“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Disember 09, 2011

Syaitan mudah hasut individu lalai


Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, bertemu lagi di pagi Jumaat yang mulia ini. Disediakan entry pendek untuk renungan kita bersama.

RASULULLAH SAW bersabda dalam khutbahnya, “Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhanku memerintahkan supaya aku mengajar kamu akan apa yang tidak kamu mengetahuinya daripada perkara diajarkannya kepadaku pada hari ini, iaitu (Tuhanku berfirman): Segala harta benda yang Aku berikan seseorang mendapatnya dengan mana-mana jalan yang Aku benarkan adalah halal; dan sesungguhnya Aku jadikan hamba-Ku semuanya suci bersih (daripada fahaman dan amalan syirik) serta betul benar menurut keadaan semula jadinya; dan sesungguhnya mereka didatangi dan diperdayakan oleh syaitan sehingga sebahagian besar antara mereka menyeleweng dan terpesong daripada ajaran agamanya yang sebenar.” (‘Iyadh bin Himar Al-Mujasyi’I)

Syaitan adalah musuh utama manusia sejak Nabi Adam lagi. Tabiatnya suka menghasut, membuat fitnah, memecah-belahkan manusia dengan mengajak melakukan segala bentuk kemungkaran. Syaitan akan mengambil peluang menghasut apabila saja seseorang manusia itu lalai iaitu tidak mengendahkan ajaran dan peringatan Allah.

Sesiapa menurut jejak langkah syaitan pasti akan menemui jalan kebinasaan dan penyesalan sama ada di dunia mahupun akhirat.

Renung-renungkan....


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails