Assalamualaikum warahmatullah,
Cuti yang terbaik adalah ketika ibu bapa cuba menyelami perasaan anak dengan cara mereka. Jangan fikir bercuti itu perlukan banyak belanja, di rumah pun boleh menjadi percutian yang indah bagi anak-anak jika anda mempunyai masa untuk menjadikan hari itu sebaik-baik interaksi yang memenuhi tuntutan emosi anak.
Jangan pula ibu bapa yang terlampau beremosi sehingga keluar kutukan, jeritan dan tengkingan yang melukai hati mereka. Tak payah bercuti kalau yang didapati hanya stres, cuba isi percutian itu dengan belajar bagaimana menggembirakan orang lain.
Apakah tema percutian keluarga kali ini?
1 – Beri masa dan disiplin
Berapa lama agaknya anda tidak duduk bersama anak-anak sambil bersembang tentang cerita-cerita mereka yang menarik? Atau mungkin anda tidak pernah cuba mendengar walau sesaat? “Ayah tengah sibuklah sayang!” atau “Eh, nanti dulu, mama tengah buat kerja ni....” dan seumpamanya.
Bukankah memberi masa sedikit lebih baik daripada tidak sama sekali? Mencintai anak adalah soal disiplin, bagaimana anda disiplin memenuhi masa khas untuknya? Takkahlah dalam 24 jam itu anda terlalu kedekut untuk menyisihkan sedikitnya lima minit saja bagi seorang anak untuk memberi tumpuan pada ‘luahan’ mereka?
Memang tidaklah dinafikan gaya hidup keluarga canggih zaman sekarang terlalu individualistik. Masing-masing dengan kesibukannya sendiri, jika ibu baoa sibuk, anak-anak pula disibukkan dengan aktiviti mereka yang bermacam-macam. Tidakkah hal itu akan merenggangkan ikatan batin antara orang tua dan anak?
Jangan salahkan sesiapa jika pada akhirnya anak-anak tidak memiliki kesetiaan kasih kepada orang tuanya. Mungkin disebabkan lima minit yang tidak pernah kita tepati menyebabkan kita kehilangan 50 tahun untuk dicintai.
2 – Dengar dan sentuh
Pendekatan dan cara didikan orang tua sering diracuni oleh sikap mahu menguasai anak. Seolah-olah tiada keadilan bagi mereka untuk menyuarakan kemahuan, pandangan dan perasaan.
Gaya diktator semacam ini menimbulkan ketegangan bahkan pemberontakan pada jiwa anak. Masa cuti yang panjang ini belum terlambat untuk cuba ‘dengar dan sentuh’ jiwa anak-anak kita. Al-Quran telah menajar kita pendekatkan terbaik untuk mengisi jiwa anak. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkalhan mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, Maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah ali-Imraan ayat 159)
Ðalam setiap perhubungan dari hati ke hati, kelembutan adalah satu penawar yang paling baik saat terjadinya krisis. Anak yang keras hati terbentuk kerana sikap ibu bapa yang bengis. Anak yang penyayang lahir dari sentuhan ibu bapa yang lembut hatinya.
Satu minit anda memaafkan dan cuba mencari jalan keluar bersama anak anda yang dilanda konflik, lebih baik daripada satu jam anda memberi syarahan dengan menyindir, memaki dan menuduh anak tanpa berasa anda pun bersalah.
Jangan cari siapa salah, tapi bagaimana hendak selesaikan masalah. Pada masa cuti semestinya anda dan keluarga bergembira, jangan tambahkan lagi tekanan konflik dengan anak. Maafkah, doakan dan bermusyawarahlah dengan mereka untuk mengisi hari-hari agar lebih bermakna.
3 – Hargai dan bersyukur
Jika anak anda peduli, sayang dan begitu memperhatikan andan semasa kecil lagi, tidak sudah anda mendidiknya untuk tetapi kekal dalam sikap sebaik itu 20 atau 30 tahun lagi. Tetapi jika dari kecil sudah menunjukkan tanda-tanda menderhaka seelok-eloknya anda menilai kembali cara didikan dan sentuhan pada jiwa mereka.
Sebenarnya, hati anak-anak kita cepat tersentuh oleh hadiah, penghargaan dan pujian dari ibu bapa yang ikhlas. Semakin banyak anda memberi, semakin pandai mereka bersyukur, tetapi elakkanlah memanjakan anak dengan cara yang melampau.
Seelok-eloknya buka mata dan hati anak untuk melihat anak-anak yatim dan miskin supaya mereka lebih mensyukuri nikmat kasih sayang. Boleh juga bercuti ke hospital menziarahi anak-anak yang sakit supaya anak kita merasai penderitaan orang lain. Ini salah satu cara yang paling praktikal untuk mendidik hati supaya lebih bersyukur.
Sebagai ibu, ingatkan anak-anak anda tentang jasa dan curahan bakti ayah mereka. Begitu juga ayah yang sentiasa menyebut satu persatu kesusahan ibu menjaga mereka. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Ðan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa kamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (Surah Lukman ayat 14)
Semoga percutian yang dilalui membawa nilai-nilai baik yang diperlukan jiwa anak-anak kita. Bukannya percutian yang melalaikan, membutakan hati dan membentuk sikap individualistik tidak peduli.
Sumber : Ðr Juanda Jaya di MW#1438
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Khamis, Disember 08, 2011
Cuti sekolah, dengar dan sentuhlah anak
Susunan :
Bawang Goreng
pada
12/08/2011 09:57:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...