“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Februari 15, 2009

Kecacatan zakar mudah dirawat ketika bayi

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Hypospadias boleh beri kesan psikologi, seksual apabila dewasa

HYPOSPADIAS dikesan berlaku pada setiap satu daripada 200 hingga 300 kelahiran bayi lelaki. Agak merunsingkan, ada kalanya ia hanya dikesan ketika kanak-kanak itu hendak dikhatankan.

Hypospadias merujuk pada kecacatan konjenital pada kemaluan kanak-kanak lelaki, iaitu pembukaan salur kencing bukan di hujung zakar tetapi di bahagian lain seperti di bawah, di pangkal dan di tepi kerandut.

Ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak mengeluarkan air kencing di hujung zakar sebaliknya di bahagian yang mana pembukaan salur kencing itu berada. Malah, ada juga pesakit yang tidak boleh kencing berdiri sebaliknya perlu mencangkung seperti kanak-kanak perempuan.

Permasalahan ini sepatutnya dikesan kakitangan perubatan sebaik bayi dilahirkan. Jika terlepas pandang, ibu bapa tidak akan menyedari langsung keabnormalan anak lelaki mereka hinggalah tiba waktu dikhatankan.

Hypospadias yang dikesan pada usia bayi mudah diperbaiki dengan pembedahan, kurang komplikasi dan cepat sembuh. Namun, hypospadias yang dikesan selepas kanak-kanak meningkat remaja mempunyai banyak komplikasi selain proses penyembuhan yang lebih hambat.

Malah, jika ia tidak dirawat hingga dewasa, kanak-kanak itu akan membesar menjadi lelaki yang rendah diri dari segi psikologi.

Pakar Bedah Pediatrik, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Ahmad Zulkifli Laidin, berkata ada juga kes hypospadias yang memerlukan ujian kromosom. Lebih teruk, ujian itu akhirnya mendapati kanak-kanak berkenaan bukan lelaki sebaliknya wanita.

Dr Ahmad Zulkifli berkata, 20 peratus punca hypospadias adalah masalah genetik dan tahap keseriusan hypospadias yang dialami mungkin berbeza.

“Kanak-kanak yang mengalami hypospadias mempunyai salur kencing tidak terbentuk dengan sempurna. Ada kalanya ia pendek dan pembukaannya berada di bawah zakar. Dalam kes yang lebih serius, pembukaan salur kencing berada di tepi kerandut atau rektum,” katanya.

Dr Ahmad Zulkifli berkata, bagi kes salur kencing yang pendek ia akan menyebabkan batang zakar membengkok pada bahagian yang tidak memiliki salur kencing (chordee). Walaupun kanak-kanak itu tidak berhadapan dengan masalah untuk membuang air kecil, namun jika tidak dirawat kanak-kanak terbabit akan terjejas secara psikologi dan seksual terutama apabila dewasa.

Rawatan hypospadias adalah dengan pembedahan dan biasanya pembedahan dilakukan seawal mungkin. Misalnya pada usia empat hingga lapan bulan. Hanya sekali pembedahan dilakukan dengan mengambil masa antara dua hingga tiga jam.

Dr Ahmad Zulkifli berkata, dalam pembedahan itu, salur kencing baru akan dibuat manakala batang zakar yang bengkok akan diluruskan.

“Di situ juga tiub kecil akan diletakkan bagi membantu membuka laluan kepada salur kencing yang baru. Seminggu selepas itu, kateter itu akan dicabut dan salur kencing boleh berfungsi dengan normal.

“Sesetengah kanak-kanak akan berhadapan dengan masalah kebocoran selepas pembedahan. Namun, keadaan itu normal dan akan pulih dengan sendirinya. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku setahun selepas pembedahan, pembedahan akan dilakukan untuk membaiki keadaan itu,” katanya.

SIMPTOM:

  • Pembukaan salur kencing tidak berada di hujung zakar
  • Zakar yang bengkok
  • Air kencing memancut seperti semburan air
  • Hanya separuh kepala zakar dilindungi kulit

Sumber : BHarian 2009/02/15

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails