Assalamualaikum warahmatullah,
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan silatul rahim sesama Islam. Amalan ziarah di kalangan orang-orang Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar dalam masa sakit sahaja. Amalan ziarah ini telah dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kaum keluarga, yang tua, bujang dan lain-lain.
Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. katanya: “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang menjenguk orang sakit, maka ia akan selalu berada dalam kebun syurga.” Orang-orang bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan kebun syurga itu?” Rasulullah menjawab, “Buah-buahnya.” (Hadis riwayat Muslim)
Disebutkan dalam ash-Shahihain dari Abu Hurairah r.a.: Aku mendengar Rasulullah SAW mengatakan, “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya ada lima: menjawab salam, menjenguk orang sakit, menghantarkan jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang bersin.”
Daripada hadis yang dipetik di atas, dapatlah kita fahami bahawa menziarah pesakit adalah sangat-sangat dituntut dalam agama. Walau bagaimanapun, tahukah anda, terdapat adab yang digariskan oleh syarak dalam menziarahi pesakit? Antara adab menziarahi pesakit yang boleh disenaraikan adalah seperti berikut:
✎ Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah SWT untuk mengeratkan silaturahim.
✎ Memilih waktu yang sesuai untuk menziarahi. Menurut Anas r.a., Nabi SAW biasanya menziarahi sahabat yang sakit setelah tiga hari.
✎ Membaca doa berikut : [Doa 1]
Maksudnya, “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik Arasy yang Agung, mudah-mudahan Ðia menyembuhkanmu!”
✎ Membawa buah tangan. Lebih molek juga semasa ziarah, kita membawa buah tangan untuk pesakit. Kebiasaannya, biskut untuk kudap-kudapan atau buah-buahan yang boleh dimakan pesakit seperti buah epal, limau, anggur, jambu dan sebagainya. Jangan pula kita bawakan pesakit buah durian, sungguh kurang sesuai...
✎ Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan, “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak” sebagaimana lafaz yang dilakukan oleh Rasulullah SAW : [Doa 2]
Maksudnya, “Tiada apa-apa, mudah-mudahan menjadi pelebur dosa, insya Allah.”
✎ Bermesra dengan pesakit. Bawakan cerita-cerita yang dapat menenangkannya dan ahli keluarganya. Ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.
✎ Haram mengatakan sesuatu perkara yang boleh melukakan perasaan pesakit.
✎ Membantu meringankan masalah yang dihadapinya dengan sedaya upaya.
✎ Menjaga pergaulan, sama ada terhadap pesakit yang berlainan jantina, ahli keluarganya atau orang yang berziarah.
✎ Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan berdoa : [Doa 3]
Maksudnya, “Ðengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku dapat dan waspadai.”
✎ Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.
✎ Jika pesakit berada dalam keadaan nazak, maka kita hendaklah :
❀ Berbaik sangka dengan ketentuan Allah SWT.
❀ Mengajarnya mengucap kalimah ‘la ilaha illallah’ atau sekurang-kurangnya ‘Allah’.
❀ Memperbanyakkan istighfar untuk pesakit memohon kepada Allah agar diampunkan dosanya.
Terdapat banyak kelebihan menziarahi orang sakit. Antaranya yang sempat dipetik terdapat dalam hadis berikut. Bersabda Nabi SAW yang bermaksud, “Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad)
Haaah... Masih mahu berdolak-dalik menziarahi saudara-mara, rakan taulan yang sedang sakit? Marilah kita meringan-ringankan kaki menziarahi orang sakit dan mengamalkan adab yang tersebut di atas.
Sumber : Solusi Isu # 38 dan Halaqah.
Capaian entry berkaitan :
❀ Q&A: Mendoakan orang sakit cepat sembuh dituntut
❀ Adab menziarahi jenazah
❀ Adab makan dan minum menurut Islam
❀ Adab dengan binatang atau haiwan menurut Islam
❀ Adab berdoa menurut Islam
❀ Adab berpakaian menurut Islam
❀ Adab pergaulan lelaki dan wanita
❀ Adab di masjid
❀ Adab menyambut tetamu
❀ Adab bertandang jaga hak tetamu, tuan rumah
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Disember 06, 2011
Adab menziarahi pesakit
Susunan :
Bawang Goreng
pada
12/06/2011 10:28:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...