Maasyiral muslimin rahimakumullah,
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara sekalian, agar bertaqwa kepada Allah SWT. Marilah kita laksanakan segala perintah-Nya dan kita meninggalkan segala larangan-Nya. Dan janganlah kita meninggalkan dunia ini kecuali kita dalam bertaqwa kepada Allah SWT.
Entry kali ini adalah susulan rasa terkejut saya baca komen seorang hamba Allah dalam egrup yang saya sertai, katanya :
Jaga-jaga, jangan menjadi lelaki atau suami dayus. Dayus adalah Haram dalam Islam. Boleh tolong buat apa sahaja pada Isteri tetapi ingatlah hati wanita tu berlainan daripada lelaki (macam ular atau racun). Kalau semua lelaki tolong isteri buat kerja. Maknanya lelaki tu gagal di dalam hidupnya. Lelaki itu patut keluar rumah mencari rezeki sebanyak2nya demi untuk isteri dan keluarga. Tolong tu boleh tolong, kalau sekadar jaga anak, cuci baju dan kerja2 ringan tetapi ini tentu buang masa sahaja ketika muda, sihat dan bertenaga. Sepatutnya suami kurangkan kerja2 sebegini dan perbanyakkan hal ekonomi dan memperkayakan keluarga dengan harta dan rezeki. Hal nak cari wang, hal business, hal ekonomi, hal harta, hal pangkat, hal politik. Sebab itulah sekarang ni, sebab ramainya suami tinggal dekat rumah tolong isteri buat kerja rumah berlaku nya kemiskinan di dalam keluarga melayu dan selalunya berakhir dengan perceraian. Keluarga melayu sekarang miskin sebab tak ada masa di luar meneroka rezeki. Asyik nak makan gaji, balik jaga anak, bersih rumah itu sahaja.
Adik2, jangan pandang shot sighted... jangan terbuai dengan pujian isteri, jangan suka sangat duduk di bawah ketiak isteri. Dayus namanya. Fikir2lah biasanya keluarga yang berjaya dalam Agama adalah keluarga yang dinamik, dan bukannya suami yang suka buat kerja yang tidak setanding dengan kudrat yang di beri Allah kepada lelaki..
Tolong sikit2 sekadar nak menjalinkan kasih sayang dengan isteri adalah ok. Tolong sekejap agar si isteri dapat bersiapkan diri untuk suami itu ok. Kalau ramai suami tinggal dan buat kerja rumah, maka hancurlah negara ini...
Alaaaahai... apa pendapat anda? Dayuskah seorang suami membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah? Ada juga di antara kita yang terlupa sunnah Rasulullah SAW. Sunnah Rasulullah tentang poligami ramai yang tahu dan bukan sedikit yang berlumba-lumba memenuhkan quota, tapi sunnah Rasulullah yang lain-lain, bukan saja dipandang sebelah mata, malah diNAFIkan pula?! Mari kita refresh minda!
Kali ini kita akan membicarakan tentang akhlak serta cara pergaulan Rasulullah SAW bersama ahli keluarganya. Akhlak yang mulia yang diamalkan oleh Rasulullah SAW terhadap keluarganya perlu kita contohi. Kerana sebuah masyarakat Islam cemerlang yang bercirikan moral dan sifat kerohanian yang utuh tidak akan berlaku jika sistem kekeluargaan tidak kukuh. Rasulullah SAW telah menunjukkan sendiri bagaimana untuk mengukuhkan sistem kekeluargaan. Semoga dengan demikian, kita akan dapat mencontohi baginda, dan berjaya membina keluarga bahagia.
Menjadi seorang suami memang memerlukan kematangan emosional dan kemampuan berfikir dengan baik. Tentunya, hal itu tidak lepas dari kuantiti dan kualiti ilmu yang dimilikinya. Semakin banyak ilmu yang dimiliki oleh seorang lelaki (khususnya ilmu agama dan ilmu rumahtangga), maka Insya Allah akan semakin baiklah ia dalam menjalankan peranannya sebagai seorang suami. Tanpa disokong dengan kuantiti dan kualiti ilmu yang baik, nescaya kematangan emosional dan cara berfikir tidak akan tercapai dengan baik. Dan tanpa adanya kedua hal tersebut maka rumahtangga akan menjadi sofa empuk bagi suami untuk menerapkan kesewenang-wenangannya terhadap seluruh anggota keluarga yang tinggal di rumahnya.
Isteri seolah-olah menjadi hamba bagi para suami, hal ini banyak sekali terjadi kerana tipisnya ilmu rumahtangga/kekeluargaan seorang suami. Suami senantiasa menuntut untuk dilayani dan dituruti setiap keinginan dan perintahnya. Seolah-olah isteri adalah ‘kunta-kinte’ (hamba abdi) atau robot yang wajib hanya melayani kemahuannya semata-mata. Merasa menjadi orang yang paling berjasa dalam rumahtangga kerana telah mencari nafkah untuk keluarga (walaupun bukan 100% usahanya sendiri kerana isterinya juga bekerja membantunya), ramai suami yang akhirnya senantiasa “goyang kaki” (sama sekali tidak ingin bekerja atau berbuat sesuatu) dalam rumahtangga. Tidak mahu sedikitpun membantu pekerjaan yang ada di rumah, lebih-lebih lagi yang memang pada tradisinya dikerjakan oleh para wanita. Seolah-olah haram bagi mereka untuk menyentuh atau membantu mengerjakan pekerjaan isterinya di rumah.
Rasulullah SAW adalah seorang suami teladan bagi seluruh umat manusia. Di luar rumah beliau berperanan sebagai seorang panglima perang dan figure dakwah, dan di rumah beliau pun mampu berperanan sebagai suami terbaik. Memiliki seorang suami seperti Rasulullah SAW, tentunya tidak ada yang akan menolak dan menjadi seorang suami seperti Rasulullah SAW, tentunya setiap lelaki yang berakal sihat pun pasti menginginkannya. Memang, untuk menjadi seorang suami seperti Rasulullah SAW tidak akan dapat dilakukan dengan sepenuhnya, kerana pada dasarnya, baginda adalah seorang Rasul yang terjaga dari kesalahan dan maksiat sekecil apapun, sementara kita hampir selalu saja bersentuhan dengan yang namanya maksiat atau dosa, baik sengaja mahupun tidak sengaja. Hanya saja, sebagai umatnya kita tentu saja dapat memaksimumkan usaha untuk dapat mengikuti jejak beliau dalam berumahtangga. Untuk menjadi seorang suami seperti Rasulullah SAW, kita dapat berusaha untuk senantiasa mengaplikasikan apa-apa yang baginda aplikasikan di dalam rumahtangga.
Di dalam rumahtangga, Rasulullah SAW tidak pernah bersifat seperti seorang ketua/raja yang selalu ingin atau meminta untuk dilayani. Rasulullah SAW tidak pernah memperbudakkan isteri-isteri baginda. Baginda sangat sayang dan menghormati isteri-isteri bagidna, mendidik isteri-isteri baginda dan bersikap seadil-adilnya.
Rasulullah SAW senantiasa mengerjakan pekerjaan-pekerjaan rumahtangga dengan ikhlas. Baginda membantu mengerjakan dan menyelesaikan pekerjaan isteri-isterinya. Hebatnya lagi, baginda yang merupakan seorang Rasul Allah SWT, tokoh dakwah terkemuka, dan sebagai panglima perang tidak pernah merasa malu atau malas untuk membantu pekerjaan-perkerjaan isteri baginda. Baginda suka menjahit pakaian sendiri yang koyak. Baginda SAW ketika berada di rumah juga bekerja membantu memerah susu. Semaksimum mungkin baginda pun bersikap mandiri dalam mengerjakan pekerjaan rumahtangga, melayani diri sendiri dan tidak menekan sang isteri untuk mengerjakan pekerjaan rumahtangga sendiri.
Kalau kita lihat di masa ini, tidak ramai suami yang bersedia untuk mengerjakan pekerjaan wanita atau isterinya. Mencuci menyidai dan melipat pakaian, mencuci pingan-mangkuk, menyeterika dan lain-lain semuanya diletakkan ke atas bahu isteri, seolah-olah semua tugas berkenaan adalah tugas mutlak sang isteri. Padahal Rasulullah SAW tidaklah demikian, beliau berdakwah, berperang, dan juga masih melakukan kerja-kerja rumahtangga. Rasulullah SAW tidak pernah mengatakan hal tersebut dan tidak pernah bersikap seperti itu. Isteri Rasulullah SAW senantiasa mengatakan bahawa Rasulullah SAW adalah seorang suami yang senantiasa mengerjakan pekerjaan-pekerjaan rumah yang biasa dilakukan oleh para isteri, termasuk melayani keperluan baginda sendiri.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya: Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.
Dalam sebuah hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitabnya Asy-Syamail, Aisyah r.a. berkata yang maksudnya: Rasulullah SAW itu adalah seorang manusia biasa, baginda menjahit sendiri bajunya, memerah sendiri susu dari kambingnya, dan melakukan sendiri perkara yang diingininya.
Imam Ahmad pula meriwayatkan dari Aisyah r.a., yang maksudnya: Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatutnya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka.
Ulama' Abu Said al-Khudri ketika ditanya oleh Abu Salman bin Abdul, Rasulullah SAW memberikan untanya makan, mengikat unta, membersihkan rumah, memerah susu kambing, membaiki kasut, menjahit baju yang koyak, makan bersama pembantu rumahnya, menumbuk tepung, menggantikan kerja pembantu sekiranya mereka terlalu penat dan membeli barang di pasar. Kerja itu dilakukannya tanpa rasa malu sedikitpun.
Hadis yang diberi di atas cukup jelas menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW ketika bersama dengan ahli keluarganya.
Pertama sekali, baginda tidak memerintahkan isteri atau khadamnya melakukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan sendiri. Malah, baginda membantu isterinya dalam menguruskan rumahtangganya. Baginda faham akan maksud ketua rumahtangga yang sebenar. Baginda menunjukkan contoh. Baginda membantu dalam urusan rumahtangga. Baginda mendidik anak dan isteri dengan penuh kemesraan dan kebijaksanaan...
Keduanya, dalam hadis "Rasulullah SAW menjahit sendiri bajunya, memperbaiki sendiri sepatutnya, dan buat seperti apa yang dibuat oleh lelaki lain di rumah mereka", diberitahu bahawa Rasulullah juga seperti lelaki lain, bermakna lelaki (para suami) yang hidup sezaman Rasulullah juga melakukan kerja-kerja rumahtangga. Adakah mereka digelar lelaki dayus?
Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kewujudan Rasulullah SAW bukan setakat untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, kewujudan baginda di rumahnya adalah juga untuk membantu isterinya menguruskan rumah tersebut. Ini baginda lakukan walaupun baginda mempunyai banyak tugas di luar rumah.
Baginda SAW adalah seorang Rasul Allah SWT yang sangat mulia, seorang pendakwah, guru, imam solat, ketua negara, kaunselor, panglima perang dan berbagai lagi tugas. Tetapi kesibukan di luar tidak menghalang baginda dari membantu isterinya dalam menguruskan rumahtangganya. Begitu juga, pangkat dan kedudukan baginda sebagai ketua umat Islam, ketua negara dan penghulu segala nabi dan rasul, tidak menyebabkan baginda rasa enggan, malas, ragu-ragu atau malu untuk membuat kerja-kerja rumah. Kepenatan akibat urusan yang banyak di luar rumah tidak juga menghalang baginda dari membantu tugas-tugas di rumah. Baginda juga tidak pernah mengeluh manakala harus melayani keperluannya sendiri.
Inilah dia sikap seorang ketua. Ketua di luar rumah, dan ketua di dalam rumah. Baginda Rasulullah SAW menunjukkan bahawa bukanlah seorang ketua rumahtangga atau ketua sebuah kaum, yang tugasnya hanya memerintah sahaja, tetapi seorang ketua adalah orang yang berkhidmat untuk orang lain. Dan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami yang bermaksud: Ketua sebuah kaum adalah yang sentiasa berkhidmat untuk mereka.
Sebahagian dari umat Islam mempunyai salah anggap bahawa adalah tugas isteri untuk menguruskan rumahtangga. Dan tugas suami adalah mencari nafkah sahaja, tanpa perlu menghiraukan urusan rumahtangga.
Tanggapan sedemikian tidak bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Memanglah tugas isteri yang diwarisi turun-teumurun adalah menguruskan rumahnya selainkewajipannya melayan suami dan anak-anaknya. Tetapi ini tidak bermakna si suami tidak perlu membantunya. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita, bahawa walaupun baginda begitu sibuk dengan urusan di luar rumah, walaupun baginda mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan paling tinggi di kalangan manusia, baginda tetap meringankan tangan membantu isterinya.
Kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidaklah seperti sibuknya Rasulullah SAW. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah SAW. Maka apakah yang menghalang kita dari membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?
Sebenarnya, Rasulullah SAW dalam membantu isterinya di rumah, menunjukkan kepada kita salah satu cara membina keluarga bahagia. Dengan membantu isteri di rumah, perasaan cinta dan sayang isteri tersebut kepada suaminya semakin bertambah. Begitu juga perasaan hormat kepada suami akan meningkat. Suami boleh membantu isteri dalam urusan-urusan ringan seperti membersihkan rumah, mengemas katil, menjemur kain, mencuci lantai, membeli barang dapur dan sebagainya.
Tugas-tugas seperti itu tidak mengurangkan sedikitpun kelelakiannya atau martabatnya sebagai ketua rumahtangga. Bahkan, ia menunjukkan bahawa dia faham tentang konsep ketua rumahtangga. Hanya orang-orang yang tidak tahu mengenai cara Rasulullah SAW melayani keluarganya sahaja yang menganggap perbuatan seperti itu tidak tepat dengan Islam.
Tetapi dalam masa yang sama, setiap pasangan suami dan isteri perlu tahu tugas utama masing-masing. Tugas utama isteri adalah menguruskan rumahtangga, dan tugas utama suami adalah mencari nafkah bagi keluarga.
Marilah kita mencontohi Rasulullah SAW. Baginda diutuskan oleh Allah SWT bukan sahaja untuk membawa risalah Islam, tetapi baginda juga berperanan menjadi contoh bagi umat Islam dan manusia secara umum. Semoga dengan mencontohi baginda, kita akan menjadi masyarakat yang cemerlang, yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah SWT, dan banyak mengingatinya. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 21 yang maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
Bagaimana dengan suami-suami di luar sana? Masihkah anda akan tetap bersikap seperti seorang maharaja di dalam rumahtangga sendiri? Siapa yang tergigit cili, renung-renungkan!
Semoga kita dapat walau sedikit manafaat daripada entry ini.
Disusun semula dari kompilasi: MUiS-SiN dan Syahadat.com
Tu suami ker isteri cakap macam tu (font warna oren tu)?
BalasPadamSiapalah malang dapat laki macam tu yer.. tapi hairan juga kalau terpilih jadi suami. Sesedap rasa jer dia nak tafsir Dayus...
Alahai kalau tak faham, blajor dulu bro jgn terus tulis kat milis.
ker tolong isteri dikata dayus. Kalau membiarkan isteri ter'bogel' keluar rumah, biar isteri cari nafkah dia goyang kaki, biar isteri pakai make-up kenyit mata kat jantan lain, suruh isteri layan lelaki untuk dapat tender , itu barulah dayus.
Teruklah juga pengetahuan umat kat milis tu yer... isy isy.
Kuang.. kuang..kuang... Font oren tu kalau ikut nick ID, lelaki ler... tapi tak pastilah kalau2 dia nyamar jd lelaki ker... Itu ler yg saya dok 'hangin' yg saya cakap dgn Sally... hik.. hik... ada byk lagi...
BalasPadamSatu contoh cukup ler, utk tazkirah hari Jumaat nih. Tak kuasa nak quote byk2, nnti dpt dosa ngumpat pulak...
Ahem... arepond, be alert.... :)
BalasPadam'Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya tidak berguna tanpa tarbiyah'
BalasPadamisy A.Halim tak macam tu...saya brani sumpah potong bawang..:)
BalasPadamTu dia tengah blajar masak dari blog saya he he...
Tapi ada gak bebudak ppuan la ni loqlaq la jugak.
Ni anggaplah cerita cerpen tau. Seorang lelaki yg berwajah tampan, fizikal cukup sifat, Kerjaya bagus, perangai elok, gaji hampri RM5k kerja tetap cuba macm Hizamri la asyik masuk laut. Umo dah lebih 30 tapi tak dpt pasangan lagi. Cerita lucu gak , dikenalkan dgn sorang wanita umur 21. Pertama kali dating, dia dah soal " Abg tahu masak tak? nnt kalau kita kawin abg kena tukar lampin baby tau..." Hancus... tak jadi ler nak minang sebab teruk bebenor soalan. Macam nak meng'kuli'kan laki lak...yg si lelaki pulak memang penyegan bab masuk dapur .
he he aper da...
kut ya pun nak cari pasangan pandai buat kerja rumah, takkan lah terus serang dgn soalan brutal mcm tu. Sebenarnya ramai lelaki yg kekok masuk dapur, cuma jgn ada anggapan tolong isteri atau keluarga tu sebagai dayus atau kena 'queen control'.
kalau isteri tak kerja dan suami pulak macam 'kunta kinte' sebelum dan selepas kerja pulun kerja rumah, dan isteri macam mem duk mengebat dengan make-up duk ternganga depan TV, hal ini boleh menimbulkan fitnah . Fitnah dalam ertikata orang akan mengumpat. Bukan orang lain, saya pun ikut mengumpat juga walau tak di mulut, di hati. Ini namanya tak ada peri kemanusiaan. Ini kisah benar. si Suami tu pun dah R.i.p pada usia awal 50. isteri waktu tu baru 36 sebab kawin umo 14. Bila PK2 itu reqki masing2 la....si suami tu nampak baik sgt tp mmg 'bodo' pun sebab tak suruh isteri tutup aurat. Dia pulak jd kuli kpd isteri yg cantik dan muda. Itu barulah dayus agaknya...
Arepond jgn marah ya... Bukan provok atau buruk sangka, cuma bila kita baca ada suami yg mcm tu, ambil iktibar ajelah. Cakap berdegar2 seolah-olah BURUK benar lelaki yg menyinsing tangan turun ke dapur atau tolong basuh berak anak. Nasiblah dapat suami yg mcm tu...
BalasPadamBiasanya, lelaki yg tak mahu menolong langsung isteri, kebanyakkannya 'anak mak' dan tak pernah disuruh oleh maknya buat satu kerja pun. Nak salahkan si suami tu pun tak betul juga sbb yg acuan kuih tu tak betul. Tapi tak semualah mcm tu kut...
Saya suruh bdk2 kat rumah tu buat kerja (yg mampu), tak kira perempuan lelaki. Kecik2 lagi start dah train, hantar pinggan/cawan ke sinki lepas guna. Botol susu takleh sepah2, lepas minum kena tutup balik, letak atas meja. Baju kotor kena masuk dalam laundry basket, kemas mainan lepas main, kalau air tumpah lap sendiri, makan berterabur kena kutip dan buang dalam tong sampah. Mmg ada bibik boleh buat semua, tapi saya tak nak biasakan mereka buat sesuka hati... Biar mereka belajar hidup susah.