“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Januari 11, 2012

Kulit kayu manis



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kulit kayu manis memang agak terkenal bukan setakat sebagai rempah yang menyedapkan masakan, namun sebagai salah satu bahan berguna dalam perubatan. Kulit kayu manis ataupun nama saintifiknya cinnamomum verum tergolong dalam keluarga Lauraceae dan berasal dari Sri Lanka, walau bagaimanapun, rempah ini telah lama berada dalam sejarah dunia.

Orang Mesir kuno dikatakan telah menggunakan kulit kayu manis dalam proses mengawet mayat. Manakala pengamal perubatan pada abad pertengahan dikatakan telah menggunakan kulit kayu manis untuk merawat batuk dan sakit tekak. Rempah ini juga dikatakan bernilai dalam mengawet daging. Ini adalah kerana kandungan fenol di dalamnya menghalang bakteria yang bertanggungjawab merosakkan daging.

Cinnamomum verum

Pada kurun ke-17, kulit kayu manis menjadi rebutan di kalangan penjajah Eropah seperti Belanda, Portugis, Perancis dan England. Namun begitu, penguasaan kulit kayu manis jatuh apabila negara-negara lain mendapati bahawa agak mudah untuk menanam pokok kulit kayu manis di kawasan seperti Jawa, Sumatera, Borneo, Mauritius, Reunion dan Guyana. Kulit kayu manis kini turut ditanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan beberapa buah negara bercuaca tropika.

Pokok Kulit Kayu Manis




Daun Kayu Manis


Kulit kayu manis juga antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit di samping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Kulit kayu manis digunakan untuk menumis. Ia juga boleh digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.

Kelebihan kulit kayu manis dari segi ubatan datang daripada tiga jenis bahan asas dalam minyak asas yang dijumpai dalam kulitnya. Minyak ini mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai cinnamaldehyde, cinnamyl acetate dan cinnamyl alcohol. Cinnamaldehyde dikatakan mempunyai kesan terhadap platelet darah. Cinnamaldehyde di dalam kulit kayu manis dikatakan mampu mencegah pengumpulan platelet darah yang tidak dikehendaki.

Ceylon cinnamon (Cinnamomum verum) di sebelah kiri dan Indonesian Cinnamon (Cinnamomum burmannii)

Kulit kayu manis ini terbahagi kepada dua iaitu kulit kayu manis jenis zeylanicum dan jenis cassia (yang banyak dijual di Negara kita ialah jenis cassia). Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.

Bantu kawal tahap gula dalam darah ~ meningkatkan kebolehan insulin

Kulit kayu manis dikatakan boleh dijadikan sebagai perisa dalam makanan tinggi karbohidrat kerana rempah ini mampu mengurangkan kesan terhadap tahap gula dalam darah. Kajian juga mendapati bahawa kulit kayu manis menaikkan kebolehan insulin untuk memproses glukos semasa metabolisme. Keadaan ini dikatakan mampu membantu mengawal tahap gula dalam darah. Dikatakan dengan meminum air seduhan (rendaman) kulit kayu manis, dapat mengawal gula dalam darah.

Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2 dibahagikan dalam 6 kumpulan dengan 10 orang setiap kumpulan. 3 kumpulan mengambil kulit kayu manis jenis cassia dalam bentuk kapsul 1, 3 atau 6 gm sehari. 3 kumpulan lain mengambil kapsul placebo. Kapsul berkenaan diambil 3 kali sehari selepas makan. Kumpulan yang mengambil kulit kayu manis menunjukkan hasil dan disimpulkan pengambilan 1gm kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes type II. Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian, pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.

Meningkatkan proses kognitif

Pengambilan kulit kayu manis bukan sahaja setakat memperbaiki kebolehan tubuh untuk mengawal gula dalam darah, tetapi baunya yang harum juga dikatakan mampu merangsang aktiviti otak. Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati bahawa dengan mengunyah gula-gula getah berperisa kulit kayu manis atau hanya dengan mencium kulit kayu manis, dikatakan dapat meningkatkan proses kognitif.

Kulit kayu manis juga merupakan sumber terbaik mineral seperti mangan serta sumber serat pemakanan, besi dan kalsium. Gabungan kalsium dan serat dalam kulit kayu manis ini amat penting dan dikatakan mampu membantu pencegahan beberapa masalah kesihatan. Kalsium dan serat dapat mengikat garam dalam hempedu dan membantu membuangnya daripada tubuh. Apabila garam dari hempedu ini dibuang, serat mampu membantu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh garam hempedu pada sel-sel kolon.

Merangsang peredaran darah

Ekstrak kulit kayu manis dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat bagi merawat masalah gastrousus dan mampu membantu melegakan perut. Agen karminatif dalam kulit kayu manis dikatakan mampu memecahkan gas dalam usus. Ini menyebabkan kulit kayu manis secara tradisionalnya telah digunakan bagi merwat diarea dan loya-loya ketika hamil. Namun begitu, wanita mengandung dilarang mengambil kulit kayu manis kerana kesan emenagog (merangsang haid) yang terdapat di dalamnya dikhuatiri membahayakan kandungan.

Pemanas badan semulajadi

Kulit kayu manis juga dijadikan ubat tradisional bagi menyejukkan masalah kesihatan seperti demam selsema. Selalunya jika dicampurkan dengan halia, ramuan ini dikatakan mampu merangsang peredaran darah terutamanya pada jari tangan dan kaki pesakit artritis. Selain memanaskan dan merangsang sistem pencernaan, kulit kayu manis juga dikatakan berguna dalam merawat masalah kolik, muntah-muntah, angin dan cirit-birit. Tanin dalam kulit kayu manis mempunyai tindakan astringen dan sekaligus menahan pendarahan dalam hidung, haid yang keluar dengan banyak dan kesesakan dalam hidung dan kerongkong.

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Ingin menghilangkan parut di kulit? Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Walaupun khasiat ubatan kulit kayu manis baik untuk merawat pelbagai penyakit, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam, En.Wiki ~ Cinnamon dan En.Wiki ~ Cinnamomum zeylanicum.

1 ulasan:

  1. Menarik....jemput juga ke blog sy ..www.mysufisecret.blogspot.com

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails