“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Januari 11, 2008

Kesederhanaan hidup para sahabat

HAI orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengharamkan (perkara) yang baik-baik yang Allah telah menghalalkannya untuk kamu, dan janganlah kamu melanggar peraturan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang- orang yang melanggar peraturan. (Surah al-Maidah: 87)

PADA suatu hari, Rasulullah telah bercerita tentang hari Kiamat. Baginda menceritakan bagaimana manusia akan dibangkitkan semula setelah dimatikan. Keadaan dunia pada waktu itu maha dahsyat. Ibu-ibu tidak menghiraukan anaknya, bapa-bapa pula bertempiaran menyelamatkan diri. Semua hanya mementingkan diri sahaja.

Orang ramai yang mendengar cerita Rasulullah itu berasa kecut. Mereka terketar-ketar kerana sangat takut. Mereka amat takut apabila membayangkan hari Kiamat. Sebaik sahaja majlis bersurai, para sahabat Rasulullah termasuk Abu Bakar, Alin bin Abi Talib dan Uthman bin Madzun berkumpul. Mereka membincangkan topik yang baru sahaja dikatakan oleh Rasulullah sebentar tadi.

Para sahabat menangis dan menyatakan rasa takut mereka untuk menghadapi hari Kiamat. Akhirnya, mereka mencapai kata putus. Semua bersetuju. Mereka memutuskan untuk hidup secara amat sederhana. Hal-hal keduniaan tidak lagi akan diambil tahu. Mereka akan memakai pakaian daripada kulit binatang sahaja. Mereka sepakat untuk berpuasa setiap hari. Malam mereka akan dihidupkan dengan solat. Mereka enggan makan daging dan lemak dan serta menjauhi isteri mereka. Akhir sekali, mereka akan hidup berkelana.

Perkara itu telah diketahui oleh Rasulullah. Baginda pun berkunjung ke rumah Uthman bin Madzu’n. Uthman tidak ada di rumah. Hanya terdapat Ummu Hakim iaitu isteri Uthman.

“Benarkah berita yang aku dengar tentang suamimu dan teman-temannya?” tanya Rasulullah.

“Benar, Rasulullah,” kawab Ummu Hakim. Dia tidak mahu berbohong.

Rasulullah pun pulang. Apabila Uthman pulang ke rumah, Ummu Hakim segerapa merapati suaminya dan menceritakan tentang kedatangan Rasulullah. Uthman dan teman-temannya pun pergi mendapatkan Rasulullah.

Rasulullah bertanya adakah benar perkara yang didengarnya? Semua para sahabat mengiakannya.

“Saya tidak menyuruh kamu berbuat demikian,” kata Rasulullah. “Kamu boleh berpuasa, tetapi hendaklah berbuka. Sembahyang malam amat digalakkan tetapi tidurlah. Saya berpuasa dan berbuka, saya makan daging dan lemak. Sesiapa yang tidak mengikuti sunah saya, dia bukanlah golongan saya.”

Baginda pun mengarahkan orang ramai berkumpul. Selepas itu Baginda berpidato kepada semua yang ada.

“Mengapa ada di antara kamu mengharamkan hal yang halal? Saya tidak pernah menyuruh kamu menjadi paderi dengan tidak makan daging dan tidak berkahwin. Tidak ada suruhan untuk bertapa dan mengembara. Pengembaraan umat Islam ialah puasa dan pertapaan mereka adalah jihad. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya,” kata Rasulullah dengan tegas.

PENGAJARAN

* Islam itu adalah agama yang indah. Penganutnya sentiasa dilimpahi dengan pahala. Sesungguhnya orang Islam adalah manusia yang paling beruntung di dunia ini.

PERBENDAHARAAN KATA

* maha: sangat, amat

* berkelana: mengembara

* bertapa: mengasingkan diri di tempat sunyi.

* jihad: perjuangan di jalan Allah

* Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran, Edusystem Sdn. Bhd. Tel: 03-6137 9220 atau e-mel: edusb@streamyx. com.


Sumber: UtusanOnLine 11/01/2008

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails