“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Jun 29, 2008

PEMiMPiN ADiL DAN SAKSAMA

Salamun’alaik,

Sifat yang wajib ada pada setiap pemimpin itu ialah adil dan saksama. Jika seorang pemimpin itu laksanakan keadilan kepada semua rakyat, rakyat akan mendapat manafaatnya, tidak kira sama ada rakyat itu daripada kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Dayak, Kadazan, Iban dan sebagainya.

Seorang pemimpin itu sewajibnya lebih takut kepada Allah SWT daripada takutkan rakyatnya. Sesungguhnya, setiap pemimpin itu akan dipersoalkan tanggungjawabnya oleh Allah SWT atas segala pimpinannya. Sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian akan ditanya tentang kepemimpinannya. Raja adalah pemimpin bagi rakyatnya. Ia akan ditanya tentang orang-orang yang dipimpinnya. Laki-laki adalah pemimpin bagi ahli rumahnya, Ia akan ditanya tentang keluarga yang dipimpinnya. Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan anak-anaknya. Ia akan ditanya tentang rumahtangganya. Dan hamba sahaya adalah penanggung jawab atas harta majikannya. Ia akan ditanya tentang tanggung jawabnya. Singkatnya, kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah yang bermaksud: “Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dipaparkan kisah Umar al-Khattab r.a. sebagai panduan kita bersama...

“Umar r.a. kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini.” Kadang-kala dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!”

Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan. Oleh Umar dicemetinya orang itu dibahagian bahunya. Umar berkata: “Bila aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan penting engkau datang mengganggui aku.”

Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian ia dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata:

“Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi.” “Kata orang itu: “Saya mengampuni awak kerana Allah SWT.”

Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali kerumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri seperti berikut: “Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah SWT. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah SWT dan Dia telah memberi kamu kuasa ke atas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan dihadapan Allah SWT?”

Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda di suatu tempat dipersekitaran kota Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada. Dia berkata: “Nun di tengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka.”

Setibanya mereka di tempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.

Umar: “Mengapa kanak-kanak ini menangis”

Perempuan: Kerana mereka lapar...”

Umar: “Apa yang ada didalam cerek itu?”

Perempuan: “Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah SWT akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku didalam keadaan begini.”

Umar: (Menangis) Semoga Allah SWT mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!”

Perempuan: “Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya.”

Umar balik ke kota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: “Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam.”

Aslam: “Tidak, tidak, ya Amirul Mu’minin! Biar saya yang memikulnya.”

Umar: “Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku di hari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini.”

Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu di atas belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak ke dalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api.

Kata Aslam: “Saya melihat asap mengenai janggutnya.”

Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata: “Semoga Allah SWT memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar.”

Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: “Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku di sana.”

Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari situ.

Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam: “Kamu tahu tak mengapa aku duduk di situ beberapa ketika? Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan.”

Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH “KAHF, TAHA” dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberapa saf ke belakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat surah Yusuf yang bermaksud, “Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah.”

Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.

Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah SWT dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas kasihannya kepada seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh Islam, Agama yang kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.

malaysia news <akupunnews@yahoo.com> wrote:

Oleh Iskandar Abd Samad
http://iskandar56100.blogspot.com/

Kita selalu mendengar teori bagaimana orang Cina menuntut hak-hak mereka melalui dua saluran.

Yang pertama adalah dari dalam kerajaan di mana parti-parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan membuat tuntutan atau mempertahankan hak-hak mereka dari dalam.

Saluran kedua adalah dari luar kerajaan terutamanya melalui parti pembangkang DAP atau NGO-NGO masyarakat kaum Cina.

Bagi isu-isu yang terlalu sensitif untuk dibangkitkan di dalam kerajaan yang mungkin akan menggugat kedudukan MCA di dalam BN atau akan menyebabkan BN kelihatan lemah atau menggentingkan hubungan di antara pimpinan MCA dan PM maka saluran kedua ini digunakan.

Saya belum berkesempatan untuk bertanya rakan-rakan di dalam DAP adakah teori ini benar tetapi nampaknya banyak perkara yang dituntut oleh masyarakat Cina melalui saluran DAP dan NGO-NGO telah dipenuhi kerajaan walaupun secara tidak langsung.

Mungkin ada “pre-council” antara mereka, yang ini MCA yang bersuara dan yang itu pula DAP atau NGO, saya tidak tahu.

Mungkin “bola tanggung” yang diwujudkan DAP atau NGO-NGO dilibas oleh MCA, juga saya tidak tahu kerana saya tidak pernah menghadiri mesyuarat-mesyuarat Kabinet. Tetapi di suatu masa dulu “bola tanggung” ini turut diwujudkan oleh Pemuda MCA yang ketika itu dipimpin oleh Lee Kim Sai.

Pemimpin MCA mungkin nampak lemah di luar tetapi hanya mereka di dalam BN sahaja boleh menjawab tentang peranan mereka di dalam memastikan tuntutan-tuntutan masyarakat Cina melalui DAP dan NGO-NGO dipenuhi kerajaan.

Tetapi hanyalah apabila masyarakat Cina mahukan perubahan yang lebih dari apa yang sanggup ditawarkan oleh pentadbiran Pak Lah, kerana dia juga perlu memikirkan tuntutan dari masyarakat Melayu juga, “persefahaman” ini nampaknya terlalu perlahan untuk mendapatkan apa yang dituntut oleh masyarakat itu.

Walau bagaimanapun cuba bandingkan dengan masyarakat yang hanya mempunyai MIC di dalam kerajaan. Mungkin saya salah tetapi saya tidak melihat sebarang saluran luar kerajaan bagi masyarakat India yang boleh memperjuangkan perkara-perkara yang tidak dapat diperjuangkan oleh MIC di dalam kerajaan.

---------------------------------+++++++------------------------------
Formerly Known As Tai_ci_master.
Visit : http://7thsphere.100webspace.net/
join : malaysianews-subscribe@yahoogroups.com

Sumber: TANBIHUL GHAFILIN


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails