKAN pakar ilmu akidah dan BUKAN lulusan Usuluddin juga. Sebagai contoh yang mudah untuk difahami :

Senario 1 - Adakah jika seseorang itu wajar mengatakan, Sudah takdir saya dilahirkan sebagai pencuri. Seolah-olah dia menyalahkan takdir 'buruk' yang berlaku kepadanya, sedangkan menjadi seorang pencuri itu merupakan satu pilihan baginya. Sudahkah dia berusaha untuk tidak menjadi seorang pencuri?

Senario 2 - Seseorang menyatakan, Sudah takdir saya berzina dan mengandung tanpa suami. Adakah wajar dia mengatakan takdirnya berzina dan mengandung luar nikah? Berzina dan mengandung tanpa suami adalah satu pilihan. Adakah dia sudah berusaha untuk tidak menghampiri zina dan menepis godaan syaitan?

Senario 3 - Seseorang menyatakan, Nak buat macamana? Sudah nasib aku berpoligami. Terima sajalah...” Sebenarnya, poligami itu juga satu pilihan. Adakah dia sudah berusaha sedaya upaya untuk tidak berpoligami?

Ke semua yang disebutkan di atas, baik dalam persoalan si polan dan senario yang saya petik, ia termasuk dalam kategori qada’ Muallaq iaitu ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Sesuatu qada’ yang ada pilihan, sama ada baik atau buruknya pilihan itu, adalah qada’ Allah dan qadar (buruk atau baik) cuma akan berlaku setelah pilihan itu dibuat oleh si pembuat pilihan. Seseorang itu tidak boleh menyalahkan qadar (takdir) buruk yang ditentukan oleh usaha dan pilihannya sendiri.

Kita dituntut sentiasa berusaha dan berdoa

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. Firman Allah SWT bermaksud, Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah ayat 186)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Doa merupakan otak kepada ibadat. (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Walaupun hidup kita telah pun diatur oleh Allah SWT, tidak bermakna kita tidak perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan takdir yang lebih baik daripada yang telah diputuskan oleh Allah. Setelah kita ketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah SWT maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah SWT. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah SWT jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

Firman Allah SWT bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad ayat 11)

Masih tidak faham? Erk... mungkin tulisan Dr Fauziah UIA dari SIM boleh membantu pemahaman anda :

Tidak ada manusia yang dapat menolak Qadar atau ketetapan Allah. Bila lahirnya kita, tuanya kita, ajal kita bukan pilihan. Tapi bagaimana hidup kita adalah bergantung kepada usaha kita. Sebab itu disebutkan dalam ayat al-Quran...Laha maa kasabat, wa 'alayha maktasabat (bagi manusia itu apa yang diusahakannya, dan (tidak akan dapat) apa yang tidak diusahakannya.) Semua orang akan tua, tapi bagaimana waktu tua kita adalah bergantung kepada usaha dan amalan kita. Kalau banyak makan dan minum benda yang manis semasa muda kita, jadi tinggilah potensi untuk kita dapat penyakit kncing manis bila meningkat tua. Kalau banyak makan roti canai dan teh tarik, tinggilah pula potensi untuk mendapat sakit jantung. Atau kita kita boleh bebas dari penyakit-penyakit tiga serangkai ini, jika menjaga pemakanan kita dengan baik. Mati itu adalah Qada’, penyakit itu adalah Qadar.

Tidak ada orang dapat menolak tua, tapi kita boleh memilih untuk kelihatan muda atau awet muda. Dari yang halal hingga yang tidak halal semuanya ada... vitamin C, pati soya, kollagen, botox dan lain-lain. Itu adalah takdir. Tidak ada siapa dapat menolak kematian kerana Allah telah berfirman, Apabila sampai ajal seseorang tidak akan dicepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun.

Mati itu akan dirasai oleh semua yang bernyawa. Tetapi bagaimana kesudahan hidup kita adalah bergantung kepada amalan dan usaha kita. Kalau asyik berdangdut dan berkaraoke di kelab malam, tidak mustahil takhdir kita. Akan mati di situ. Kalau asyik berlumba haram, tidak mustahil takdir kita akan mati seperti katak di jalanan. Dan kalau rajin ke masjid, kalau diizinkan oleh Allah, tidak mustahil akan kembali kepada Allah di tempat yang mulia itu. Sebab itu kita disuruh berdoa, Ya Allah, matikanlah kami di dalam keadaan husnul khatimah (sebaik-baik kesudahan) dan janganlah Kau matikan kami di dalam keadaan Su’ul khatimah (kesudahan yang tidak baik). Maksudnya mati itu adalah Qada’... dan bagaimana kesudahan hidup kita itu adalah Qadar (takdir). [NB : Rujuk entry Bahagia dengan Husnul Khatimah, Sengsara dengan Su'ul Khatimah untuk keterangan lanjut.]

Bijaksana itu mungkin satu Qada’ dari Allah untuk setengah hamba2-Nya, tetapi berjaya atau tidak adalah takdir yang bergantung kepada banyak faktor. Bergantung kepada pilihan kita. Ada seorang pelajar yang cuma lulus Bahasa Inggeris semasa PMR, tetapi berjaya mendapat A- di dalam SPMnya. dan siapa sangka pelajar ini boleh mendapat First Class Degree dalam Mechanical Engineering dari universiti di England. Maknanya pelajar ini adalah bijak, cuma potensinya tidak diasah dengan betul semasa dia di Tingkatan 1, 2 dan 3. Tetapi berkat tunjuk ajar seorang gurunya semasa di tingkatan 4, pelajar ini sedar dia bukan tidak pandai, cuma potensinya tidak digilap dengan baik. Kebijaksanaan itu satu daripada jutaan Qada’ Allah untuk kita tetapi kalau tidak diasah dan digilap, maka jadilah seperti intan jatuh ke lumpur. Kejayaan itu satu qadar.

Konsep qada dan qadar

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
  1. Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
  2. Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
  3. Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
  4. Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.
Masih tidak faham akan Qada’ dan Qadar Allah? ALERT! Carilah ustaz/ustazah, bergurulah. Usah tunggu hingga syaitan merajai hati. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah dan kamu sudah ditipu terhadap Allah oleh syaitan yang amat penipu.” (Surah al-Hadid, ayat 14)

Kesimpulan

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, Apabila disebut tentang qadar maka diamlah... (Hadis riwayat Tabrani dan Abu Nuaim)

Peringatan daripada dalil hadis di atas dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada’ dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakan ustaz atau ustazah cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada’ dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam. Apabila disebut tentang qadar maka diamlah..., bermaksud, siapakah kita hendak mempersoalkan keputusan Allah?

Kelalaian adalah penyakit yang dideritai setiap insan. Ia lebih merbahaya daripada segala penyakit di dunia ini kerana setiap penyakit ada ubatnya dan hanya memberi impak pendek serta sementara. Tetapi kelalaian akan menghasilkan penyesalan selama-lamanya pada akhirat kelak.

Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada’ dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

Marilah kita bersama-sama koreksi diri dengan berusaha dan tingkatkan amalan, supaya hidup kita lebih diberkati-Nya!




NB : Saya mohon jika ada kesilapan dalam entry ini, harap maklumkan kepada saya. Yang baik hanyalah daripada Allah Taala, yang buruk adalah kesilapan saya sendiri.

Susunan sendiri dari sumber : islamgrid.gov.my, SiM dan buluh.iluvislam

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails