“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Januari 18, 2008

Q&A: Melihat tempat sujud datangkan khusyuk bersolat

SOALAN:

SAYA tahu bahawa memejam mata semasa solat adalah makruh. Tetapi kalau tidak berbuat demikian saya tidak dapat khusyuk dan bacaan saya sering terganggu. Bagaimana mengatasi masalah ini?

JAWAPAN:

Disunatkan bagi orang yang solat melihat tempat sujudnya. Ini kerana perbuatan melihat ke tempat sujud dalam solat akan menyebabkan khusyuk dan itulah yang diharapkan. Pendapat ini merupakan pandangan mazhab al-Syafieyyah.

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra yang bermaksud: “Adalah Rasulullah s.a.w apabila memulakan solat baginda tidak akan melihat melainkan ke tempat sujud baginda.” (riwayat Ahmad dan al-Nasaie).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Zubair yang bermaksud: “Adalah Rasulullah s.a.w akan melihat ibu jari baginda ketika bertasyahud.” (riwayat Abu Daud).

Adalah makruh menutup mata ketika solat. Ini kerana perbuatan menutup boleh menyebabkan seseorang itu hilang khusyuknya.

Apabila seseorang itu menutup mata dalam solat, potensi hilang khusyuknya cukup tinggi. Bilamana orang yang solat itu menutup mata, apa yang dapat dilihatnya? Tidak lain tidak bukan ialah kegelapan. Persoalan seterusnya bolehkah dia khusyuk?

Mata ada hubungkaitnya dengan hati. Bila mata ditutup, hati akan hilang bicara dan hilang tumpuannya. Apabila mata ditutup mungkin ada yang bertambah kusut pemikirannya.

Manusia normal yang dikurniakan Allah baginya penglihatan untuk melihat dan menyerap maklumat kemudian diproses menjadi maklumat yang dihantar kepada minda untuk melihat rasionalnya.

Khusyuk tempatnya di hati, yang perlu saudara kawal ialah hati, bukan dengan menutup mata. Saudara kena yakin solat yang ditunaikan dengan tidak menutup mata adalah solat yang sempurna.

Adakah solat yang ada cacatnya dikira solat yang berkualiti. Manakala kualiti solat itu daripada orang yang tunaikan solat. Khusyuk yang sebenarnya akan diperoleh apabila solat dilaksanakan dengan tidak menutup mata.

Selepas mendapat soalan ini, untuk mengetahui kesannya, saya cuba solat dengan menutup mata. Subhanallah! seolah-olah saya hilang seketika dalam solat.

Saudara perlu berusaha supaya khusyuk solat saudara dengan tidak menutup mata.

Sumber: UtusanOnLine 18/01/2008

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails