“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Januari 14, 2008

Ujian rutin semasa hamil

“TAHNIAH! Puan disahkan hamil dua bulan...” Bagi yang pertama kali hamil pastinya teruja dengan pengalaman ini. Bagaimanapun, kehamilan juga bermakna masa-masa yang penuh harapan dan jangkaan yang serba tidak ketentuan. Memang sukar untuk berasa tidak bimbang dalam keadaan sekarang.

Dapat bayi perempuan atau lelaki? Adakah bayi yang dikandung itu sihat? Bagaimana jika ia mengalami masalah kesihatan serius dan tidak boleh dirawat? Adakah anda bakal berdepan komplikasi? Apakah yang perlu anda lakukan? Dan ada kalanya, anda tidak dapat lari daripada menyalahkan diri sendiri sekiranya sesuatu yang buruk terjadi.

Kerisauan-kerisauan seperti ini merupakan sesuatu yang lumrah. Bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya, begitu juga dengan ibu bapa anda sebelum ini, serta pasangan lain. Hakikatnya, kebanyakan zuriat dilahirkan dalam keadaan yang normal dan sihat sejahtera. Pun begitu, anda masih mahukan setiap perincian tentang status kesihatan cahaya mata anda melebihi maklumat yang telah disediakan oleh doktor.

Mujurlah, terdapat prosedur-prosedur yang beratur panjang untuk membantu wanita mengandung mendapatkan kepastian itu sepanjang tempoh kehamilan. Ujian pranatal berupaya membantu mengenal pasti dan ada kalanya merawat masalah-masalah kesihatan yang boleh membahayakan nyawa anda serta bayi di dalam kandungan.

Pada kunjungan pertama berjumpa doktor, ujian-ujian ringkas seperti mengambil ukuran berat, tekanan darah, air kencing dan ketinggian rahim anda akan dibuat penilaian. Sudah tentu, ujian yang paling digemari oleh wanita hamil adalah saat mengesan degupan jantung bayi yang dilakukan dengan Doppler ultrasound iaitu sejenis peralatan kecil yang dipegang oleh tangan.

Pelbagai ujian seumpama ini mampu memberikan anda maklum balas yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sesuatu yang menakjubkan. Kali ini, anda akan didedahkan kepada ujian-ujian rutin semasa mengandung seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ujian-ujian ini menyaring serta mengesan penyakit atau keabnormalan supaya rawatan lanjut boleh diberikan pada peringkat awal lagi. Ujian-ujian lain bergantung kepada kumpulan etnik, riwayat kesihatan lampau, sejarah keluarga serta beberapa lagi.

Ujian-ujian semasa mengandung

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Shah Reza Johan Noor berkata, semasa penjagaan mengandung, bakal ibu akan didedahkan dengan ujian air kencing, darah dan kadangkala ujian saringan pangkal rahim. Ujian-ujian penyakit tularan seksual juga dijalankan. Sekiranya keputusan positif ataupun parameter-parameter tertentu yang kurang, rawatan susulan akan dijalankan bagi menentukan keadaan yang sihat semasa mengandung.

Ada ujian-ujian tertentu yang disyorkan jika anda serta janin berisiko untuk keadaan atau penyakit-penyakit tertentu. Ini bergantung kepada umur, kumpulan etnik, sejarah kesihatan sendiri dan juga keluarga. Secara ringkas ini dipanggil sebagai ujian saringan. Menurutnya, terdapat juga ujian-ujian lain yang bertujuan mencari penyelesaian terhadap masalah yang timbul semasa mengandung. Ini dipanggil sebagai ujian diagnosis. Ujian mungkin dilakukan lebih dari sekali. Justeru, wanita dinasihatkan agar berbincang dengan doktor mereka.

Perlu diingat, ujian-ujian bukan semuanya tepat dan jitu. Kadangkala ujian yang positif tidak semestinya diikuti dengan janin yang bermasalah, begitulah juga sebaliknya. Ujian-ujian yang dijalankan tidak bertujuan untuk mengesan kesemua kemungkinan keabnormalan bayi.

Ujian-ujian berkaitan darah

Seseorang wanita itu perlu hadir lebih dari sekali untuk mengambil ujian darah. Ujian berkaitan yang lazim dibuat semasa pemeriksaan mengandung adalah:

1. Jenis kumpulan darah serta ujian antibodi. Kumpulan darah anda mungkin A, B, AB atau O. Sekiranya darah anda berkurangan antigen rhesus, anda akan dilabelkan sebagai rhesus negatif. Sekiranya antigen rhesus hadir, anda dilabelkan sebagai rhesus positif. Masalah berlaku sekiranya anda rhesus negatif dan janin pula rhesus positif. Bayi dikandung akan dianggap oleh badan anda sebagai benda asing di dalam badan lalu antibodi dihasilkan untuk menyerang janin, menyebabkan janin kekurangan darah. Perawatan rapi perlu diberikan semasa dan juga selepas mengandung.

2. Hemoglobin dan hematokrit. Kedua-dua ini merupakan petunjuk untuk keadaan anemia/kekurangan darah. Pemakanan serta zat- zat tambahan diperlukan. Darah akan dikaji dengan lebih lanjut untuk penentuan sebabnya.

3. Rubella. Tidak dijalankan sebagai rutin. Sekiranya anda masih belum diimunisasi, anda perlulah mengelakkan diri daripada mereka yang mempunyai rubella. Sekiranya anda sudah pun diberikan pelalian itu atau pernah mendapat penyakit rubella, puan tidak akan dijangkiti olehnya. Namun, jika sebaliknya, vaksin tidak akan diberikan semasa mengandung tetapi perlu menunggu selepas bersalin.

4. Ujian Hepatitis B. Virus Hepatitis B menyerang sistem hati. Semasa mengandung, kuman ini boleh menjangkiti kandungan. Selepas kelahiran, anda mungkin akan diberikan rawatan bagi kuman ini. Bayi akan diberikan vaksinasi. Rawatan diberikan sekiranya bayi terkena jangkitan virus ini. Ujian lanjut Hepatitis B dibuat untuk mengetahui tahap keseriusan jangkitannya.

5. Siflis. Penyakit tularan seksual ini boleh dirawat. Sekiranya anda dijangkiti tetapi tidak mendapatkan rawatan, penyakit ini boleh menjangkiti janin yang dikandung.

6. Human immunodeficiency virus (HIV). Virus ini menyerang sel-sel tertentu di dalam tubuh manusia dan menyebabkan penyakit AIDS (sindrom kurang daya tahan penyakit). Jika anda dijangkiti oleh HIV, kuman ini boleh ditularkan kepada kandungan. Ubat akan diberikan kepada wanita hamil yang telah dijangkiti untuk mengurangkan risiko ini pada janin.

7. Glukos. Paras glukos di dalam darah di uji. Ini titik permulaan untuk ujian kencing manis – satu keadaan di mana hormon insulin tidak dikeluarkan secukupnya ataupun kegagalan badan untuk menggunakan glukos secara berkesan. Untuk kesahihan kencing manis, anda akan diuji setelah berpuasa semalaman. Mula-mula pada pagi hari, paras gula darah berpuasa diambil. Kemudiannya minuman bergula diberikan dan paras gula darah diambil selepas dua jam. Doktor akan berbincang dengan anda tentang keputusannya.

Ujian air kencing

Setiap lawatan ke klinik mengandung, ujian air kencing akan dijalankan terhadap kehadiran gula dan juga protein. Kehadiran gula dalam jumlah sedikit berlaku semasa kehamilan tetapi sekiranya banyak, mungkin ia tanda kencing manis. Kehadiran protein di dalam air kencing pula mungkin petanda jangkitan sistem buah pinggang, pundi kencing dan mungkin juga komplikasi dari penyakit darah tinggi semasa mengandung.

Ujian pada pangkal rahim

Kadangkala, ujian saringan Pap Smear dilakukan untuk mengesan sebarang perubahan awal pada pangkal rahim. Praktik ini bergantung pada klinik-klinik yang dilawati. Dr. Shah Reza menjelaskan, pensampelan mungkin dilakukan pada rahim jika anda mempunyai sejarah kesihatan berisiko tinggi, ujian mikrobiologi untuk penyakit gonorea dan juga chlamydia. Rawatan segera akan diberikan sekiranya keputusannya adalah positif. Pada penghujung sesi mengandung, hampir pada kelahiran, ujian kuman untuk streptokokus kumpulan B akan diambil dari faraj dan juga dubur. Kuman ini boleh menjangkiti bayi semasa kelahiran dan ini memudaratkan bayi pada waktu seminggu kelahiran. Antibiotik akan diberikan semasa proses bersalin sekiranya positif untuk kuman ini.

Ujian saringan keabnormalan janin

Keabnormalan bayi memudaratkan kesihatan serta fungsi kehidupan. Ada keabnormalan yang boleh dicegah, ada yang boleh dirawat serta diperbetulkan dengan perubatan dan juga pembedahan. Terdapat juga keabnormalan yang bersifat turun-temurun. Sebab mengapa ia berlaku tidak diketahui.

Doktor mungkin mengesyorkan agar anda menjalani ujian saringan tertentu sebelum dan semasa mengandung. Jika ujian tersebut positif, ujian lanjut disarankan. Nasihat kekeluargaan serta genetik juga akan diberi. Ujian saringan darah anda mungkin diambil untuk saringan terhadap keabnormalan tertentu seperti sindrom down, keabnormalan tiub neural dan keabnormalan kromosom.

Ada tiga atau empat parameter yang disaring. Andai keputusan tidak memberangsangkan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan ujian lanjut seperti pemeriksaan ultrasound secara spesifik seperti saringan nuchal translucency untuk sindrom down. Perlu diingat bahawa ujian yang positif tidak bermakna kandungan anda tidak normal, begitulah juga sebaliknya. Lazimnya apabila ujian saringan itu positif, ujian pengkhususan akan dinasihatkan seperti:

1. Amniosentesis. Ujian ini memerlukan cecair di dalam tembuni yang menyelubungi janin untuk pemeriksaan khusus.

2. Pensampelan vilus korionik. Ujian ini memerlukan contoh tisu dari uri (plasenta) untuk ujian pengkhususan lanjut.

3. Ultrasound. Pemeriksaan ini meneliti keadaan luaran serta dalaman janin. Ini juga termasuk pemeriksaan ultrasound 3D/4D. Pemeriksaan ultrasound kini selamat untuk ibu serta kandungan walaupun dilakukan secara kerap.

Sumber: UtusanOnLine – 04/03/2007

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails