“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Februari 10, 2009

Q&A: Najis anjing

Alhamdulillah, hari ini saya sempat kongsikan kemusykilan yang kadang-kadang dianggap 'remeh', tetapi sebenarnya agak penting dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari. Soalan ini ditujukan secara peribadi kepada email saya, jadi saya rahsiakan pengirim asal.

Semoga ada manafaatnya.

SOALAN:

Salam,


Nak minta pendapat ... saudara/saudari ... kalau sekira nya anak saya balik dari sekolah dia guna kan beg yang boleh ditarik tu dan tali beg tu .. mengikut kata abang dia yg darjah 5 terkena tahi anjing juga terkena sedikit kasutnya .. boleh ke saya hanya basuh saja atau saya perlu samak ..
beg dan tempat dia letak beg dalam rumah dan kasutnya sekali ... minta tolong ya ...

Terima Kasih.


JAWAPAN:

Wassalam wbt...

Maaf ya, ambil masa yang agak lama nak reply. Sebenarnya, kalau ikut jawapan Mr Google, "anjing yang najis hanyalah jilatannya (air liur) dan yg lain adalah bersih dan tidak perlu disertu. Tahi dan kencing anjing adalah najis yang boleh dibersihkan dengan air dan sabun..."

Walau bagaimanapun, saya telah mengajukan soalan puan ke grup yang saya sertai (jangan risau, email ID puan saya rahsiakan), berikut adalah jawapan yang diberi oleh seorang yang boleh dipercayai. Saya C&P di bawah:

Jawapan
Latifah Abdul Wahab <la_abwa@yahoo.co.uk> :

Kalau ikut mazhab imam syafei, anjing ni termasuk najis mughallazoh (najis berat) bukan sahaja air liurnya, malah keseluruhan anggotanya jika basah. Cuma yg beza ialah sama ada ianya basah atau kering, kalau kering (bukan iar liur-mana ada air liur kering atau tahi kering) tak najis. Misal kalau kita pegang bulunya yg kering.. nak peluk pun tak apa . Asal kering anggota badan kita yg menyentuh dan kering pula anggota anjing yg disentuh/tersentuh.

Dalam kes tahi anjing, biasanya najis nya basah. kalau kering pun luarnya dalamnya bila dilenyek basahlah (alamak macam saya ni pakar tahi anjing).. Kalau air liur pun najis bertambahlah tahinya atau kencingnya. Ini hukum qiyas dari hadis air liur anjing.

lihat contoh jwp di bawah

KETIKA menjalani latihan satu program khidmat negara, saya ada pegang najis anjing yang kering secara tidak sengaja. Kemudian, saya samak tangan. Tetapi hingga kini saya musykil, apakah perlu disamak apabila terkena najis yang kering?

MOHD
Terengganu.


ANDA melakukan yang betul apabila menyamak tangan yang terkena najis anjing. Menurut mazhab Shafie, najis babi dan anjing hendaklah disamak dengan tujuh kali cucian yang satu daripadanya air bercampur tanah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Sucinya bejana kamu yang dijilat anjing ialah dengan membasuh tujuh kali dengan air, satu yang utama dengan tanah." (Hadis riwayat Muslim). Sekiranya jilatan anjing perlu disamak, adalah lebih utama najisnya yang lebih kotor untuk disamak.

Berkaitan dengan memegang anjing ketika kering, ia tidak perlu disamak kerana sama-sama kering. Bagaimanapun, ia berbeza dengan najis anjing yang sudah tentu kotor berbanding bulunya.

Petikan Jawapan jakim:

4. Air liur anjing najis. Anjing itu sendiri adalah tidak najis. Yusuf al-Qaradawi lebih bersetuju dengan pandangan Imam Malik iaitu anjing tidaklah najis, tetapi dikehendaki basuh jilatannya sebanyak 7 kali, basuhan yang pertama dengan tanah,kerana semata-mata perkara ta'abbudi. Mengikut mazhab Syafie dan Hambali, babi dan anjing serta keturunan yang lahir daripada kedua-duanya termasuk sisa makanan dan peluhnya adalah najis.

Jawapan yang relevan dgn soalan.

Assalamualaikum ustaz.

Saya ingin bertanya tentang soal najis anjing. Saya ada memijak sesuatu yang saya lihat seperti najis. Cumanya, saya tidak pasti najis apakah itu. Warna hitam. Yang merisaukan saya ialah kerana saya tidak melihat binatang lain seperti kucing atau kuda di situ. Yang saya tahu, di tempat itu memang ada anjing.

Soalan saya:

1. Adakah najis itu dikira najis anjing kerana hanya anjing sahaja yang saya tahu wujud di kawasan itu.

2. Bagaimana untuk kita yakin bahawa sesuatu najis itu adalah najis anjing. Adakah berdasarkan rupa, bau ataupun apa? Kerana saya mengalami kesukaran untuk mengenal pasti bahawa ini najis anjing atau tidak.

Terima kasih atas perhatian pihak tuan..

jawapan:

Waalaikumsalam.Jika kita pasti bahawa itu ialah najis anjing yang terkena mana-mana bahagian kulit kita maka ia perlu disamak tetapi jika terkena alas seperti pakaian, kasut, topi dan sebagainya maka ia perlu dibasuh sahaja untuk menghilangkan bau,warna dan rasa. Jika kita ingin menyamaknya maka ia lebih baik. .

Anjing ni lebih teruk dari babi. Kalau babi tu ada juga disebut juga kalau dharurat boleh makan. Tapi anjing ni air liur dai pun najis. Dalam mazhab sayfei bab fekah ni kita ambil langkah paling hati2, yg dikatakan oleh sesetengah golongan sebagai 'menyusahkan".

Saya ambil sikap 'pilih jalan selamat'. Kalau kita samak kita selamat sekalipun pendapat kedua (yg kata tak payah samak) itu betul. Ttp jika kita tak samak, dan pendapat suruh samak yg betul, maka kita sudah tak selamat. Mungkin ada yg kata ikut mana yg kita yakin, tentulah saya yakin dengan pandangan ulama lebih dari 'ijtihad' saya sendiri. Dan memang saya belum layak lagi nak berijtihad.

Lagipun hadis ttg tahi anjing tak ada yg qat'ei. Tak jumpa hadis yg mana sahabat terpijak tahi anjing dan tanya Nabi hal itu. Tak ada hadis yg kata kalau anjing kencingkan baju, basuh macam biasa. Yg ada ttg air liur dan ttg anjing sebagai penjaga. Ada hadis sebut Malaikat tak masuk rumah ada anjing.. so kena guna hukum qiyas yg diformulakan oleh ulama.

Bukan kita nak menghakimi ulama mana yg lebih betul , ttp kita nilaikan mereka tu sama. Jadi bila sama taraf, kita yg buat pilihan. Katalah imam syafei betul, maka org yg tak samak sudah 'berdosa'. Tapi kalau imam malik yg lebih betul, yg ikut imam syafei tetap selamat..

Ini hujjah guru saya (prof Harun selalu guna). Begitu juga kalau nak berhujjah dgn non muslim, mengapa kita pilih Islam. Mengapa ada hari akhirat misalnya. Katalah mereka benar (kafir benar), org Islam yg percaya akhirat tetap tak rugi. tapi kalau muslim yg benar maka si kafir akan rugi selamanya. Jadi pilihan di tangan anda...

rumusan Latifah Abdul Wahab <la_abwa@yahoo.co.uk> :

Eloklah disamak sebab kalau kita cuci shj tayar beg tu, beg tu ok. Tapi kalau terpercik air najis yg basah terkena air ke badan kita, kenalah samak anggota yang terkena najis basah tadi. Pimai2 tang tu.. baik samak lah. Lebih meyakinkan kerana beg tu nak masuk dalam rumah.

Wallahu'alam.

2 ulasan:

  1. Ketika melancong ke luar negara baru-baru ini, beg sandang saya dikehendaki melalui pemeriksaan menggunakan anjing di lapangan terbang negara tersebut. Saya ternampak satu bahagian beg tersebut seperti basah (disebabkan bahagian tersebut adalah dari material plastik - jadi jelas kelihatan seperti basah) dan saya mengandaikan terkena air liur anjing semasa pemeriksaan beg tadi. Bagaimana pun kerana cuaca panas di luar lapangan terbang air liur tersebut telah kering. Apakah hukum nya jika anggota badan/pakaian saya terkena bahagian beg yang terkena air liur anjing yang sudah kering tersebut?

    BalasPadam
  2. Kalau bola tu basah terkena anjing yang kering , bola tu kena samak jugak ke? and then bila saya nak balut bola tu dengan plastik , bahagian luar plastik tu terkena bola tu. Boleh ke saya pegang bahagian plastik yang terkena bola tu? adakah tangan saya kena samak? Terima kasih atas jawapan :)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails