PETiKAN : Isuhagat1.blogspot.com
Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat Malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran.
1 – Saya berkahwin kerana hendak mendapatkan zuriat.
Allah SWT telah berfirman :
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS an-Nisaa’)
2 – Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.
Allah SWT telah berfirman :
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS at-Taubah)
3 – Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki.
Allah SWT telah berfirman :
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. (QS an-Nur)
4 – Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.
Allah SWT telah berfirman :
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS ar-Ruum)
5 – Saya berkahwin kerana sunnah Nabi.
Sabda Rasulullah SAW :
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya : Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a. bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah SAW mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Rasulullah SAW memuji kepada Allah dan bersabda, “Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.”
6 – Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh.
7 – Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin.
8 – Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang terlajak.
9 – Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora.
10 – Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11 – Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12 – Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia.
13 – Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin.
14 – Saya berkahwin kerana ada yang akan menanggung serba-serbi kehendak saya.
Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah SAW katakan bila berbicara tentang perkahwinan, “Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), Nasaie (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari al-Quran mahu pun dari hadis Rasulullah SAW, ianya telah menyatukan dua insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.
Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin? Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.
Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?
- Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
- Suami/isteri saya telah berubah.
- Suami/isteri sudah tidak serasi
- Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
- Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
- Kasih sayang sudah pudar.
Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah ali-Imran yang bermaksud : [3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Dan sekiranya kita merujuk kembali hadis Rasulullah SAW bahawa wanita dikahwini kerana empat sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah SWT.
Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.
Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” (Hadis riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)
Kata BawangGoreng ---> Suka saya memetik quote paling menarik yang pernah saya baca :
Jangan pernah percaya pada ucapan manis wanita, kerana wanita mempunyai dua mulut yang dapat membuatmu terpikat dan tersepit dalam dusta. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan pujuk rayu lelaki, kerana lelaki mempunyai dua kepala yang selalu mencari alasan untuk berdusta.
Jangan pernah percaya dengan perbuatan baik wanita yang selalu ingin menonjolkan tonjolannya, kerana wanita ingin menunjukkan bahawa tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan perbuatan baik lelaki yang selalu menonjolkan kelelakiannya, kerana perbuatan baik lelaki ingin menunjukkan bahawa tangan yang di atas lebih baik menjalar dan meraba yang di bawah.
Jangan pernah percaya dengan akal dan fikiran wanita tentang dirimu, kerana wanita selalu merasa sebelum berfikir tentangmu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan perasaan lelaki tentang dirimu, kerana lelaki selalu berfikir bagaimana untuk merasakan indah tubuhmu.
Jangan pernah percaya dengan tangisan wanita di saat meminta maaf, kerana air mata wanita lebih sakti dan ampuh dari air mata buaya. Tapi jangan sekali-kali percaya akan tangisan lelaki, kerana tangisan lelaki akan menambahkan lagi tangisan wanita.
Jangan pernah percaya dengan gaya wanita yang sedang bergaya di depanmu, kerana gaya wanita membuatmu hilang akal dan mampu mengempiskan dompetmu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan gaya lelaki yang mencari muka di depanmu, kerana gaya lelaki mencari muka dengan maksud mencari kesempatan di belakang untuk mencuri hatimu.
Jangan sekali-kali percaya dengan kecantikan wanita, kerana kecantikan wanita adalah kejelekannya yang terbesar yang terpalit oleh gincu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan kegagahan lelaki, kerana kegagahan akan lebih besar peluangnya untuk memcuit segala keburukkan dalam memperoleh kecantikan.
Moga ada manafaatnya.
BalasPadamBerkahwin mesti didorong matlamat (yang betul) sekalipun berkahwin itu sendiri bukanlah matlamat.
Ust Ismail Kamus ada bagi ceramah lawak tp dia bawa hadis yg betul. Ttg seorang lelaki yg sudah lanjut usia, kematian isteri dia masih mencari isteri. Org tanya kenapa dia gatai nak kawin , dia jwp malu kalau mati dalam keadaan bujang...
BalasPadammacam2 da.. yg penting jgn kawin kerana terpaksa.
Ada topik 'kenapa tak berkahwin tak..??
saya nak kasi input ni.. he he.
Setuju sekali. Tujuan penting. Kalau salah tujuan, hasilnya akan membawa padah buat yang berkahwin. Sebab tu alasan untuk berkahwin tu kena diniatkan dengan betul.
BalasPadamSaya lebih prefer kahwin sebab nak berkasih sayang. Sebab itulah sebabnya kita berkenalan dan berani nak hidup bersama. Yang lain lain datang bersama pupuk kasih sayang. Anak, harta sebab harta itu hasil dari rezeki yang datang dari diri sendiri + pasangan + anak ....
Allah kan suka orang yang berkasih sayang. Kasih sayang pada sesama insan. Kahwin itu untuk mencapai matlamat. Matlamat untuk memupuk kasih sayang di dunia ini...Kasih sayang kepada pasangan, kepada anak, kepada ibu bapa, kepada saudara, kepada jiran tetangga dan seterusnya. Selalunya rumahtangga yang bahagia menjamin kebahagian dan kestabilan anak dan seterusnya jiran dan seterusnya masyarakat.
Wallaualam.
Berkasih sayang tu memang wajib dijadikan matlamat RT.
BalasPadamTanpa kasih sayang ,manusia tak boleh berkorban. Wanita tak akan dapat sanggup lahirkan anak.Tapi ramai juga bila dah kawin berksh/syg bukanlah sesama insan ttp dalam kelumpok keluarganya shj dan menjadi org yg mementingkan diri & keluarga semata2, org lain dia tak peduli bila dah bekeluarga akan pentingkan kabilah pula,jadi asobiyah. Namum kalau jd begitu pun jauh lebih baik dari menyendiri dan menyusahkan orang lain.
tapi masalahnya ramai ummat yg memupuk kasih sayang lebih awal dan kawin bila dah terdesak dgn 'panah asmara'.Sedangkan matlamat tak menghalalkan cara. lalu desakanncinta tu menjadi sebab knp nak kawin... kalau tak kawin lari pula.
Macam2 .. syukurlah bagi yg tak sempat buat maksiat dah kawin.
kdg2 perkahwinan ibarat menusuk duri ke kulit sendiri andai tiada persediaan dan kekuatan mental fizikal. bg yg berjaya alhamdulillah... http://mahligaibridalhouse.blogspot.com
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadambawang goreng, saya x taw siapa anda tetapi artikel anda dlm mailbox saya sentiasa mencuri perhatian saya. Paling saya suka artikel "kenapa berkahwin" quote anda paling saya suka. thank and teruskan apa yang anda lakukan.
salam