Hanya Lelaki - Pengakuan Duda
KATA ORANG, CINTA ITU BUTA. KERANA CINTA, RUMAH TANGGA BINASA. HARRIS, SUDAH HAMPIR TIGA TAHUN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. NAMUN, PERTEMUAN DENGAN RAKAN BAIKNYA TIDAK LAMA DULU, MEMBUAHKAN KEMBALI CINTA YANG PERNAH BERPUTIK TERHADAP ADIK SAUDARA RAKAN BAIKNYA ITU. CINTA PERTAMA TERHADAP WANITA PUJAANNYA MEMBUATKAN HIDUPNYA TIDAK KERUAN.
Laila, isterinya yang selama ini setia menanti, menyayangi dan mencintai dirinya bagaikan tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Harris bagaikan hilang pedoman hidup. Dia mula mengejar kembali cinta lamanya, cinta yang tidak kesampaian. Mengetahui cinta hatinya, Ruzi masih belum berumah tangga, bertambah teruja dirinya untuk kembali mendekati wanita yang pernah dipuja separuh gila tidak lama dulu. Biarpun hubungan dengan Ruzi tidak lama dulu tidak pernah sampai ke tahap bercinta, cinta yang dipendam masih tetap utuh.
Malah, Ruzi sendiri tidak mengetahui Harris mencintai dirinya. Fikir Ruzi, mereka hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Apatah lagi Harris sendiri tidak pernah menyuarakan rasa hati pada dirinya. Kerana itu, apabila Ruzi berpindah mengikut ibu bapanya ke utara tanah air, Ruzi tidak memberitahu Harris. Sepuluh tahun berlalu, dan pertemuan yang tak disangka di antara rakan baiknya, yang juga saudara kepada ‘kekasih pertamanya’ bagaikan memberi segunung harapan pada dirinya untuk menyambung kembali perhubungan mereka.
Status dirinya sebagai seorang suami, juga bapa kepada tiga orang anak menjadi rahsia dan disimpan kemas daripada pengetahuan rakan baiknya. Setelah meluahkan perasaannya kepada rakan baiknya, akhirnya berjaya juga Harris menagih nombor telefon Ruzi. Tanpa membuang masa, ketika itulah Harris memulakan langkah untuk mendekati Ruzi. Namun, seperti dulu Ruzi agak sukar didekati, apatah lagi dengan orang yang tidak dikenalinya. Bertalutalu SMS dikirim, namun hanya dua kali dibalas, itu pun untuk menjawab salam dan bertanya siapa.
Akibat ingin berahsia, Ruzi langsung tidak melayan SMS yang dihantar. Panggilan telefon juga tidak dipedulikan. Setelah sekian lama mencuba, akhirnya barulah Ruzi sudi menyambut panggilan telefon daripadanya. Itu pun kerana terlalu bosan dan marah kerana terlalu kerap mengganggu dirinya. Setelah memperkenalkan diri, barulah Ruzi berlembut hati dan berbual mesra dengannya. Dalam pada itu dia juga bertanya beberapa kali bertanya tentang status Harris. Kata Ruzi, sepuluh tahun tidak berjumpa dan bertanya khabar, pasti ada cerita.
Pasti juga status sudah berubah. Ruzi tidak mahu menjadi duri dalam daging. Tidak mahu menjadi wanita yang memusnahkan kebahagiaan rumah tangga wanita lain. Jadi, dia mahu berhatihati. Namun, kerana tidak mahu hubungan terputus begitu sahaja, juga tidak mahu kehilangan Ruzi buat kesekian kalinya, Harris berbohong berkenaan status dirinya. Mujur juga, dia tidak bercerita perihal dirinya kepada rakan baiknya. Jika tidak, dia sendiri amat pasti tidak akan berjaya mendekati Ruzi. Semenjak itu, hubungan mereka semakin lama semakin erat.
Biarpun tidak pernah bertemu mata, namun panggilan telefon dan kiriman SMS pengubat hatinya. Respons yang diberi Ruzi juga amat baik. Harris benarbenar yakin Ruzi semakin dekat di hatinya. Seperti dirinya, dia juga yakin Ruzi mencintainya. Pembohongan terbongkar Akibat terlalu bermain cinta dengan Ruzi, rumah tangganya diabaikan. Isteri dan anakanak langsung tidak dipedulikan. Malah, ada masanya Harris berasa tidak boleh langsung memandang isterinya, Laila. Bukan berasa kasihan, tetapi bingung di kepalanya, bagaimana cara untuknya mendapatkan Ruzi di dalam genggamannya.
Semakin dipandang Laila, semakin sakit kepalanya. Dia benar-benar tidak mahu kehilangan Ruzi. Laila? Baginya Laila bukanlah cinta sejatinya. Laila juga pilihan keluarganya. Dia berkahwin dengan Laila kerana yakin sebenarnya dia tidak akan berjumpa kembali dengan Ruzi. Malah, dia juga yakin Ruzi sudah pun mendirikan rumah tangga. Namun, mana tahu sangkaannya meleset. Ketika ini, hendak menyesal sudah tidak berguna. Dia tidak mahu pening-pening memikirkan kemungkinan di hari akan datang. Apa yang penting dia mahu bersama dengan Ruzi. Dia mahu jadikan Ruzi sebagai isterinya, miliknya yang sah.
Biarpun terpaksa berbohong, Ruzi tetap cinta hatinya. Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Rancanglah bagaimanapun, jika bukan jodoh, pasti niat dan perancangan tidak menjadi. Begitu juga dengan Harris. Entah bagaimana, Ruzi berkenalan dengan rakan di tempat kerjanya ketika bertugas di luar kawasan. Gambar kenangan ketika hari keluarga syarikatnya tahun lalu kebetulan berada di dalam koleksi gambar rakan sepejabatnya. Ketika itulah segalanya terbongkar. Gambar Harris bersama Laila dan tiga orang anaknya menceritakan segala pembohongannya.
Sejak itu, Ruzi memutuskan hubungan mereka dan semakin menjauhkan diri. Hidupnya tidak keruan, bagaikan mayat hidup. Dia tidak mahu Laila, dia tidak mahu anak-anaknya. Hanya Ruzi di hatinya. Sebaik-baik isteri, jika sudah tidak di pedulikan dan diperlukan, akhirnya Laila akur dan mohon dilepaskan. Mudah untuk melepaskan Laila, tetapi setelah sedar akan kesilapannya, Harris sendiri tidak mampu untuk memaafkan dirinya. Dia berasa cukup bersalah kepada Laila, anak-anaknya, juga kepada Ruzi yang dicintai sepenuh hati. Harris reda hidup bersendirian sehingga kini.
Sumber : MW
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Sabtu, Julai 18, 2009
Tinggalkan Isteri Kerana Mabuk Cinta Pertama
Susunan :
Bawang Goreng
pada
7/18/2009 10:16:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...