“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Februari 07, 2009

Kaunselor Anda: Berterus-terang dengan suami


Rumah tangga tambah rapuh jika ikatan pasangan hanya disebabkan anak

SOALAN:

SAYA berkenalan dengan suami ketika menuntut di luar negara. Dia tidak memberitahu gagal pengajian kerana penaja tidak meneruskan biasiswa. Kami berkahwin dua tahun kemudian. Setahun selepas dapat anak, suami sambung belajar ke luar negara atas biaya keluarganya. Saya ambil cuti tanpa gaji menemaninya.

Suami saya baik dan bertanggungjawab. Dia tidak pernah gagal memberi nafkah untuk keperluan isi rumah dan pelajaran anak-anak selain membayar ansuran keretanya. Saya membayar ansuran rumah, kereta dan bercuti. Pendapatannya jauh lebih rendah daripada saya tetapi jika rezeki lebih, suami tidak kedekut atau berkira.

Bagaimanapun suami saya panas baran dan tidak solat kecuali sembahyang Jumaat dan Aidilfitri serta Aidiladha. Sebagai wanita, saya inginkan kejutan pada hari istimewa, seperti jam atau barang kemas, tetapi itu hanya mimpi. Perbelanjaan rumah makin meningkat dan kami pernah bergaduh besar sehingga dia menangis. Tapi dia tidak tahu saya menangis dalam hati kerana menanggung perbelanjaan rumah yang lebih besar daripadanya.

Saya banyak berfikir mengenai masalah ini sehingga tertekan. Saya sentiasa berdoa supaya Allah tunjukkan bahawa dia suami hingga ke akhir hayat. Kalau bukan, pisahkan kami ketika saya masih muda dengan cara baik. Cinta saya padanya amat tawar, saya bertahan kerana anak-anak.

Saya masih menarik walaupun sudah mempunyai tiga anak. Masih ada mata melirik walaupun saya berjalan dengan anak dan ini disedari suami.

Mira Edora

JAWAPAN:


PERSOALAN yang sedang anda hadapi ialah soal hati, soal cinta yang tercalar dan layu mengakibatkan pelbagai kekaburan kerana mendung kelabu mula berarak ke ruang angkasa hati anda dan memalapkan wajah perkahwinan anda. Anda sudah mula melihat simpang kecil dalam perjalanan perkahwinan yang memaksa anda memilih simpang mana paling selamat dan membahagiakan dan simpang mana yang membingungkan.

Anda kini bimbang sama ada malam akan dihiasi sinar lembut dari rambulan penuh atau dibaluti malam pekat yang membunuh indahnya malam. Anda juga ragu, adakah masih perlu jadi pungguk merayu rambulan atau terus membiarkan bulan lesu muncul bak cahaya gerhana, hingga lembut pantulan cahayanya tidak terasa lagi pada mata dan jiwa. Dengan lain perkataan anda mengalami depresi.

Untuk pengetahuan anda, data menunjukkan paling sedikit 200 juta orang di seluruh dunia atau seorang dari setiap 10 orang diserang depresi atau kemurungan ini. Kemurungan melanda seluruh dunia, tanpa membezakan lokasi negara, kaya atau miskin. Penderitaan panjang kemurungan ini boleh membawa kepada tindakan bunuh diri... Nauzubillahminzaliq.

Keadaan ini amat dibimbangi turut melanda orang mukmin, sebab itu Allah mengingatkan "Dan, janganlah kamu membunuh dirimu sendiri." (QS An-Nisa': 29) dan Allah juga berpesan "Dan, janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (QS Al-Baqarah: 195).

Jika anda sedang tenggelam dalam kemurungan kerana hati mulai kering kerana sikap suami yang tidak berubah atau perlakuan suami yang menyebabkan anda terpaksa berkorban untuk keluarga yang sepatutnya ditanggung suami sedangkan asalnya atas dasar cinta. Langkah terbaik berterus terang dengannya, ceritakan semua yang anda rasai selama menjadi isterinya.

Minta dia mendengar dengan ikhlas dan anda juga bercerita dengan ikhlas supaya tidak ada buruk sangka. Mungkin isu pertama soal perlakuannya yang tidak berubah walaupun umur bertambah, kedua soal tidak solat. Soal solat sangat penting jadi punca perceraian. Kerana orang yang tidak solat bukan hamba Allah yang baik, bagaimana dia nak jadi suami dan ayah yang beriman dan nak jadi contoh pada anak-anak. Pada saya ini perkara serius, kerana ia soal hubungan hamba Allah dengan Allah. Jika hubungan ini tidak dijaga apa untungnya menjaga hubungan manusia dengan manusia. Puan buatlah pertimbangan sebaiknya.

Analisis hasil perbincangan dengan bijak, kerana puan tidak akan mampu berpura-pura menyayanginya hingga ke akhir hayat, belajar menyatakan yang benar walaupun pahit ketika anda masih sihat, kuat dan mampu berdikari bersama anak-anak. Ibarat menarik rambut dalam tepung , rambut jangan putus dan tepung tidak berkecai. Jika anda memilih hidup bertuhan maka dia harus berubah jika dia tidak bersedia berubah anda akan lebih lama menderita. Rumah tangga akan menjadi bertambah rapuh jika ikatan suami isteri hanya disebabkan anak. Semoga kebosanan anda kini akan berkurangan dengan bersikap berterus terang dengan pasangan anda walau apa pun risikonya.

Beranilah mengambil risiko hasil daripada perbincangan terbuka itu nanti. Selamat berbincang dengan jujur dan ikhlas.

Sumber : Dr Rubiah K Hamzah di BHarian 2009/02/07

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails