“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Julai 03, 2009

Anak luar nikah meningkat

NUSAYAJAYA 2 Julai - Johor mencatat jumlah kelahiran anak luar nikah seramai 2,399 orang bermula Januari sehingga Mei tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15,610 orang sejak 2005.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, berdasarkan jumlah itu, kaum Cina mencatat jumlah kelahiran anak luar nikah tertinggi iaitu 1,397 orang diikuti Melayu seramai 592 orang dan India (410).

Beliau berkata, jumlah kelahiran anak luar nikah di negeri ini pada tahun lalu adalah seramai 3,380 orang yang menyaksikan peningkatan jumlah bagi setiap tahun sejak 2006.

"Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak luar nikah di bawah umur 21 tahun sepanjang lima bulan tahun ini adalah seramai 400 orang manakala pada tahun lalu 880 orang.

"Sementara itu, jumlah permohonan daftar lewat kelahiran pula bermula Januari hingga 25 Jun lalu adalah seramai 732 orang dan jumlah keseluruhan permohonan sejak 2006 adalah seramai 4,302 orang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Md. Othman Yusof (BN- Kukup) mengenai masalah anak luar nikah dan langkah mengatasinya pada persidangan DUN di Kota Iskandar di sini hari ini.

Robia berkata, antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) adalah dengan meningkatkan pelaksanaan program pembangunan remaja berasaskan Modul Permata KASIH.

Beliau berkata, LPPKN juga menyediakan kemudahan setempat pusat remaja iaitu Cafe@TEEN di ibu pejabat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang menerusi perkhidmatan kaunseling, ceramah perkembangan remaja dan pembimbing rakan sebaya.

Jelasnya, program kembara kaunseling yang disifatkan sebagai 'titik mula' perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat turut dilaksanakan melalui program ujian psikometri berkaitan 'gaya bercinta' dan 'kecenderungan kerjaya' sebagai daya tarikan kepada remaja menyertainya.

"Berhubung masalah daftar lewat kelahiran di kalangan anak luar nikah, kerajaan memandang serius perkara itu berikutan ketiadaan sijil kelahiran akan menyebabkan kesukaran pendaftaran persekolahan pada masa akan datang.

"Justeru, Jabatan Pendaftaran Negara mengambil inisiatif dengan pergi ke kawasan pedalaman untuk membuka kaunter pendaftaran dengan melaksanakan Ops Mydaftar dalam usaha mengatasi masalah ini," katanya.

Sumber : Arif Nizam Abdullah [utusanjohor@utusan.com.my] di Utusan 03/07/2009


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails