“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Julai 23, 2009

Hak Muslim: Isteri kecewa tiada tindakan jabatan agama aduan suami curang

Soalan:

SAYA seorang ibu yang mempunyai tiga anak. Suami saya seorang yang berpangkat berumur lebih kurang 47 tahun. Apa yang menjadi isu ialah perangai suami saya yang curang di belakang saya. Suami saya mempunyai hubungan dengan pelajar universiti swasta berumur 23 tahun. Sejak akhir-akhir ini, suami saya sering tidak pulang ke rumah. Saya dimaklumkan suami sering bermalam bersama kekasihnya. Saya juga difahamkan mereka sudah berkahwin. Saya sudah membuat aduan ke pejabat agama untuk mengetahui status pernikahan mereka, namun tiada maklumat diterima. Saya juga membuat aduan supaya suami saya diserbu kerana saya percaya mereka melakukan maksiat. Bagaimanapun, tiada tindakan pihak jabatan agama kerana saya dikatakan tidak memberi maklumat lengkap. Saya jadi bingung dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya percaya suami saya jarang balik disebabkan sering berada di rumah wanita berkenaan. Saya juga kecewa kerana tiada tindakan dari jabatan agama walaupun aduan dibuat.

Nik,
Kelantan.


Jawapan:

DALAM situasi sebegini, perkara pertama yang puan harus lakukan ialah membuat penyiasatan berkaitan maklumat pernikahan suami puan. Puan haruslah memberikan maklumat secara terperinci kepada jabatan agama supaya siasatan dapat dilakukan berkaitan pernikahan dimaklumkan.

Jabatan agama yang berkaitan akan menyemak status suami sama ada sudah bernikah dengan pasangannya atau sebaliknya. Jika didapati bahawa tiada rekod berkaitan pernikahan suami puan dengan wanita itu, pejabat agama boleh memanggil suami puan dan pasangannya berdasarkan maklumat diadukan puan untuk menyiasat status hubungan mereka.

Kemungkinan pasangan itu sudah melangsungkan perkahwinan tanpa melalui prosedur ditetapkan undang-undang, sebagai contoh berkahwin di Thailand (perkahwinan tidak didaftarkan).

Ada juga kemungkinan suami puan melangsungkan perkahwinan di negeri lain menggunakan prosedur perundangan ditetapkan di negeri berkenaan. Permasalahan berkaitan pendaftaran pernikahan tidak akan menjadi rumit jika semua negeri mempunyai sistem online untuk mendaftarkan pernikahan.

Sebagai makluman, dalam sesuatu prosedur perkahwinan di Malaysia, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu memohon kebenaran jabatan agama di daerah masing-masing. Selepas kebenaran dikeluarkan, barulah majlis akad nikah boleh dilangsungkan.

Sekiranya pasangan itu tidak mendapat kebenaran jabatan agama, ia boleh diragui kesahihan pernikahan itu. Setiap perkahwinan yang ingin dijalankan mesti didaftarkan terlebih dulu.

Persoalan kedua ialah berkaitan aduan perlakuan maksiat suami puan dengan wanita itu. Tindakan puan membuat aduan ke jabatan agama adalah wajar. Bagaimanapun, aduan yang dibuat mesti lengkap dan mempunyai butiran yang boleh membantu pihak berkuasa menjalankan serbuan mahupun penangkapan.

Jika aduan dibuat tidak lengkap, bagaimana tindakan hendak dilakukan? Puan seharusnya faham bahawa dalam kes sebegini, jabatan agama bertindak terhadap laporan atau aduan dikemukakan.

Jika ia tidak mempunyai butiran mahupun maklumat lengkap, mereka tidak dapat bertindak kerana jabatan agama juga mempunyai bidang kuasa dan prosedur yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu serbuan atau tangkapan dibuat.

Penguatkuasa jabatan agama boleh dianggap sebagai polis dalam tindakan atau kesalahan jenayah Syariah. Sebagai bandingan, polis bertindak berdasarkan aduan awam dibuat dan maklumat diperoleh.

Jika ada laporan dibuat berkaitan suatu kesalahan jenayah seperti pengedaran dadah, polis akan bertindak berdasarkan aduan itu termasuk maklumat berkaitan jenayah dilakukan, tempat dan masa berlaku jenayah.

Jawapan disediakan Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM), Rosdan Sujak Rafie.

Sumber : BHarian 2009/07/23

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails