“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Jun 20, 2008

Tuntutan Hijab atas Wanita Islam


Wanita telah ditakdirkan bahawa tubuhnya menjadi daya tarikan kepada kaum lelaki. Oleh itu sebagai satu langkah berjaga-jaga agar maruah wanita terpelihara dan kaum lelaki tidak tergoda dengan keindahan tubuh wanita, maka Islam telah mewajibkan atas setiap wanita agar menutup auratnya.

Aurat wanita ialah seluruh anggota tubuhnya (termasuk Rambut dan Leher) kecuali Bulatan Muka dan Dua Pergelangan tangannya. Ketetapan ini disepakati oleh Jumhur Ulama berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

Firman Allah menerusi ayat 30 Surah Al-Nur maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan sebahagian daripada pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka lakukan.”

Huraian: Mafhum daripada ayat ini adalah jelas bahawa Allah memerintahkan kepada lelaki beriman supaya menjaga pandangan mata mereka daripada melihat wanita yang bukan mahram. Ini juga bermakna wanita-wanita wajib menjaga aurat mereka daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.

Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Kewajipan menutup aurat ini tidaklah sampai membatasi kewajipan-kewajipan lain yang dituntut kepada wanita seperti menuntut ilmu, bermasyarakat dan sebagainya. Semua kegiatan social itu dibolehkan kepada wanita asalkan dalam ruang lingkup yang terkawal seperti menjaga adap sopan dalam menutup aurat dan sesuai dengan fitrah semula jadi wanita. Ini berlainan sama sekali dengan cara dengan cara hidup wanita moden ala Barat kini yang kadang-kadang seolah-olah merampas peranan kaum lelaki. Wanita Islam juga seharusnya menyamai wanita Arab Jahiliyah yang suka berkeliaran di luar rumah tanpa tujuan.

Kaum wanita yang ingin keluar dari rumah perlulah menjaga beberapa pra syarat yang telah ditentukan oleh Allah SWT seperti yang tersebut dalam Surah Al-Nur ayat 31 maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan sebahagian dari pandangan mata mereka daripada memandang lelaki yang ajnabi (bukan mahram) dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka. Dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak suami mereka atau saudara-saudara mereka atau anak-anak saudara lelaki mereka atau anak-anak saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak punya keinginan (sudah tua) atau anak-anak yang belum tahu mengenal aurat. Dan janganlah mereka menghentak-hentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan….”

Huraian: Mafhum ayat di atas Allah melarang kaum wanita daripada mendedahkan aurat atau perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya. Sesetengah Ulama seperti Ibnu Abbas mengatakan, bahawa yang boleh diperlihatkan adalah muka dan dua tapak tangan termasuk cincin, inai, celak dan seumpamanya yang dibuat hiasan. Pra-Syarat tadi bukanlah bermakna wanita telah dikongkong di dalam Islam, tetapi ianya lebih kepada menjaga wanita daripada terjerumus ke arah perkara-perkara mungkar yang mungkin akan berlaku.

Dalam sejarah Islam pun isteri-isteri Rasulullah s.a.w. pernah menyumbang dalam masyarakat. Betapa tidak kerana Nabi s.a.w pernah bersabda mafhumnya:

“Ambillah sebahagian agamamu daripada Humaira’ (yakni isteri baginda s.a.w. iaitu Saiyidatina Aishah r.a.)”

Begitu juga Saiyidatina Aishah r.a. pernah pergi bersama-sama Nabi s.a.w. ke tempat awam bagi melihat acara perayaan pukulan gendang dan rebana oleh masyarakat Islam. Tetapi semua itu dalam keadaan terkawal dan penuh kesopanan.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails