“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Jun 27, 2008

Buku: Lebih foto, kurangkan teks

Budaya membaca sudah sebati dalam kalangan kanak-kanak luar negara, tetapi kanak-kanak di Malaysia sebaliknya. Mengapa?




DIANGGARKAN setiap tahun, Malaysia menghasilkan kira-kira 5,000 jilid buku cerita kanak-kanak. Bagaimanapun jumlah ini masih sedikit jika dibandingkan dengan luar negara yang mengeluarkan sebanyak 50,000 naskhah setahun.

Namun begitu, menurut Presiden Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MBBY), Datin Paduka Shahaneem Hanoum, pengeluaran buku cerita kanak-kanak Malaysia masih tinggi dalam kelompok Asia.

Sebagai sebuah negara membangun, mengapa pengeluaran buku kanak-kanak kita masih kurang berbanding negara luar? Adakah kerana masyarakat kita masih kurang minat untuk membaca buku atau kita kekurangan penulis buku kanak-kanak?

"Ya, tidak dinafikan budaya membaca masih kurang dalam kalangan masyarakat tempatan. Namun begitu, saya dapati golongan kanak-kanak begitu minat membaca dan melihat buku. Tetapi, malangnya minat tersebut semakin berkurangan ekoran umur meningkat dan sibuk dengan pelbagai aktiviti lain.


Sebenarnya golongan kanak-kanak begitu minat membaca dan melihat buku.


"Selain itu, faktor kekurangan penulis buku cerita kanak-kanak juga menjadi antara salah satu punca utama," jelasnya yang berharap budaya membaca kekal sehingga ke akhir hayat.

Kelemahan buku cerita tempatanTambah Shahaneem lagi, banyak perkara yang perlu dipertingkatkan supaya buku cerita kanak-kanak mendapat sambutan daripada golongan cilik dan juga ibu bapa. Daripada kualiti fizikal, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutamanya kulit buku.

Walaupun ada pepatah menyatakan jangan menilai buku daripada kulitnya tetapi kita tidak dapat menafikan hakikat kebenaran bahawa kulit yang cantik dan berkualiti tetap memainkan peranan bagi menarik pembaca.


Buku luar negara menggunakan kulit tebal dan dijahit supaya lebih tahan lama.


Jika diperhatikan, kebanyakan koleksi buku cerita tempatan gemar menggunakan kulit buku yang nipis dan dikokot (staple) sahaja. Sedangkan, di luar negara, mereka menggunakan kulit tebal dan dijahit supaya buku tahan lama dan tidak mudah koyak.

Seharusnya buku cerita kanak-kanak perlu menarik dari segi ilustrasi, penggunaan warna terang, ceria dan saiz huruf serta gambar yang besar.

Ini memandangkan kanak-kanak lebih cenderung membelek buku yang mempamerkan gambar-gambar, berbanding membaca teks yang panjang. Penggunaan gambar yang pelbagai mampu mengembangkan imaginasi dan pemikiran kanak-kanak.

Teks perlu dikurangkan bagi buku cerita kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. Teks yang panjang menyebabkan kanak-kanak berasa bosan.

Selain itu, beliau mendapati segelintir penulis gemar menulis buku cerita yang berkonsep kokurikulum sekolah (genre motivasi diri dan teladan) sehingga mengabaikan cerita kanak-kanak yang selebihnya. Seharusnya, pihak pengeluar membanyakkan buku cerita berbentuk fantasi, dongeng, pengembaraan dan misteri.

"Tidak salah menerapkan cerita fantasi dan dongeng, asalkan ia masih dalam landasan mendidik. Pada masa yang sama, kurangkan koleksi buku cerita berunsur hantu dan seram.

"Secara peribadi, kisah hantu akan meninggalkan kesan mendalam kepada kanak-kanak. Mereka mudah diselubungi perasaan takut dan terpengaruh kewujudan hantu yang melampau," ujarnya ketika ditemui Kosmo!.

Pupuk budaya membacaMenjadi seorang yang bijak pandai, berpengetahuan luas dan memiliki ilmu yang tinggi bukan suatu perkara yang mudah, sekiranya tidak disusuli dengan usaha dan pembacaan.

Bak kata Pengasas Reach Out and Read dan Pakar Pusat Perubatan Boston, Amerika Syarikat, Dr. Perri Klass, membesar tanpa membaca dan mengenali buku menggambarkan seseorang itu bakal berhadapan dengan pelbagai risiko dan kegagalan hidup.

Mahukah kita hidup dalam kegelapan, kesedihan dan kemiskinan kerana gagal memperoleh pekerjaan yang mampu menjamin masa depan? Perlu difahami ilmu pengetahuan dan kelulusan yang tinggi mampu membuatkan kita mendapat karier yang baik.

Oleh sebab itu, budaya membaca perlu dititikberatkan sejak kanak-kanak lagi. Ia merupakan amalan yang penting untuk dipraktikkan sepanjang hayat.


Laman web Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia ini beralamat di www.mbby.org/index.htm.


"Sekiranya, kita mahukan anak-anak membesar dengan membaca, maka sebagai ibu bapa, kita seharusnya mengambil langkah yang bijak. Antaranya memupuk budaya membaca dan mengenali buku sejak kecil lagi.

"Jika kita gagal menanam budaya ini, kesannya anak-anak kita bakal ketinggalan jauh dan tidak berilmu," jelas Perri Klass lagi.

Justeru itu, Shahaneem juga menasihatkan supaya ibu-ibu mengandung sentiasa membaca buku cerita untuk bayi yang masih berada dalam kandungan. Meskipun berada di dalam perut ibu, bayi masih boleh mendengar dan memahami percakapan di luar.

Langkah seterusnya ialah selepas anak-anak sudah mampu memegang dan melihat buku. Ketika ini, jangan ketinggalan membawa mereka ke perpustakaan atau ke kedai buku untuk mendapatkan buku cerita yang menarik.

Shahaneem yang terlibat dalam MBBY sejak tahun 2004, mendapati peratusan golongan kanak-kanak dan remaja membaca buku masih kurang.

Di luar negara, bagi menyemai rasa cinta terhadap buku, pengeluar buku di sana mengadaptasi novel ke dalam bentuk buku komik.

Kaedah ini sedikit sebanyak membuatkan golongan muda gemar membaca buku kerana mudah difahami dan diselitkan dengan ilustrasi gambar.

Justeru itu, bagi menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti buku cerita kanak-kanak tempatan, MBBY bakal menganjurkan Persidangan Asia Pasifik Buku Kanak- Kanak bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Julai ini.

Persidangan tiga hari ini menampilkan 18 orang pembentang dan empat bengkel mengenai menulis buku kanak-kanak, ilustrasi, pemasaran, dan pendidikan sastera.

Pada waktu yang sama, persidangan peringkat Asia ini dijangka dihadiri oleh penerbit, penulis, pelukis, pustakawan dan golongan pendidik yang lain.

Sumber: Kosmo! 27/06/2008

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails