Kacang adalah salah satu makanan biasa yang sering memberi alahan kepada seseorang. Dengan hanya sedikit pengambilannya boleh mencetuskan alahan kepada mereka yang ada alahan kekacang.
Apakah alahan kekacang?
Alahan Kekacang ialah tindak balas badan (orang yang ada alahan kekacang) extreme kepada kekacang tersebut.
- Badan akan bertindak melawan kekacang tersebut sebagai bahan bahaya.
- Tindakbalas ini boleh berpunca daripada cara memakan, menyentuh dan mencium kekacang tersebut.
Alahan kekacang berlaku apabila allergen Protin di dalam kacang mengakibatkan badan memberi tindak balas bagi mengeluarkan antibody IgE untuk melawan allergen protin tadi. Antibodi ini bergabung dengan ‘mast cel’ dan mengeluarkan sejenis bahan kimia (contoh: histamine) ke aliran darah dan menyebabkan gejala timbul.
Bagaimanakah biasanya keadaan ini terjadi?
- Keadaan ini lazimnya berlaku di negeri-negeri barat berbanding di Asia.
- Di Amarika Syarikat kejadian ini berlaku kira-kira 0.8% dan berganda bagi kanak-kanak berumur dibawah 5 tahun.
- Keadaan ini berlaku biasanya pada kanak-kanak berumur 1 tahu kebawah.
- 1/3 dari kanak-kanak ini akan bebas dari alahan ini ketika berumur 5 tahun.
- Selainnya alahan ini berlaku seumur hidup.
Tindakbalas boleh berlaku dengan hanya sedikit protein kacang kepada mereka mengalami alahan. Tindakbalas ini lazimnya dapat dilihat di bahagian mata, mulut, kulit, usus dan paru-paru. Ia berlaku selepas makan atau sejam selepasnya. Tindakbalas ini serius semasa pertama kali berlaku. Gejala ini mungkin berlaku salah satu atau kombinasi :
- Uriticaria (kulit berbintat, gatal dan kemerahan)
- Mata berair
- Kelopak mata bengkak
- Bibir bengkak dan mulut terasa gatal
- Tekak merasa sempit
- Wheezing (nafas berbunyi)
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit birit
Diagnosa diberi oleh doktor yang memeriksa pesakit tentang sejarah dan gejalanya.
- Ibu-bapa mungkin mendapati anak mereka tidak sihat dan mengalami ruam selepas makan kacang.
- Ujian khas mungkin dibuat oleh doctor termasuk:
- Ujian alahan kulit
- Peanut RAST (Ujian Radioallergosorbent )
- Peanut challenge (Jarang dilakukan kepada kanak-kanak)
Apakah anaphylaxis?
Sebahagian kanak-kanak mendapat tindakbalas alahan yang serius yang dinamakan anaphylaxis. Tindakbalas ini berlaku secara tiba-tiba dan serius ke atas kulit, paru-paru, usus, jantung dan saluran darah. Tindakbalas berlaku dengan cepat termasuk:
- Merasa ketakutan yang amat sangat
- Muka menjadi kemerahan
- kelopak mata, bibir dan lidah membengkak
- Tekak menjadi sempit
- Susah bernafas dan wheezing (nafas berbunyi)
- Loya dan muntah
- Sakit perut
- Pening kepala
- Tekanan darah rendah
- Degupan jantung cepat
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua jenis alahan, dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.
Ubat untuk merawat alahan termasuk :
- Antihistamines
- Adrenaline
- Steroids
Bagaimana anaphylaxis dirawat?
Anaphylaxis adalah satu keadaan kecemasan.
- Bawa anak anda ke klinik/ Hospital berdekatan dengan segera.
- Guna EpiPen jika anda ada membawanya (EpiPen adalah Epinephrine atau Adrenaline sejenis suntikan belum terdapat di Malaysia. Dapatkan nasihat doctor jika perlu untuk pengisian semula)
Bagi mengelak alahan kekacang :
- Ibu yang mempunyai sejarah alahan kekacang hendaklah mengelak dari mengambil kekacang semasa hamil.
- Beri susu ibu sahaja sehingga anak berumur 6 bulan.
- Jangan beri anak anda kekacang sehingga anak berumur 3 tahun (Bagi yang ada sejarah alahan kekacang)
Jika anak anda alahan kekacang:
- Elak semua jenis kacang untuknya.
- Baca semua label makanan dengan teliti dan elakkan makanan yang bercampur kacang.
- Jangan berkongsi peralatan makan anak anda dengan orang lain.
- Simpan senarai pelan tindakan kecemasan jika alahan berlaku.
- Bawa EpiPen (Bersama anda atau anak anda ketika berlaku kecemasan untuk disuntik.)
- Pakaikan gelang Medi Alert kepada anak anda.
Ubat Monoclonal anti-IgE antibody telah digunapakai untuk mengurangkan berlakunya alahan kekacang. Sila dapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
Apakah pengawasan yang perlu diketahui?
- Berhati-hati memilih makanan yang tidak menyatakan kandungan kacang.
- Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan.
- Apabila anak anda tidak mengambil kacang, pastikan anak anda mendapat zat makan secukupnya dari sumber lain untuk pembesaran.
Sumber: MyHealth
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...