“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Julai 21, 2009
Bersediakah wanita hadapi suami curang?
Susunan :
Bawang Goreng
pada
7/21/2009 10:30:00 PG
SEGALA-GALANYA sudah diberikan. Kasih sayang, makan minum terjaga, perhatian dan tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan. Pucuk pangkal, suamilah segala-galanya. Demam dan letih ditolak ke tepi semata-mata ingin memberi sepenuh kasih sayang buat suami tercinta.
Namun, apa yang dibalasnya pada anda? Dia mempunyai wanita simpanan! Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda? Tentu pelbagai tafsiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa. Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran. Pengorbanan yang dilakukan selama ini dirasakan hanyalah sia-sia.
Dalam kejadian 19 Februari lalu umpamanya, seorang suri rumah yang dikatakan hilang pertimbangan selepas mengesyaki suaminya bermain kayu tiga bertindak di luar batasan apabila membunuh dua anak lelakinya di Taman Indah, Batu Maung, Georgetown. Wanita itu juga dipercayai menjerut mati anaknya dikenali sebagai Muhammad Alif Hakimi, enam tahun, dan Muhammad Alif Hazemi, 17 bulan, dengan wayar seterika. Kesnya masih dalam perbicaraan pihak berkuasa.
Dalam satu kejadian berasingan, gara-gara cemburukan suami yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita lain, Woon Suik Ling, 25, mengambil tindakan nekad terjun dari tingkat lapan kondominium di Jinjang, Selangor. Malah, dua hari sebelum mengambil tindakan nekad itu, mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dan memakan pil. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang keluarganya.
Kejadian sebegini menunjukkan betapa sikap curang itu membawa padah dan boleh mengundang bahaya. Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.
Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan. Tetapi, dalam hal ini jika hubungan itu berkaitan dengan ikatan perhubungan yang tidak sah, hukumnya tetap zina. Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula memasang wanita simpanan.
Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan. Apatah lagi bila mengenangkan isteri di rumah sudah tidak secantik dan sewangi dulu. Siapakah yang harus dipersalahkan?
Realitinya, sememangnya ramai wanita yang sudah mendirikan rumah tangga tertinggal suatu amalan yang mereka sentiasa pentingkan ketika masih bergelar anak dara. Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu dengan beberapa orang cahaya mata, mulalah mengabaikan tabiat berdandan hingga lupa akan penjagaan kecantikan. Paras rupa mulai kusam, kulit kering dan potongan badan tidak mengancam seperti zaman anak dara. Nampak seakan enteng, tetapi itu semua begitu penting di mata suami.
Perubahan itu sedikit sebanyak membuatkan suami memberi alasan untuk ‘makan luar’ oleh kerana isteri mulai mengabaikan penjagaan diri. Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati ada 88 faktor kecurangan dalam perhubungan. Kita juga perlu tahu sebab apa kecurangan itu berlaku. Dr Mat Saat juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.
Jika hubungan kekeluargaan ingin diselamatkan, biasanya pasangan suami isteri akan diberikan kaunseling untuk memulihkan semula hubungan, seterusnya mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan. Namun, kita juga perlu mengambil kira sebab apa tindakan suami untuk berlaku curang. Adakah dia ingin kembali semula kepada isteri atau ingin bercerai untuk bersama dengan pasangan barunya. Begitu juga dengan isteri, adakah dia bersedia untuk menerima kembali, seterusnya memaafkan perbuatan suami.
Ditanya panduan mengekalkan hubungan suami isteri, Dr Mat Saat berkata, banyak cara untuk pasangan suami isteri beroleh kebahagiaan selain saling mempercayai. Penting sekali untuk mereka mengukuhkan ikatan kasih sayang sambil saling mengambil berat perihal pasangan masing-masing bagi memastikan kerukunan rumah tangga.
Perhatikan perubahan suami
Faktor # 1 – Menjadi panas baran
Jika sebelum ini, suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.
Faktor # 2 – Tiba-tiba menjadi sibuk
Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.
Faktor # 3 – Sering berahsia
Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat dan kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila telefon berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik. Siapa yang menelefon, teman lelaki kata suami! Boleh percaya ke?
Faktor # 4 – Semakin bergaya
Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian!
Faktor # 5 – Menjadi bertambah penyayang
Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati…
Tips mengenali suami yang suka berbohong
Tiada siapa yang suka dirinya dibohongi, apatah lagi dengan orang yang paling disayangi, baik suami mahupun isteri. Namun begitu lumrah dunia, lain orang lain pula sikapnya. Ada yang cukup senang untuk berbohong termasuklah pada orang yang terdekat. Pembohongan tentang perkara kecil mungkin boleh dimaafkan, tetapi bagaimana pula sekiranya suami berbohong atau menipu anda kerana curang? Bagi mengelakkan anda terpedaya dengan pembohongan ini, maka cuba kenali tanda-tanda yang boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu menutupi kebenaran daripada anda.
Tips # 1 – Perhatikan nada suaranya
Biasanya dari intonasi vokal si dia, anda akan tahu adakah apa yang diperkatakannya itu benar atau sebaliknya. Sebagai pasangan, anda mungkin sudah mengenali karekter pasangan melalui suaranya saja. Sekiranya anda mendengar nada suara yang agak berlainan daripada biasa ketika sedang meyakinkan dirinya tidak berbohong, maka boleh jadi ketika itulah dia sedang cuba menyembunyikan sesuatu. Biasanya suara keras itu sebenarnya adalah salah satu usaha untuk menyembunyikan kerisauan hatinya kerana khuatir pembohongannya diketahui oleh anda.
Tips # 2 – Tergagap-gagap
Sekiranya pasangan yang pandai berkata-kata adalah lebih mudah untuk mengesan pembohongan mereka. Orang yang sebegini biasanya akan kehabisan kata bila berhadapan dengan orang yang dibohonginya. Kata-kata yang keluar dari mulutnya juga mungkin tergagap-gagap kerana dia sedang berusaha mengarang cerita bohong. Perhatikan juga kalau si dia selalu menyebut ‘maksud saya’. Itulah perkataan untuk menyelamatkan dirinya.
Tips # 3 – Baca dari bahasa tubuh
Biasanya orang yang sedang berbohong, tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia juga semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkelip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tapi dalam keadaan malu, tegang dan berbohong kadar stress yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih banyak mengerdipkan mata.
Tips # 4 – Enggan duduk berdekatan
Keengganan si dia duduk berdekatan dengan anda juga boleh jadi petanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya. Uji dirinya, bertanyalah jika anda berasa curiga. Jika dia menjauhkan diri ataupun sibuk memainkan tangannya, besar kemungkinan si dia sedang berbohong.
Tips # 5 – Cerita panjang lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita hingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.
Tips # 6 – Menggelabah bila menjawab pertanyaan yang spontan
Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Untuk mengetahuinya, cuba anda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.
Perlukah mengintip pasangan?
Kepercayaan terhadap pasangan pasti akan terhakis apabila diri sering dibohongi. Malah, ada pasangan yang langsung hilang rasa percaya, gara-gara ketidakjujuran yang dilakukan. Tapi ada juga yang mengambil tindakan lain, iaitu dengan mengintip pasangan, apatah lagi jika pasangan melakukan pembohongan besar seperti kecurangan. Namun, adakah wajar tindakan ini dilakukan? Sebaiknya, sebelum mengambil tindakan itu, anda lakukan dulu langkah-langkah berikut :-
1. Waspada perlu
Jika kepercayaan penuh telah anda berikan, tetapi pasangan tetap berlaku tidak jujur, sebaliknya cuba teliti pula faktor komunikasi anda berdua. Adakah ia berjalan dengan lancar ataupun sekadar memenuhi kewajipan semata-mata? Faktor komunikasi itu penting dalam membangunkan kepercayaan dan juga keharmonian rumahtangga.
2. Nilai kembali diri
Nilai diri anda sendiri, cuba anda cari penyebabnya, mengapa pasangan tiba-tiba berlaku tidak jujur dan mula berbohong. Melalui penilaian diri anda, mungkin akan bertemu jawapan yang diperlukan dan mampu memperbaiki hubungan anda dan pasangan.
3. Sebaiknya jangan mengintip
Apabila anda mengesyaki pasangan berbohong, anda akan berasa curiga yang kemudian akan menyebabkan anda terasa ingin mengintip setiap gerak langkahnya. Mungkin pada awalnya anda hanya ingin memenuhi rasa ingin tahu tentang apa yang dilakukan oleh pasangan anda di luar rumah tetapi lama kelamaan ia akan berakhir dengan perasaan sakit hati, terutama apabila si dia melakukan sesuatu yang bersalahan dan bertentangan dengan kehendak anda.
Perasaan sakit hati ini akan membuatkan fikiran anda sakit dan sukar mengembalikan kepercayaan pada pasangan. Ini kerana fikiran anda sudah terfokus kepada perasaan sakit hati. Jadi adalah lebih baik anda hilangkan fikiran negatif agar mampu membezakan yang mana khayalan dan kenyataan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terbitkan bagaimana pula jika wanita jadi begini...
BalasPadamTanpa Nama,
BalasPadamSenang aje, tukarkan perkataan isteri kepada suami dan vice versa...