Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jerangau atau nama saintifiknya Acorus calamus L. memiliki sejarah panjang dalam perubatan herba tradisional. Herba ini dikatakan berasal dari India, tetapi kini boleh ditemui di sekitar Eropah, selatan Rusia, utara Asia Kecil, selatan Siberia, China, Jepun, Burma, Sri Lanka, Australia dan juga selatan Kanada dan utara Amerika Syarikat.
Jerangau mudah dijumpai di kawasan yang berpaya terutamanya di tepi sungai. Ia merupakan tumbuhan separa berair. Ia mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25 mm. Kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih di dalamnya.
Bahagian dalam herba yang turut dikenali sebagai ‘sweet flag’ ini berbentuk seperti span. Ðaunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunya dikoyakkan, akan terhasil satu bau yang wangi. Jerangau menghasilkan bunga berwarna kuning kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluarkan biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom.
Rizom dan akar tumbuhan ini digunakan sebagai penyedap rasa dalam masakan tradisi. Selain itu, aromanya dapat merangsang selera makan. Manakala dalam perubatan tradisional dan moden, herba jerangau amat dihargai sebagai ubatan perangsang beraroma dan tonik ringan.
Ðikatakan dalam perubatan Ayurveda, jerangau bernilai tinggi sebagai meremajakan semula otak dan system saraf dan juga ramuan untuk penyakit pencernaan. Ðalam perubatan tradisional Cina, dikatakan jerangau mampu digunakan untuk merawat kepekakan, rasa pening kepala dan epilepsy (sawan), muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut dan disenteri.
Rizom dan akar jerangau bersifat anodin (pelega sakit), afrodisiak, aromatik, karminatif (pelega flatulens), emenagog (perangsang haid), ekspektoran (penggalak rembesan kahak), febrifuge (pengurang demam), halusinogenik, hipotensif, sedarif, perangsang, stomakik (perangsang aktiviti rembesan dig aster untuk meningkatkan selera makan) dan vermifuj (penyingkir cacing).
Sejak zaman dahulu lagi, jerangau telah digunakan untuk merawat masalah pencernaan dan paru-paru. Pengambilan herba ini dikatakan mampu membuang kahak dan menenangkan minda. Ia juga boleh digunakan untuk merawat amnesia, palpitasi jantung, insomnia, tinnitus, brongkitis kronik dan asma.
Herba ini juga baik untuk menghentikan pendarahan selepas bersalin atau menghentikan pendarahan berlebihan semasa haid. Ia boleh digunakan sebagai air mandian untuk wanita selepas bersalin. Untuk tujuan perubatan luaran pula, tumbuhan ini boleh digunakan untuk merawat masalah kulit berkudis, sakit reumatik dan neuralgia (sakit teruk yang amat menyucuk).
Rawat pelbagai penyakit
Minyak daripada akar jerangau amat kuat dan berbau kuat. Rasanya agak pahit. Ði negara Eropah, minyak ini digunakan untuk membantu pencernaan, membantu menentang dan melegakan pedih hati dan dyspepsia. Akarnya juga turut dikunyah untuk membantu melegakan masalah sakit gigi.
Masalah ulser mulut, mulut berbau dan rasa melekat pada lidah akibat keradangan juga dikatakan boleh dikurangkan dengan menggunakan jerangau. Caranya adalah dengan menyapu herba ini pada lidah. Akar tumbuhan ini boleh dijadikan teh herba untuk melegakan sakit tekak. Akar ini juga dikatakan boleh digunakan untuk membantu mereka yang ingin berhenti merokok.
Ðaun jerangau memiliki sifat antikulat dan telah digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah bronchitis, jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan pundi hempedu. Bunganya boleh digunakan untuk merawat ekzema, buah pinggang, penyakit hati adan reumatisma.
Walaupun jerangau memiliki pelbagai khasiat ubatan yang dikatakan mampu melegakan penyakit dan masalah kesihatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Sumber : Misteri Alam
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Disember 07, 2011
Akar jerangau
Susunan :
Bawang Goreng
pada
12/07/2011 10:16:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...