“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 29, 2009

Sirah teladan - Kesederhanaan Rasulullah SAW

Sisa runtuhan rumah Nabi

Abu Salman bin Abdul Rahman bertanya kepada ulama Abu Said al-Khudri, “Apakah pendapat tuan mengenai pakaian, makanan, minuman dan kenderaan yang dimiliki manusia?”

Abu Said berkata, “Hai anak saudaraku, makanlah kerana Allah, minumlah kerana Allah dan berpakaianlah kerana Allah. Setiap perkara itu yang diresapi sifat ujub, bangga, riak atau megah, maka ia jadi maksiat yang berlebih-lebihan. Di rumahmu, lakukanlah kerja rumah seperti yang Rasulullah SAW lakukan.”

“Baginda memberikan untanya makan, mengikat unta, membersihkan rumah, memerah susu kambing, membaiki kasut, menjahit baju yang koyak, makan bersama pembantu rumahnya, menumbuk tepung, menggantikan kerja pembantu sekiranya mereka terlalu penat dan membeli barang di pasar.”

“Kerja itu dilakukan tanpa rasa malu. Baginda letakkan dengan tangannya atau letakkan di tepi kainnya. Baginda juga melayani keluarganya, berjabat tangan dengan orang miskin dan orang kaya. Baginda memberi salam dengan mendahuluinya kepada orang yang ditemui, baik orang kecil atau orang besar, orang hitam atau orang merah, orang merdeka mahupun hamba dari kalangan orang yang mengerjakan solat.”

“Baginda tiada pakaian khas untuk dipakai di luar rumah atau di dalam rumah. Baginda berkenan menerima undangan walaupun yang mengundang itu rambutnya kusut dan berdebu serta tiada apa-apa melainkan kurma buruk. Baginda tidak meninggalkan makanan siang untuk makanan malam dan tidak meninggalkan makanan malam untuk makanan siang. Baginda mudah perbelanjaannya, lembut akhlaknya, mulia tabiatnya, luas pergaulannya, bersih wajahnya, tersenyum tanpa ketawa, bimbang tanpa duka, keras tanpa kekasaran, tawaduk tanpa menghina, pemurah tanpa berlebihan, pengasih kepada setiap keluarga dan orang Islam, suci hatinya, selalu menundukkan kepala, tidak pernah penuh kenyang perutnya dan tidak rakus,” kata Abu Said.

Abu Salman bin Abdul Rahman berkunjung pula ke kediaman Saiyidatina Aisyah untuk bertanya sendiri kesahihan cerita Abu Said.

Kata Aisyah, “Tidak salah apa yang dikatakan Abu Said. Beliau telah meringkaskannya kerana tidak menceritakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah sekali (kenyang) dan tidak pernah mengadu halnya kepada seorangpun. Sesungguhnya baginda lebih menyukai kemiskinan berbanding kesenangan walaupun baginda selalu lapar semalam-malaman sehingga pagi. Begitu pun, itu tidak menghalangnya daripada berpuasa di siangnya. Sekiranya baginda meminta daripada Tuhannya, tentulah akan dikurniakan bergudang-gudang kekayaan.”

“Kadang-kala aku menangis kerana kasihankan Rasulullah yang kelaparan. Maka aku sapu perutnya dengan tanganku sambil berkata, “Nyawaku tebusan bagi engkau. Jika engkau dicukupkan dengan dunia sekadar menjadi makanan engkau dan mencegah engkau daripada lapar.””

“Jawab Rasulullah SAW kepadaku, “Hai Aisyah, saudara-saudaraku dari Nabi Ulul Azmi telah bersabar menanggung situasi yang lebih berat daripada ini. Mereka tetap dengan keadaan mereka. Mereka datang kepada Tuhan, lalu Allah memuliakannya kembali dan menbanyakkan pahala mereka. Maka aku malu jika aku bermewah-mewah dengan hidupku, maka Tuhan memandang aku sebagai manusia cuai, sedangkan Nabi-nabi Ulul Azmi itu tidak. Oleh itu bersabarlah selama beberapa, lebih baik daripada tidak beroleh keuntungan hari akhirat. Tiada yang aku sukai melainkan untuk menyusul saudara-saudaraku itu.””

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails