“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Jun 03, 2008

Tujuh langkah elak salah sangka dalam rumah tangga


Assalamualaikum warahmatullah,

Rutin saya yang biasa, bila dah masuk petang sedikit (dekat-dekat time nak balik), saya akan sms hubby. TAPI, satu hari, the 'unusual' thingy .....

Saya: Balik pukul brape?

Hubby: Dalam pukul 6. Nak keluar nanti i call.

Saya: Kenapa 'i' pulak?

Hubby: He.. he.. he... i lap u. Tau, mesti terkejut punya...

Saya: Ayashii.. (あやしい。。。)

Ayashii tu maksudnya 'suspicious'. Selalunya suami tak gunakan ganti nama 'i', dan itu bukanlah sesuatu yang biasa bagi saya, bila ia diguna pakai. Bila yang biasa itu jadi luarbiasa (unusual), maka terdetik juga bisikan syaitan di hati... Astag'firullah...

Dalam kehidupan ini, manusia selalu mempunyai tanggapan negatif atau prejudis terhadap individu lain mengenai sesuatu perkara, biarpun belum pasti lagi kebenarannya. Pada masa yang sama, kita mudah menjatuhkan hukuman sebelum menjalankan siasatan dan apabila terbukti tuduhan berkenaan tidak berasas, akhirnya perasaan kesal akan wujud.

Di dalam rumah tangga, sikap prejudis dan salah sangka serta berprasangka buruk terhadap pasangan sangat berbahaya. Sepatutnya setiap pasangan perlu mengukuhkan kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain bagi mengelak perasaan sedemikian. Asas yang diperlukan dalam setiap perkahwinan ialah saling percaya mempercayai, ini bermakna semakin kita memberi kepercayaan kepada pasangan kita, semakin manis dan intim sesuatu perkahwinan itu.

Kadang-kadang kita sering terlupa, makan berdua-duaan dengan teman sepejabat, boleh membawa petaka, apatah lagi menghantar kata-kata gurauan yang bernada romantis melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada teman rapat pun boleh mengundang masalah. Malah, apabila berjalan beriringan dengan rakan sepejabat mahupun berkereta bersama juga boleh menimbulkan syak wasangka yang berlebihan.

Pakar Motivasi Perunding Self Dynamic And Management Training Consultant, Mohd. Huzairi Zainuddin, perlakuan salah sangka dalam sesebuah rumah tangga akan mengurangkan keberkatan dalam perkahwinan kerana pasangan anda sentiasa ragu-ragu, berasa diperhatikan dan rasa terkongkong.

Apabila terasa tidak puas hati akibat rasa terkongkong pasti wujud perasaan marah yang akan menimbulkan perbalahan dan pertelingkahan. Komunikasi juga akan menjadi semakin kurang efektif dan tidak mesra, sedangkan komunikasi merupakan asas kebahagiaan rumah tangga. Perhubungan suami isteri yang dingin di dalam rumah tangga dalam jangka panjang pasti turut mempengaruhi tingkah laku anak-anak yang mulai terasa asing dengan perlakuan ibu bapa.

Sekalipun kemungkinan peluang untuk buruk sangka itu ada dan terbuka luas, namun jangan sesekali kita menyediakan ruang tersebut. Apa pun, setiap perkara buruk yang didengar atau dilihat perlu disiasat atau diungkai kekeliruan itu terlebih dahulu.

Jangan membuat tuduhan melulu kerana ia boleh menyebabkan rumah tangga kucar kacir sehingga berlaku perceraian. Di bawah ini digariskan tujuh langkah yang perlu dijadikan panduan oleh pasangan suami isteri untuk mengelakkan salah sangka demi kebahagiaan rumah tangga.

TUJUH LANGKAH MENGELAK SALAH SANGKA

  • Tidak menyediakan ruang di hati terhadap salah sangka menerusi peradaban atau nilai-nilai keagamaan yang menjadi pegangan.
  • Tingkatkan komunikasi dengan pasangan untuk membina kemesraan secara berpanjangan.
  • Sering memberi layanan yang terbaik dan ikhlas kepada pasangan kita.
  • Bersifat terbuka, berterus terang dan tidak berselindung dengan apa jua perkara yang memusykilkan pasangan.
  • Semaikan keyakinan terhadap pasangan dan jangan mudah menerima hasutan orang sebelum membuat penyelidikan terlebih dahulu.
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Seringkali menjadi pendengar yang baik terhadap pasangan, ini akan dapat mengurangkan tekanan hidupnya, menyemarakkan lagi ikatan kasih sayang dan menyelesaikan masalah dalaman rumah tangga.

Renung-renungkan!


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails