Salam'alaik...
Pernah dapat sms or email berantai? Macam-macam isi kandungannya, kalau kita forward kepada 7 orang rakan, kita akan dapat miracle la... macam-macam gula-gula dia, paling kelakar, saya pernah terima "insya Allah, masalah kewangan anda akan selesai" (provided awak kena forward the message to 7 orang ke 10 orang macam itulah...)
Ceh! Ape ke jadahnya mesej nih... Yang pelik, orang yang forward mesej (sms/email) tu dah berapa kali saya nasihatkan, kalau soh forward sms/email, then you akan dapat kebaikan/keajaiban ... lupakanlah mesej tu... lebih baik delete terus daripada forward kepada orang lain dan dapat dosa (syirik). Penat rasanya nak nasihatkan teman-teman...
Kalau rajin, baca-bacalah meseaj di bawah nih... (received from a friend).
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Pernah tak dapat sms atau email sebegini?
Assalamualaikum,
Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim. Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Kirim surah Yaasin ini kepada 7 insan berugama islam. Insya Allah esok saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda.
JANGAN DELETE, Ini betul-betul jadi kenyataan.
---------------------------------
Aku secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan ini kali kedua through email plak.
Ape yang aku nak beritahu kat sini ialah, sudah-sudahlah tu umat ISLAM dibolak-balikkan. Mari kita ambil sedikit pengajaran dari kes-kes ini.
Pesan dari aku (yang ilmu tak seberapa ini). HENTIKANLAH apa-apa saja surat bercorak surat berantai ini. Kerana ini adalah perkara-perkara yang boleh melemahkan umat Islam dari dalam.
Lalu aku terus reply kepada si pemberi tadi agar berhenti berbuat demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang telah mengedarkannya! (Celakalah orang yang memulakan penghantaran mesej ini!)
1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya (beriktikad) bahawa dengan kudrat aku menghantar SMS ini, aku akan dapat khabar baik & rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.
2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Orang yang tiap-tiap malam baca surah yaasin pun boleh terkesima dengan kesalahan ejaan ini.
3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dalam kedua-dua email & sms yang saya terima. Maka saya pasti ianya disengajakan. Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan unzila aba uhum ini bermaksud = diTURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father. Saya khuatir ia mahu menyelindungkan ayat ISA yang diturunkan??? sedangkan maksud YAASIN yang suci tadi adalah terlalu amat jauh dari ini!!! Celaka kamu yang menghantar ini! AWAS! buat semua muslim!
Pesanan ringkas saya,
Apa saja yang bersifat surat berantai, tolong tolak. WAJIB delete saja mesej berkenaan.
Apa saja yang melibatkan perkara-perkara shortcut, tolong tolak. Kalau aku send sms dapat pahala, kalau aku reply dapat rezeki - KEPALA HANGGUK ENGKAU! Ini perkara serious beb, ini AQIDAH!
Apa saja yang melibatkan ayat-ayat Al-Quran. Tolong semak!
Kalau ada orang datanag rumah ke rumah, jual ayat quran pun tolong tolak. Jam ada ayat QURAN ke...
Orang buta minta sedekah : sedekah boleh bagi - tapi kalau dia bagi sticker ayat QURAN, tolong bagi dia balik.
Kerana kita khuatir, di sini bermulanya benda-benda yang tak betul. Kerana saya pernah dapat ayat seribu DINAR yang salah eja ini selepas bagi derma kat sorang pakcik tu!!
Kat sekeliling kita dah ramai orang cuba pesongkan AQIDAH kita secara halus, pesong ayat Quran! Walaupun mereka takkan mampu menghapuskan KALAM ALLAH ini. Tapi kita sebagai umat ISLAM mestilah PEKA!!!
Ayat-ayat Al-Quran bukanlah selayaknya dijual-beli atau diperdagangkan sewenang-wenangnya. TAK semurah itu BEB!! Kalau kau nak bagi apa saja yang ada kaitan dengan ayat Quran, sepatutnya FREE! Jam Quran ke, ape ke, bagi free le! Unless kita betul-betul pasti yang kualitinya baik, ayatnya disemak, maka OK. MENJAJA AYAT-AYAT AL-QURAN dengan cara sebegini adalah, menempatkan ianya bukan pada tempat. Ia bukan balasan utk kita menderma RM1.00 atau RM5.00 mahupun RM10.00.
So, tolong le sampai-sampaikan pesanan aku ini, semoga ALLAH yang lebih layak nak balas kat kita, rezeki ke, berita gembira ke?... & Ingat! Ajal maut, rezeki & jodoh hanya Allah yang menentukan, bukan email seberapa banyak orang yang anda hantar... Tapi tak salah kalau nak ingatkan orang lain tentang kebaikan... So ape lagi... send le kat 7 org ke, 70 ribu orang pun takpe...
HAMBA ALLAH
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Januari 11, 2008
SMS atau email berantai?
Susunan :
Bawang Goreng
pada
1/11/2008 04:57:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...