Entry ini agak 'panas', harap berlapang dada kerana ia juga cabang ilmu yang boleh dikategorikan 'wajib' bagi suami dan isteri ambil tahu. Entry kali ini dimasukkan hasil 'korek-korek' ilmu dalam simpanan pendrive saya dan juga susulan daripada entry Antara kuantiti dan kualiti seks suami isteri.
Ramai suami berpendapat jika meraka berjaya mem'pregnant'kan isteri masing-masing, bermakna mereka dan pasangan tidak mengalami 'gangguan' seksual. Benarkah pendapat ini? Berjaya membuatkan isteri mengandung, tidak bermakna anda telah berjaya memberi kepuasan seksual kepada isteri. Tidak setuju? Ok, mari kita baca artikel di bawah.
Orgasme pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah. Sejak terbitnya karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an maka dongeng dan rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.
Sekarang telah diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu terpulang pada setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu sentiasa sama.
Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme
Kaum wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap rangsangan hubungan kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut kemaluan terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit, serta liang faraj itu merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan penting. Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin yang memainkan peranan penting. Clitoris atau kelentit itu merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita. Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada hujung kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau sakit.
Sebab itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau alat penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan zakar yang keluar masuk liang faraj itu boleh menimbulkan rangsangan terus-menerus terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora atau bibir kecil ke atas kelentit.
Merasakan Kemuncak Tahap Orgasme
Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2-4 detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap 0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur pun ikut kempat-kempot.
Suatu orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat terjadi 8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.
Orgasme Berganda
Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.
Di antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami-isteri.
Kenyataan menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.
Baik orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.
Orgasme adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.
Orgasme pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada setiap individu, tetapi lazimnya antara 10-12 konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan moden 5cc.
Tanda orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari lubang faraj.
Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.
Dr. Robie dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku Percintaan Suami Isteri karangan A. Rifa'ie Ali menulis, “Terlampau cepat keluar air mani selain memberi malu kepada suami, bahayanya tidak kurang pada isteri kerana dia telah meninggalkan isteri itu sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai orgasme. Maka tinggallah isteri dalam keadaan resah-gelisah belum kunjung puas yang akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara lain lain, tidak boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf yang berkaitan penyakit orang perempuan.”
Ellis dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip pendapat seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria, dia mengatakan bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan yang menderita sakit dalam rahim, daripada yang berubat kepadanya didapati 70 orang menderita lantaran sakit rahimnya terlalu penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut pengetahuan ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak disempurnakan.
Dari keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda Rasulullah SAW yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan isteri sewaktu diajak bersetubuh. Janganlah lekas terburu-buru mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum berhasil mencapai orgasme.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu.” (Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu.” (Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya.” (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)
Daripada hadis-hadis Rasulullah SAW yang tersebut di atas, maka seharusnya suami berusaha agar mencapai orgasme yang ideal sama ada secara bersama-sama, ataupun secara meruntun saling susul-menyusul sewaktu bersetubuh. Itulah sebabnya Imam Ghazali di dalam kitabnya ihyaa'ulumiddin, menasihati suami muslim agar kalau bersetubuh selalu memerhatikan isterinya ataupun menahan ejakulasinya sehingga isterinya dapat mencapai orgasme.
Berapa lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan? Banyak pendapat mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki yang boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama 15 minit, 20 minit bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing; kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.
Biasanya persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama 5-10 minit. Sedangkan wanita pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan tetapi dengan rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan oral genital stimulation seseorang wanita biasanya dapat mencapai orgasme dalam masa empat minit.
Untuk memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri dapat mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah mereka boleh mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara ini ada kesan sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap menggunakan ubat-ubatan.
Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat dilakukan dengan memerhatikan langkah-langkah berikut:
1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.
2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar.
Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai orgasme. Kalau cara ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh dalam waktu yang lama di mana isterinya beruntung kerana dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. Sehubungan dengan itu Stoppes berkata, “Selamanya tak boleh dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran dan badan sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani semata-mata cuma boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh perjalanan nafsunya.”
3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras.
Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar adalah tidak cukup keras. Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah air mani berlalu. Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh kerana udara yang masuk berkumpul ke dalam dada dan perut agak banyak.
Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya mendesak darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras dan kembung. Kekembungan ini menekan
lubang zakar tadi serapat-rapatnya sehingga aliran tempat lalunya air mani terhambat dan tidak dapat keluar.
4. Alternatif lain adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami mahupun isteri.
5. Dengan melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke scrotum (kantung pelir) lelaki.
6. Lagi satu alternatif pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.
Cara-cara di atas yang telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme yang ideal. Akan tetapi berjaya atau tidaknya mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri. Yang lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan faham-memahami. Seperti halnya seorang suami boleh bertanya pada isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau masih lama lagi? Seandainya masih lama, maka suami bolehlah mengatur pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang mengakibatkan cepatnya keluar air mani. Jadi sifat terbuka suami-isteri sangat diperlukan untuk membantu keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang ideal.
Perkara yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi. Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang mengerti seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.
Persetubuhan dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan luar nikah atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu pihak menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki bayaran. Jadi wanita pelacur di dalam melakukan persetubuhan sudah merasa puas walaupun belum mencapai orgasme asalkan dirinya telah diberi wang sebagai imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama.
Seorang suami yang bijaksana yang mengerti hal ini ternyata dalam persetubuhannya dengan isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air mani, maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj. Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan suhu berahinya hingga mencapai orgasme.
Cara seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini harus dimanafaatkan oleh suami untuk merangsang isterinya hingga mencapai orgasme.
Betapa bahagianya bila persetubuhan di mana kedua-duanya telah mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja. Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh saling berpelukan dan berdakapan.
Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di dalam liang fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang yang mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.
Perlu diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami melakukan hubungan seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah sari tubuhnya yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya setiap hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang sangat berguna bagi kesihatan tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperolehi dari dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat ‘Alkalin’ yang boleh digantikan dengan membiarkan ia di dalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh berisi dengan zat ini. Para suami yang terdedah kepada pengetahuan ini tidak akan mahu mencabut batang zakarnya sehabis ereksi dari liang faraj isterinya. Mereka akan membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan ini bagus dan bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya. Ini oleh kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah menyerap zat-zat yang sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat alkali. Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur, sebaliknya semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang lebih penting lagi wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari umurnya yang sebenarnya.
Selain itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa di dalam zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya.
Kesempatan untuk saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung dalam perbincangan di atas dianggap akan boleh mengumpulkan sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi. Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.
Begitulah persetubuhan yang sempurna, yang dapat mencapai kemuncak kenikmatan atau orgasme yang ideal serta memberi pengaruh yang baik di dalam jasmani dan rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya sihat yang akhirnya membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.
terima kasih.
BalasPadam