“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Disember 02, 2010

Kaji kelemahan sistem bayaran sebelum laksana insurans pekerja asing


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam entry Warga asing wajib ada insurans yang lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mendedahkan kelemahan pentadbirannya sendiri iaitu mengenai tunggakan bayaran kos perubatan pekerja asing di hospital kerajaan yang kini mencecah RM18 juta. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan bilangan pekerja asing di negara kita kini sudah meningkat hampir tiga juta orang. Tidak dinafikan, tunggakan itu pasti bertambah tiap tahun, sekiranya tiada kawalan kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Apa yang MENGHAIRANKAN kita ialah, bagaimana rakyat asing itu boleh mengelak daripada menjelaskan bayaran selepas mendapatkan perkhidmatan di hospital sehingga menyebabkan tunggakan yang begitu tinggi?!

Dalam berita yang disiarkan oleh akhbar tempatan pada 22 September lepas, melaporkan sebanyak 19% bil hospital bernilai RM64 juta yang dikenakan ke atas pekerja asing yang mendapat rawatan di hospital kerajaan dalam tempoh lima tahun lalu, masih tertunggak. Mengapa pihak hospital atau kementerian yang terbabit harus menunggu sehingga 5 tahun baru sekarang hendak membuka pekong di dada? Mengapa kerajaan kita pula yang terpaksa menggalas beban menanggung kos rawatan mereka?

Saya juga pernah masuk-keluar hospital kerajaan di dua buah hospital ‘semi-gomen’. Sebelum dimasukkan ke wad, saya dikehendaki membayar deposit sebanyak RM300 dan ketika hendak mengeluarkan diri discaj daripada hospital, saya dikehendaki menyelesaikan bayaran hospital dan kemukakan resit pembayaran di kaunter wad sebelum dibenarkan keluar (check out). Jika saya sebagai warganegara dikehendaki melunaskan pembayaran, mengapa warga asing dibenarkan keluar dari hospital tanpa bayaran atau dengan bayaran yang masih tertunggak? Ada ini bermakna wujudnya kes ‘kera’ (warga asing) dihutan disusukan, anak (warganegara) di rumah mati kelaparan? Datuk Seri Liow Tiong Lai boleh tolong jawabkah?

Ternyata ada sesuatu yang SANGAT PELiK sedang berlaku! Jika tunggakan bayaran terus-menerus ‘dibenarkan’ bagi setiap warga asing yang keluar masuk hospital kerajaan, SUDAH PASTI pasti ada kelemahan ketara dalam sistem bayaran di hospital. Kementerian yang berkenaan sepatutnya mengkaji balik sistem yang diguna-pakai di hospital kerajaan bagi memastikan tiada siapa boleh terlepas daripada menjelaskan bayaran, apatah lagi rakyat asing. Memang patut kerajaan mencari jalan bagi mengelak menanggung lebih banyak kos perubatan pekerja asing yang tidak wajar.

Menteri yang dilantik mentadbir kementerian ini sepatutnya dipertanggungjawabkan. Jika tidak berkeupayaan memegang jawatan yang telah diamanahkan rakyat, maka menteri yang berkenaan hendaklah MELETAKKAN jawatan.

Insurans pekerja asing, usah bebankan majikan

Berbalik kepada peraturan baru yang mewajibkan semua pekerja asing di negara ini mempunyai insurans kesihatan mulai Januari tahun 2011, perkara ini dilihat sebagai langkah berkesan bagi mengatasi masalah bayaran tertunggak ini. Bayaran premium insurans kesihatan bernilai RM120 setahun itu juga dikatakan tidak membebankan mana-mana pihak jika dinilai dari segi komitmen dan faedahnya. Iyalah, yang tidak perlu mengeluarkan duit bolehlah kata ‘tidak membebankan’.

Difahamkan, dengan kadar premium itu, pekerja asing mendapat perlindungan insurans berjumlah RM10,000 setahun, walaupun purata bil perubatan mereka kira-kira RM5,000 bagi tempoh sama. Pengambilan insurans juga dikatakan dapat membantu meringankan beban majikan sekiranya pekerja sakit atau mengalami kemalangan. Jika tiada yang sakit, maka syarikat insuranslah yang menguat keuntungan.

Namun pada pendapat saya, pemilikan insurans ke atas pekerja asing harus mengikut budi bicara majikan. Ini kerana pembiayaan insurans ke atas pekerja asing akan meningkatkan kos perbelanjaan majikan dan ia juga tidak efektif. Memang tidak dinafikan, hakikatnya, insurans meringankan tanggungjawab dan caj perubatan atau rawatan ditanggung pekerja mahupun majikan, sementelah dengan meletakkan tanggungjawab sebenar membayar bil itu pada mereka atau majikan, kerajaan tidak lagi dibebani tunggakan seperti apa yang berlaku sekarang.

Walau bagaimanapun, bagi saya, sudah memadai sekiranya majikan menyediakan perbelanjaan rawatan kesihatan tanpa perlu menyediakan insurans kepada pekerja asing. Adalah lebih efektif jika pihak hospital kerajaan mengenakan deposit (seperti yang dikenakan ke atas warganegara, macam kes saya) sebelum membenarkan pekerja asing menerima rawatan agar tidak terbeban dengan bayaran rawatan yang tertunggak.

Memandangkan tempoh berkuatkuasa peraturan ini sudah terlalu hampir, kerajaan perlu memberi penjelasan sama ada insurans kesihatan yang dimaksudkan Menteri Kesihatan itu sama seperti Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK). Apakah insurans kesihatan itu hanya membabitkan rawatan di hospital kerajaan?

Pada masa sama, insurans kesihatan setiap rakyat antara perkara perlu diberi perhatian serius. Memandangkan penjagaan kesihatan adalah antara ciri utama menjadi sebuah negara maju yang kita hasratkan, kerajaan mesti menampilkan dasar atau pelan kesihatan nasional yang memudahkan rakyat memiliki polisinya. Ia membabitkan aspek bagaimana insurans boleh memainkan peranan utama membiayai sebahagian besar kos perubatan.

Memiliki insuran kesihatan rakyat (国民健康保険) bagi setiap warganegara dan warga asing di Jepun merupakan satu perkara wajib kerana di negara matahari terbit itu, kos perubatan sangat tinggi. Saya masih ingat lagi terpaksa menguruskan pembayaran insurans sebanyak JP¥5,000 setahun (MYR135 pada masa itu) setiap kali memperbaharui visa sepanjang berada di negara berkenaan.

Jika kerajaan boleh mewajibkan pekerja mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), inisiatif mewajibkan skim caruman kesihatan juga mesti digerakkan mulai sekarang. Kos perubatan yang kian melambung, terutama di klinik dan hospital swasta, menuntut kerajaan memikirkan kaedah bagaimana sebahagian caruman KWSP disalurkan untuk membeli insurans bagi membiayai kos perubatan atau rawatan. Apabila KWSP mewujudkan akaun untuk perumahan dan pendidikan, pertimbangan semula mesti diberi supaya pembiayaan daripada akaun perubatan turut membabitkan rawatan penyakit bukan kritikal.

Memiliki insurans mampu milik dan fleksibel menggunakan caruman KWSP bagi membiayai rawatan semua jenis penyakit pasti menggembirakan rakyat, terutama yang menghadapi kekangan kewangan, apatah lagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai ramai tanggungan.

Apa pula pendapat anda?



Rujukan asal dari sumber : Utusan 23/09/2010, BHarian 27/11/2010 dan Laman-Seri

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails