“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Disember 24, 2007

Serangan Rotavirus

HASHIM dan Ariza hampir kehilangan ikhtiar. Anak bongsu mereka, Deena Sofya, 3 tahun, diserang demam panas, muntah- muntah dan cirit-birit selama beberapa hari.

Sudah berkali-kali mereka membawanya ke klinik tetapi demam Deena tidak juga kebah. Dia sentiasa lesu dan tidak bermaya. Tidak mahu makan dan memuntahkan apa sahaja yang cuba disuapkan oleh Hashim.

Malah susu pun tidak dapat ditelannya. Tiada lagi tenaga dalam dirinya. Tubuh badannya yang kecil menjadi semakin lemah, menyebabkan ibu bapanya semakin terdesak.

“Kami cuba apa sahaja untuk menurunkan suhu badannya,” kata Hashim. “Kami menjaram badannya, malah cuba bagi dia aiskrim! Semuanya tidak berkesan, dan kami membawanya ke hospital dengan segera.”

Tidak jauh dari situ, Farihan dan suaminya Anizam berasa bimbang kerana ada yang tidak kena dengan Amzar, anak lelaki mereka yang berumur setahun.

Semenjak Farihan membawanya pulang dari pusat asuhan Jumaat lalu, anaknya mula bersikap pelik. Keesokannya pula, dia muntah-muntah.

Pada Ahad itu, Farihan membawa Amzar ke klinik dan didiagnosis dengan kembung perut lalu diberikan ubat untuk angin dan mengelakkan muntah-muntah.

Hari Isnin berlalu dan disebabkan keadaan Amzar yang semakin pulih, dia dihantar semula ke pusat asuhan semasa Farihan meneruskan kerja sepenuh masanya sebagai pensyarah universiti.

Namun, apabila menjemput anak sulungnya Fawza yang berumur 6 tahun dari tadika, Farihan mendapati Fawza mengalami simptom yang sama seperti Amzar: sakit perut diikuti muntah-muntah teruk apabila waktu malam.

“Saya pernah baca mengenai Rotavirus tetapi saya tidak mengaitkannya pula,” kata Farihan.” Keesokkan hari, Amzar mula demam dan kembali muntah-muntah! Kami tahu mereka mesti dibawa ke hospital.”

Diagnosis ujian

Sama seperti Deena, Amzar dan Fawza juga didiagnos dengan Rotavirus.

Akhirnya, ibubapa mereka tahu bahawa muntah-muntah dan cirit- birit tersebut adalah bukan yang biasa. Persoalan seterusnya - Apakah Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah menjangkiti usus. Ia biasanya terdapat dalam najis kanak-kanak yang dijangkiti dan disebarkan menerusi sentuhan dengan najis yang dijangkiti.

Rotavirus boleh disebarkan dengan mudah dalam banyak cara: apabila kanak-kanak tidak membasuh tangan mereka selepas menggunakan tandas atau sebelum makan, atau daripada orang dewasa yang mendapat jangkitan atau mengendalikan bayi yang dijangkiti.

Oleh kerana Rotavirus boleh hidup selama berjam-jam pada tangan manusia dan berhari-hari pada permukaan keras dan kering, ia juga boleh disebarkan menerusi air dan makanan tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek dan permukaan tercemar, dan kemudian menyentuh mulut mereka.

Mengenal pasti jangkitan Rotavirus

Rotavirus menyebabkan demam, loya dan muntah diikuti kekejangan abdomen dan cirit-birit selama tiga hingga lapan hari. Cirit-birit boleh menjadi teruk hingga boleh menyebabkan penyahidratan.

Tanda-tanda penyahidratan termasuk rasa dahaga, rengsa, lesu, mata cengkung, mulut dan lidah kering, kulit kering dan bagi bayi, lampinnya tidak basah selama beberapa jam.

Semasa di hospital

Lima hari Deena terbaring di hospital. Tiub intravena digunakan setelah kehilangan terlalu banyak air akibat muntah dan cirit-birit.

Kedua-dua ibu bapanya benar-benar merasa lega apabila keadaannya beransur pulih. Kalaulah Deena lebih muda daripada usianya, sudah tentu penyahidratan itu boleh meragut nyawanya.

Di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 24 bulan, penyahidratan yang teruk boleh mengakibatkan kejutan, kegagalan buah pinggang, kerosakan otak dan juga kematian.

Bagi Amzar yang berumur setahun, risiko penyahidratan adalah ketara.

“Fawza yang lebih tua sembuh lebih cepat dari jangkitan Rotavirus. Dengan Amzar, saya dapati kulitnya semakin berkedut. Dia juga terlalu lemah.

‘‘Namun, dengan tiub intravena, keadaannya semakin baik. Lima hari kemudian, dia boleh makan bubur semula!” kata Farihan dengan senyuman.

Kurangkan risiko Rotavirus

Semua kanak-kanak dijangka dijangkiti penyakit Rotavirus sehingga umur mencecah lima tahun.

Rotavirus merupakan penyebab 38 peratus daripada kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit dan penyahidratan yang teruk.

* Beri bayi anda susu badan

* Lebih berhati-hati apabila menyediakan makanan di rumah

* Pastikan semua makanan dipanaskan semula dengan betul sebelum makan

* Jangan simpan makanan dimasak dalam peti sejuk lebih daripada dua hari

* Galakkan setiap anggota keluarga, termasuk pembantu rumah, untuk menjaga kebersihan di rumah

* Steril semua peralatan makan dan penyusuan dengan membasuhnya dalam air yang sangat panas

Meskipun langkah-langkah di atas boleh mengurangkan risiko jangkitan Rotavirus, ia tidak boleh menjamin perlindungan penuh untuk anak anda.

Satu-satunya cara perlindungan sepenuh anak anda ialah memberi mereka vaksin menentang virus ini semasa mereka kecil.

Vaksin Rotavirus diberikan melalui mulut dan bertujuan untuk merangsangkan pelalian atau keimunan dari kecil supaya serangan pertama Rotavirus hanya menyebabkan jangkitan ringan atau tanpa gejala.

Mintalah maklumat lanjut daripada doktor anak anda.

“Kalaulah vaksin itu sudah ada semasa Deena lahir, kami tidak teragak-agak untuk memberikannya,” kata Hashim. “Kami mungkin dapat mengelakkan penderitaan yang dilaluinya.”

“Saya selalu ingat vaksin Rotavirus adalah untuk mencegah cirit-birit!’’ kata Farihan. “Sekiranya saya tahu betapa bahayanya jangkitan Rotavirus, terutamanya di kalangan bayi, sudah tentu saya mendapatkan vaksin untuk anak-anak saya.”

- Artikel oleh Dr. Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik, Bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia dan Pengerusi Positive Parenting. Program Positive Parenting diurus oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan sumbangan geran pendidikan tanpa syarat dari GlaxoSmithKline. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.mypositiveparenting.org

Sumber: UtusanOnLine


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails