“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Disember 01, 2010

Bunga keembung

Bunga keembung merah dari sumber herba-tihara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini Laman-Seri hendak bercerita tentang pokok keembung. Agak lama saya tidak melihat bunga ini, juga sudah hampir tidak ditemui di kawasan tempat tinggal saya sekarang. Teringat zaman semasa kecil dahulu, suka benar mengutip dan meletupkan buah keembung.

Keembung atau nama botaninya impatiens balsamina adalah sejenis pokok tanaman hiasan yang banyak dijumpai di serata negara, sama ada beriklim tropika ataupun sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar.

Keembung adalah pokok jenis herba. Batangnya mempunyai banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil. Daun pokok keembung adalah jenis ringkas, susunannya berselang-seli dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daun adalah runcing dan bergerigi halus. Daunnya juga bertangkai pendek.

Bunga keembung dihasilkan secara tunggal atau beberapa bunga pada tangkai jambak bunga. Ia dihasilkan di ketiak daun. Bunganya ada jenis berwarna putih, kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak tetapi ada jenis yang berganda.


Biji keembung dari sumber tijaraonline.com


Biji keembung close up dari sumber stuartxchange.org

Buah keembung adalah jenis kapsul berbentuk bulat memanjang. Buah yang masak akan merekah secara meletup dan menebarkan biji. Biji buah keembung bersaiz kecil dan berwarna kehitam-hitaman.


Bunga keembung ungu dari sumber knizam94

Pokok tanaman hiasan daripada keluarga balsaminaceae ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. Seluruh bahagian pokok ini kecuali akarnya dikatakan boleh direbus dan dijadikan ubat bagi merawat busung, demam kuning, hepatitis dan kembung air.


Daun pokok keembung dari sumber missouriplants.com

Daun pokok keembung dikatakan boleh direbus dan digunakan untuk mencuci dan melebatkan rambut. Ia juga boleh ditumbuk halus dan kemudiannya ditampal pada luka, penyakit kulit, sakit di atas, sekeliling atau dalam kuku, kulit lekang, bernanah dan kulit bengkak. Boleh juga ditampal pada kepala apabila sakit kepala.

Batang pokok keembung dari sumber missouriplants.com

Batang pokok keembung boleh ditumbuk sampai hancur, airnya kemudiannya diperah dan disapu pada lebam, ketuat, kutil, kurap dan ulser yang busuk. Cecair yang diperah daripada batang ini juga boleh disapu pada kulit yang luka supaya tidak bengkak ataupun lebam. Cecair yang diperah ini turut boleh disapu sebagai losyen untuk merawat bengkak mata.

Rawat masalah haid

Air rebusan batang keembung yang tua dikatakan boleh diminum untuk mencuci dan merawat penyakit yang berkaitan dengan darah. Air rebusan batang tua ini juga boleh digunakan sebagai ubat untuk mencuci bisul, ulser dan mengatasi bengkak. Air rebusan batang yang kering didakwa boleh diminum untuk membaiki pengedaran darah, mengatasi sakit susah bersalin, kejang otot dan reumatisme.

Keembung pewarna kuku dari sumber bookishgardener.com

Pewarna kulit dan kuku

Biji buah keembung boleh dihancurkan menjadi serbuk. Serbuk ini kemudiannya boleh digunakan untuk merawat ibu yang susah dan sakit teruk semasa bersalin. Ramuan yang sama ini dikatakan boleh digunakan untuk tujuan merangsang dan melawaskan haid, melawaskan pengeluaran kahak dan mukus, merawat sakit tekak, sakit perut, kanser kerongkong, kanser rahim dan tumor.

Bunga keembung putih dari sumber missouriplants.com


Bunga keembung putih (bahagian depan) dari sumber missouriplants.com


Bunga keembung putih (bahagian tepi) dari sumber missouriplants.com

Bunga pokok keembung pula dikatakan boleh direbus dan air rebusannya boleh diminum untuk merawat arthritis, badan panas, darah bertakung, demam panas, kecederaan dalaman badan, keputihan pada faraj, patukan ular, reumatisme, sakit urat dan sengal-sengal di pinggang, sakit saraf di kepala dan muka. Ramuan yang sama ini juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah kurang atau tidak ada haid.

Bunga pokok keembung yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bisul, kudis, kurap, luka, lumbago (sakit belakang pada bahagian bawah tidak kira apa sebab) dan terseliuh. Bunga keembung jenis yang berwarna putih dikatakan boleh direndam ke dalam air yang mendidih. Air ini kemudiannya dikatakan boleh diminum untuk merawat penyakit ginjal dan hati.

Selain untuk tujuan perubatan, keembung juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan lain iaitu bunganya boleh dijadikan pewarna kulit dan kuku selain turut digunakan dalam kosmetik. Minyak daripada bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk pelita, cat dan varnish.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan setiap bahagian pokok keembung bagi masalah kesihatan dan digunakan dalam perubatan tradisional, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam # 1403 (Oct 2010)

2 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails