Berikut adalah senarai sepuluh aktiviti yang dicadangkan untuk dilakukan bersama anak – anak setiap hari. Mungkin tidak semua dapat dilaksanakan sekali gus pada setiap hari, namun anggaplah ini sebagai ‘list to do’ untuk aktiviti yang patut kita lakukan hari ini. Semoga senarai ini juga dapat membantu yang lain diluar sana untuk beraktiviti bersama anak – anak. 1. Membaca untuk anak - anak 2. Meminta anak - anak membaca 3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran 4. Berlatih kemahiran matematik bersama 5. Menulis 6. Belajar/ mendalami Islam 7. Berbual 8. Aktiviti mendengar dan menulis 9. Belajar/ memahami Bahasa Arab 10. Menyelia dan mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan 1. Membaca untuk anak kita setiap hari Kelebihan membaca untuk anak anda adalah:
Teruskan membaca untuk anak – anak selagi mana mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti ini. Antara bahan yang boleh dibaca: buku cerita, Al Quran, Al Hadith, artikel, surat khabar Tip: Pastikan berbincang selepas membacakan untuk mereka 2. Meminta anak – anak membaca Kemahiran membaca adalah sama seperti kemahiran – kemahiran lain, perlukan latihan supaya untuk menguasainya Membaca setiap hari adalah penting! Bahan untuk dibaca anak – anak adalah bergantung kepada tahap umur masing – masing: Huruf, perkataan, ayat, perenggan, cerita, Al Hadith, Al Quran Mintalah anak – anak kita membacakan untuk kita dan berilah semangat kepada mereka untuk terus membaca. 3. Membaca/ mengahafal/ mendengar bacaan Al Quran Semak kebersamaan kita dengan Al Quran setiap hari.
4. Berlatih kemahiran matematik bersama. Matematik ada di rumah kita. Jadi berlatih asas matematik bersama anak – anak adalah sesuatu yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama matematik adalah satu kemahiran yang penting. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti:
5. Menulis Minta anak – anak kita menulis setiap hari untuk memperbaiki tulisan mereka dalam masa yang sama mereka dapat menyatakan apa yang mereka rasa atau alami melalui tulisan. Ada beberapa cadangan:
6. Belajar/ mendalami Islam
7. Berbual Masa makan adalah masa yang paling sesuai untuk berbicara dengan anak – anak. Luangkan masa untuk bercakap dengan anak – anak sejak mereka masih kecil lagi. Jangan lupa menjaga beberapa perkara semasa berbual dengan mereka:
Pada pendapat saya, sekiranya anak – anak tersilap sebut, mereka perlu dibetulkan dengan lembut . 8. Aktiviti mendengar dan menulis Tuliskan/ sediakan untuk anak – anak beberapa perkataan atau bahan untuk dibaca, kemudian kita menyalin apa yang dibacakan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara bergilir, dimana kita pula membaca kemudian anak – anak menulis apa yang dibacakan untuknya.
9. Belajar/ memahami dan bercakap Bahasa Arab Cuba untuk mempelajari bahasa Arab setiap hari, sama ada melalui kelas secara formal atau tidak formal dengan cuba berbual dalam bahasa ini antara satu sama lain. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa agama kita, oleh kerana itu bahasa ini amat penting untuk dipelajari. 10. Menyelia,mempraktikkan budaya kebersihan dan kekemasan Ini adalah perkara yang teramat penting untuk dititik beratkan. Kebersihan dan kekemasan mempengaruhi kesihatan kita dan juga kehidupan sosial kita. Anak – anak perlu dididik sedari kecil tentang kepentingan kebersihan dan melatih mereka untuk sukakan kebersihan. Ini bukanlah perkara yang sukar kerana pelbagai aktiviti harian ini boleh dilakukan dalam suasana yang ceria dan menarik. Luangkan masa untuk mengawasi anak – anak kita dari segi kebersihan dan kekemasan semasa;
Sekali sekala, lakukan aktiviti gotong royong bersama – sama untuk memupuk semangat menjaga kebersihan pada diri mereka. Aktiviti memasak bersama juga salah satu dari idea yang menarik untuk dicuba. Adaptasi dari perkongsian Umm Ibrahim bint Milton Sumber: Dakwah.info |
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Februari 13, 2009
10 Aktiviti Bersama Anak-Anak Kita
Susunan :
Bawang Goreng
pada
2/13/2009 09:06:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...