“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Disember 09, 2011

Ulama gesa wanita elak makanan cetus ghairah

Salam sejahtera,

Hah ha... pelik punya berita yang baru dibaca di BHarian 09/12/2011.

KAHERAH: Seorang ulama yang tinggal di Eropah menasihati wanita supaya menjauhi pisang atau timun dalam usaha untuk mengelak sebarang pemikiran seksual.



Ulama yang tidak mendedahkan nama itu berkata jika wanita mahu memakan makanan berkenaan, pihak ketiga seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti bapa atau suami perlu memotongnya kepada kepingan kecil dan menghidangkan kepada mereka.

“Buah-buahan atau sayur itu mempunyai bentuk seperti kemaluan lelaki dan boleh membuatkan mereka memikirkan mengenai seks,” katanya yang dipetik laman berita el-Senousa.

Beliau berkata sayur seperti lobak merah dan zucchini turut disenaraikan sebagai makanan yang dilarang kepada wanita.



Ulama berkenaan ditanya bagaimana untuk mengawal wanita apabila mereka keluar membeli belah barangan runcit dan jika membeli barangan ini di pasar akan memburukkan mereka. Beliau menjawab bahawa perkara itu adalah urusan antara mereka dan Tuhan.

Ditanya mengenai apa yang perlu dilakukan jika wanita dalam keluarga menyukai makanan terbabit, sheikh berkenaan menasihatkan supaya makanan itu dipotong di tempat yang tersembunyi yang tidak boleh dilihat wanita berkenaan sebelum diberikan kepada mereka.

Pendapat berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam terutama di talian apabila beratus-ratus komen dilihat sebagai mengejek ulama itu. Seorang pembaca berkata pemimpin agama seperti ini memberikan nama buruk kepada Islam manakala komen lain berkata ulama berkenaan perlu berhenti dari jawatannya dengan segera. Pada masa sama beberapa pihak mendakwa ulama terbabit sengaja cuba meraih populariti tetapi tiada sebarang kenyataan jawapan daripada ulama terbabit. – Agensi

Laman-Seri : Tidak pernah terfikir untuk menyamakan bahan makanan dengan alat sulit... hemmm... I might be naive or probably a very straight person. Hanya mereka yang berfikiran kuning sahaja yang mampu memanipulasikan imaginasi mereka...

matsutake

Rasa-rasanya, yang hampir menyerupai tut tut tu... yang di atas ini, kut?! Kui kui kui...

Dah! Pi main jauh-jauh!




Berita dipetik dari sumber : BHarian 09/12/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails