“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 01, 2009

Khasiat bunga cempaka

Bunga cempaka sejenis tanamkan hiasan yang mempunyai bunga berbau wangi. Baunya yang harum ini juga membuatkan bunga cempaka turut dijadikan sebagai salah satu ramuan untuk menyediakan pewangi dan minyak wangi.

Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikan tersebut tidak hanya pada bunganya tetapi juga tertumpu kepada namanya sendiri. Dengan kecantikan tersebut tidak hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan di halaman rumah. Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Bunga cempaka turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Malah, bunga ini amat bernilai di kalangan penganut Hindu. Ia dijadikan pilihan bagi penganut Hindu untuk digunakan dalam upacara keagamaan. Jadi tidak hairanlah jika banyak pokok cempaka ditanam di sekitar kawasan kuil.

Terdapat dua jenis spesies bunga cempaka iaitu cempaka kuning atau nama botaninya Michelia Champaca L dan cempaka putih atau nama botaninya Michelia Alba DC. Cempaka kuning berasal dari India manakala cempaka putih pula tumbuh liar di Indonesia. Kini kedua-dua spesies ini banyak ditanam di serata kawasan tropika dan subtropika.


Cempaka kuning


Cempaka putih


Cempaka hutan

Cempaka kuning dan cempaka putih boleh dikenali melalui pokoknya yang mempunyai daun jenis ringkas, berbentuk bujur, mata lembing atau bulat memanjang serta terletak dalam susunan berpilih. Apa yang membezakan kedua-dua spesis ini ialah watna bunganya sahaja. Bunga cempaka kuning akan bertukar kepada warna oren setelah matang. Bunganya lebat dan terdapat kerpel bebas yang berkembang menjadi buah. Bijinya hampir bulat dan tergantung keluar serta berwarna coklat kemerah-merahan. Bunga cempaka putih pula kekal berwarna putih apabila matang. Buahnya yang masak akan merekah sebelah dan mendedahkan biji. Ada jenis cempaka putih yang tidak berbuah.

Khusus untuk ibu bersalin

Bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, ia mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri.

“Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri,” katanya. Beliau yang ditemui di pejabatnya menyatakan bahawa bagi bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema.

Menurut Dr.Zamzam, kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu.

Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum.
Bagi kencing tidak lawas beliau menambah ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.

Rawatan gonorea

Kedua-dua spesies cempaka kuning dan cempaka putih ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bunga cempaka kuning boleh dijadikan air rebusan dan digunakan sebagai ubat untuk merawat demam panas, kusta, nafas busuk, rasa loya, mual, dakit dada, sakit perut akibat pencernaan makanan yang kurang baik serta reumatisme.

Bunga cempaka putih yang direbus bersama madu lebah dikatakan boleh dikadikan air minum untuk merawat batuk kokol, bronchitis, pening, keputihan pada faraj, radang kelenjar prostat, sesak dada serta strok akibat pendedahan melampau kepada matahari.

Kudup bunga cempaka kuning jika direndam ke dalam air mendidih boleh dijadikan air minum untuk merawat gonorea, manakala kudup bunga cempaka putih yang direbus dalam air mendidih dikatakan boleh diminum oleh ibu yang baru bersalin atau keguguran bayi untuk tujuan merawat jangkitan mikroorganisma dalam darah yang akan mengakibatkan racun dalam darah.


Buah cempaka

Rawatan penyakit kulit

Daun cempaka kuning dikatakan boleh direbus dan dijadikan air minum bagi merawat perut yang memulas. Daun cempaka putih yang dijadikan air rebusan pula dikatakan boleh diminum untuk merawat bronchitis, jangkian pada salur kencing dan ubat meroyan untuk ibu lepas bersalin.

“Untuk cempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok,” tambahnya. Kesesuaian ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan.

Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pech-pechkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.

“Bagi pokok cempaka putih,” kata Dr.Zamzam, “ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil bberapa kuntum bunga untuk direbus.” Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cuma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.

Daun cempaka kuning segar yang telah dihancurkan pula, boleh disapu kepada tubuh ibu yang baru lepas bersalin. Manakala daun cempaka putih segar pula boleh ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul penyakit kulit dan sakit dada.

Selain mempunyai khasiat ubatan, pokok cempaka juga turut mempunyai khasiat makanan. Kayu pokok cempaka kuning dikatakan boleh digunakan seperti kulit kayu manis dan dimasukkan ke dalam masakan. Malah, kulit kayu cempaka kuning ini juga boleh dicampurkan bersama kulit kayu manis dan dijual sebagai kayu manis. Kudup bunga cempaka putih yang telah dikeringkan pula boleh dicampurkan bersama serbuk teh yang dibancuh untuk diminum.

Sungguhpun terdapat banyak khasiat cempaka, namun begitu pengambilannya perlu mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak. Biji cempaka boleh memberi kesan radang dan pengambilannya pada dos yang terlalu tinggi boleh memberi kesan toksik.

Kompilasi sumber : Misteri alam, MW dan khasiat bunga daun dan akar pokok cempaka

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails