Apakah itu alahan pemakanan?
Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan kepada beberapa jenis makanan.
Berapa kerap ia berlaku?
2% kanak-kanak dikesan mengalami alahan pemakanan (kanak-kanak yang lebih dewasa 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak dapat dikesan alahan mereka ketika berusia 3 tahun. Orang dewasa lazimnya hanya 1 peratus terlibat dari populasi keseluruhan.
Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?
Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah :
- Susu lembu
- Telur
- Kacang soya
- Gandum
- Kacang tanah
- Kekacang
- Jagung
- Sebahagian bahan pewarna dan bahan perasa
Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?
Tanda-tanda dan gejala-gejala alahan makanan termasuklah :
- Termengah-mengah dan sukar untuk bernafas
- Ruam pada kulit termasuklah gatal-gatal kulit (tompok-tompok gatal)
- Rasa loya, muntah dan cirit birit
- Perut yang memulas pada bayi
- Anafilasis iaitu reaksi teruk yang berhubung dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah, terkejut malah boleh mendatangkan kematian. Gejala-gejala ini biasanya berlanjutan dengan cepat dalam pengambilan makanan dalam jangkamasa beberapa minit hingga jam
Gejala yang sama boleh berlaku dalam alahan makanan yang lain dan penyakit, maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosis yang tepat.
Apakah kesannya?
- Gejala dan kesakitan akan reda tetapi kemusnahan terlibat dengan anafilasis iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi. Ini akan mendatangkan maut
- Penghadan terhadap beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan sekiranya makanan tambahan untuk diambil seperti kekurangan kalsium boleh berlaku jika tidak mengambil susu dalam diet bagi kanak-kanak yang mengalami alahan susu lembu.
- Pertumbahan terbantut
Adakah sebarang rawatan untuk merawat alahan makanan
- Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat doctor jika perlu.
- Memberi rawatan untuk tindakbalas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa secara tidak sengaja, termasuklah:
- Kecuaian diri sendiri dengan adrenaline/ epinephrine menggunakan jarum mata pen.
- Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
- Kebiasaannya Antihistamine, bronchodilators, steroid, bukaan laluan pernafasan dan cecair intravascular perlu dalam rawatan alahan pemakanan makanan ini.
- Memberi makanan yang menyebabkan alahan secara kerap (desensitising) telah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.
Apakah strategi pencegahan?
Penyusuan susu ibu dan lewat dalam memberikan makanan pepejal kepada bayi menyebabkan alahan lambat menyerang. Oleh itu, tempoh khusus dalam penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan pemakanan.
Peringatan
- Berhati-hati dengan hidangan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak di nyatakan pada label makanan.
- Tindak balas silang terhadap makanan seperti alahan terhadap udang, udang karang (lobster) dan ketam
- Kanak-kanak yang bersekolah perlu diingatkan tentang masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu diberitahu tentang masalah ini. Pelan persediaan perlu dibuat sekiranya berlaku kecemasan.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...