“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Januari 25, 2012

Khasiat oat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Segmen FloraFauna kali ini mengupas khasiat bijirin yang tidak asing lagi iaitu oat. Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung. Jika anda inginkan sarapan pagi yang penuh bertenaga, pilihlah bijirin oat kerana kajian saintifik yang telah dijalankan mengatakan bahawa tanaman yang dikenali dengan nama saintifiknya avena sativa ini dikatakan antara bijirin yang paling berkhasiat.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

pokok oat

Oat merupakan sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan bijirinnya. Ia merupakan tanaman asal di Eropah utara, oat mendapat sebahagian rasanya daripada proses memanggang yang dilalui selepas dituai dan dibersihkan. Sungguhpun kulit oat akan dibuang, namun begitu proses ini tidak akan menghilangkan bran (kulit biji-bijian) sekaligus membenarkan oat mengekalkan sumber kepekatan serat dan khasiatnya.

Bunga oat ~ closed up


Bijirin oat dalam sekam

Tahukah anda bahawa oat merupakan bijirin yang tidak mengandungi garam mahupun kolesterol, tetapi kaya dengan serat yang boleh dilarut, vitamin B1, B2, D, serta mineral seperti magnesium, selenium, besi dan mangan. Selain itu, oat juga dikatakan mengandungi karbon hydrant, lesitin, asid nukleik, enzim dan hormon yang hampir sama dengan folliculine (hormon estrogen yang dirembes melalui ovari dan bertanggangjawab bagi pembiakan membran mukus rahim sebelum ovulasi). Oat juga mengandungi bahan diuretik dan antiasthma.


Bantu kurangkan berat badan dan masalah pencernaan

Bijirin oat juga dikatakan mengandungi fitokimia (kimia dalam tanaman) yang berkaitan dengan perlindungan daripada penyakit kronik seperti kanser. Ia juga dikatakan mengandungi sejumlah asid lemak asas yang seimbang serta asid amino yang terbaik. Beta glukan dalam oat juga dikatakan mampu mempercepatkan tindak balas terhadap jangkitan, sekaligus membawa kepada penyembuhan dengan segera.

Beri perlindungan dari penyakit kronik

Pemakanan seharian yang mengandungi oat dikatakan mampu mengurangkan tahap kolesterol. Seratus gram kepingan oat dikatakan mengandungi 375 kalori. Bijirin ini memberikan rasa kekenyangan dan amat dicadangkan kepada mereka yang mahu mengurangkan berat badan.

Oat juga dikatakan mampu mengentalkan darah dan menyesuaikan tahap glukosa bagi mereka yang menderita akibat penyakit diabetes. Gula daripada oat dikatakan mampu diserap oleh darah sekaligus mengekalkan tahap stabil glisemia.

Pengambilan oat sebagai makanan pilihan sewaktu sarapan amat dicadangkan kepada mereka yang menderita sakit gout. Kandungan laksatif dalam oat dikatakan mampu merangsang pencernaan dan ini amat baik bagi mereka yang mengalami masalah berkaitan pencernaan makanan.

Jus yang dihasilkan daripada oat pula dikatakan mampu memberikan keputusan yang baik apabila digunakan dalam kes masalah tekanan saraf dan penyakit jantung. Jus ini juga dikatakan mampu merangsang selera makan.

Oat juga dicadangkan kepada mereka yang ingin berhenti merokok. Ini kerana bijirin dikatakan mempunyai kesan menenangkan dan juga mampu bertindak sebagai perangsang pada sistem saraf.

Memelihara kesihatan usus

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus. Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan.

Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Legakan kesakitan otot dan masalah kulit

Bukan setakat dimakan, oat juga dikatakan mampu digunakan sebagai ramuan ubatan merawat bahagian luar tubuh. Bagi mereka yang mengalami masalah reumatisme atau artrosis, bolehlah mandi air tebusan batang oat. Cara ini dikatakan mampu melegakan kesakitan akibat reumatisme dan artrosis.

Masalah neuralgia interkostal (sakit yang amat menusuk-nusuk pada bahagian otot yang mengisi ruang antara tulang rusuk dan bertanggungjawab dalam pengawalan beberapa gerakan tulang rusuk) dikatakan mampu dilegakan dengan menampal tuam yang dihasilkan daripada tepung oat pada bahagian yang sakit. Biarkan selama dua jam bagi merasai tindakan yang diberikan oleh bahan tuam ini.

Baik untuk kesihatan kulit

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit dan tidak boleh menggunakan sabun atau krim mandi cecair yang terdapat di pasaran, oat dikatakan boleh digunakan sebagai pencuci kulit kerana ia tidak mempunyai pH yang tinggi. Caranya adalah dengan mencampurkan air rebusan oat ke dalam air mandi.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Terdapat mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker. Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat! Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kebaikan oat, namun begitu jika mahu menggunakannya untuk tujuan perubatan, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam dan En.Wikipedia ~ Oat.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails