Assalamualaikum warahmatullah,
Saya percaya, kita tentu pernah mendengar perihal ‘redha suami’. Ðalam entry Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami yang lepas juga, Laman-Seri ada memetik hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah ban Amru r.a. yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)’
Tidak dinafikan, ramai yang keliru dan tidak jelas berkenaan ‘redha suami’ dan ‘redha ibu bapa’ ini. Benarkah redha Allah bergantung pada redha makhluk-Nya? Ðalam entry kali ini pula, kita akan melihat, sejauh manakah kefahaman kita terhadap hadis ini. Saya cuma akan fokus kepada ‘redha suami’ kerana ‘redha ibu bapa’ akan dikupas dalam entry yang lain pula, insya Allah.
Beberapa bulan yang lepas, saya telah kemukakan persoalan ini kepada Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie. Antara isi kandungan yang dikemukakan kepada Suzana melalui fB beliau ialah :
Saya selalu juga membaca berkenaan ‘redha suami’ ini, maknanya kalau suami tak redha, isteri tak boleh masuk syurga, kalau tak silap dari hadis yang berbunyi lebih kurang begini : “Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
Ðalam hadis yang lain pula menyebut, “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.” (tidak diketahui riwayatnya)
Saya fikir ramai sedia maklum, Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumahtangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami. Syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul. Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Ðengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.
Kunci kerukunan rumahtangga adalah persefahaman antara suami isteri. Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumahtangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Ðengan demikian rumahtangga akan sentiasa aman dan bahagia.
Seringkali saya juga tertanya-tanya, situasi yang bagaimana perlunya redha suami ini? Suami yang bagaimana akhlaknya yang ‘valid’ redhanya? Sebagai contoh : Isteri mithali (bertanggungjawab, tak pernah bangkang dan sebagainya) vs suami yang lalai dalam tanggungjawab, tetapi dalam situasi apabila isteri meninggal dunia, suami berkata dia tak redha terhadap isterinya, apakah status isteri di sisi Allah SWT?
Bukan sedikit lelaki berstatus suami yang ‘perasan bagus’ apabila mereka mendengar hadis berkenaan ‘redha suami’ mereka merasakan seolah-olah syurga atau neraka isteri terletak di tangan mereka. Ada juga yang tegar mengugut isteri dengan menyatakan, “Isteri wajib taat kepada suami, kalau suami tak redha tak cium syurga.”
Ðari pembacaan, Ðr Juanda pernah menulis, “Ðemi syurga yang berada di telapak kaki suami, padahal tiada satu pun dalil sahih yang sepadan dengan dakwaan mereka.” Melalui statement ini, jika mengikut fahaman akal saya yang dangkal ini, suami bukanlah penentu syurga atau neraka seorang isteri. Penentu syurga atau neraka di dunia, mungkin iya (pilihan sendiri jika masih mahu menempuh neraka dunia), tetapi tidak di akhirat, kerana hanya Allah SWT sahaja yang tahu kedudukan hamba-hamba-Nya.
Apa-apapun, secara peribadi saya merasakan, jika seseorang itu tidak adil dan fasik iaitu seseorang yang melakukan dosa-dosa besar dan berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan perbuatan yang mungkar, tidak layak mengatakan dirinya mampu memberi syafaat kepada sesiapapun. Contohnya, dikatakan syurga itu dibawah telapak kaki ibu tetapi jika ibu itu telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT, maka syafaat itu tiada lagi padanya. Jika seorang suami yang fasik mengatakan redha isteri bergantung kepadanya adalah salah. Perlu diingat, syafaat itu anugerah Allah SWT dan hanya Ðia yang berhak menentukannya.
Saya banyak ikut perbincangan egroup, jadi perkara ini selalu sangat disebut-sebut. Sama saja dengan ‘taat suami’ seolah-olah neraka sajalah tempat isteri yang tidak taat (maknanya mesti taat tanpa ada pilihan)... Ada juga saya baca di mforum.cari.com.my, tapi saya harap dapat kupasan daripada Suzana.
Ðemikianlah isi kandungan yang dihantar ke fB Suzana. Baru-baru ini pula, saya membaca soalan kemusykilan agama, antaranya berbunyi :
Contoh 1 – “Saya terlalu tertekan apabila suami sering mengatakan sekiranya saya solat, puasa atau melakukan ibadah lain sekalipun, belum tentu masuk syurga kerana dia mengatakan saya tidak taat kepada perintahnya. Saya takut Allah tidak menerima amalan saya sebab suami tidak suka pada perbuatan saya. (dalam kemusykilan ini, menurutnya, suaminya bukanlah seorang yang taat kepada perintah Allah, tidak solat dan nafkah yang diberi tidak mencukupi, malah kadang-kadang tidak memberi nafkah).”
Contoh 2 – “Adakah Allah akan redha kepada saya sebab suami cakap dia tidak redha dengan saya bila saya mempertikaikan sikap dia yang suka main perempuan? Kalau tak redha, bagaimana dengan solat dan puasa saya?”
Contoh 3 – Saya berkahwin dengan gadis pilihan sendiri walaupun keluarga saya mempunyai pilihan mereka ketika itu. Selepas hampir dua tahun bernikah, ibu bapa saya masih belum mahu menerima isteri saya sebagai menantu mereka dengan sepenuh hati. Ada masanya, ibu menyuruh saya menceraikan isteri. Ibu juga sering mengungkapkan bahawa syurga saya terletak di bawah tapak kakinya. Hal ini menyebabkan saya berasa serba salah. Adakah saya mesti mentaati ibu dalam hal perceraian ini? Saya difahamkan terdapat nas yang menunjukkan seorang anak wajib taat kepada kedua-dua ibu bapanya jika mereka mengarahkan anak untuk menceraikan isterinya. Betulkah perkara ini?
Ðan syukur, alhamdulillah, dalam kolum ‘Resipi Hidup’, Suzana telahpun berkongsi kemusykilan ini. Berikut dikongsikan kupasan daripada Suzana. Sekali lagi, saya cuma akan fokus permasalahan untuk contoh 1 dan 2 sahaja iaitu berkenaan ‘redha suami’. Untuk permasalahan contoh 3 berkenaan ‘redha ibu bapa’ akan dikupas dalam entry yang lain, insya Allah.
Ramai sedia maklum mengenai satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibn Hibban, al-Baihaqi)
Ðalam satu riwayat yang lain pula, daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis riwayat Ahmad)
Ðari kedua-dua hadis ini menjadi pegangan teguh meletakkan syurga seorang isteri adalah pada suaminya, BUKAN di tapak kaki suami, ya. Namun jika kita lihat lebih mendalam, sejauh manakah kebenaran ‘redha Allah kepada seorang isteri bergantung sepenuhnya kepada redha suaminya’?
Mungkin ramai yang beranggapan ayat di atas benar sebenar-benarnya, tanpa kompromi, tetapi sebenarnya jawapannya ‘TIÐAK!’ Redha Allah kepada hamba-Nya tidak bergantung kepada sesiapapun. Memang benar syurga seorang isteri mempunyai kaitan dengan redha suami kepada isteri tersebut, syurga seorang anak pula mempunyai kaitan dengan redha si ibu dan ayah kepada seorang anak. TETAPI Allah Maha Adil, Maha Berkehendak, Maha Berkuasa dan Maha Segala-galanya. ÐIA tidak memerlukan sesiapa untuk memberi ganjaran kepada hamba-Nya.
Namun, Allah berikan keistimewaan kepada suami dan ibu malah bapa. Jika si suami, si ibu dan si bapa adalah seorang hamba yang mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, tidak menyuruh si isteri atau anaknya melaksanakan perkara yang bercanggah dengan syariat malah si suami atau ibu bapa sendiri tidak melanggar syariat. Melanggar syariat termasuk menghormati hak seorang isteri dan seorang anak seperti yang disarankan oleh syariat. Jika si suami dan ibu bapa mempunyai kriteria seperti ini, mereka mempunyai kelayakan untuk ‘recommend’ tiket si si isteri atau anaknya ke syurga.
Ganjaran untuk berbuat kebaikan
Sebaliknya, jika si suami atau ibu bapa adalah mereka yang tidak hidup selayaknya sebagai seorang Muslim dan Mukmin seperti saranan syarak, ‘tiket’ tersebut tidak valid sah. Jangan perasan! Jika anda sebagai suami atau ibu atau bapa menyalah-gunakan kuasa mengikut kehendak amarah untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata, maka tunggulah azab Allah di akhirat kelak.
Bagi isteri atau anak yang merasa teraniaya, janganlah kalut. Biarpun ‘tiket’ tidak sah, mereka tetap perlu dihormati. Bezanya, hormati mereka jangan sampai menafikan hak anda sebagai seorang isteri juga seorang anak dan paling penting; bukan dalam perkara yang melanggar syariat Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah SWT.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ðalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya, ketaatan itu hanya dalam perkara kebaikan yang selari dengan syariat Islam.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 7145)
Ingatlah! Allah Maha Bijaksana, Ðia Maha Mengetahui setiap perkara. Kekal hormati suami, taatkan perintahnya yang TiÐAK melanggar syariat dan laksanakanlah segala suruhan Allah serta tinggalkan larangan-Nya, ÐIA akan berikan ganjaran yang sesuai untuk mereka yang bergelar isteri! Sama juga, kekal hormati ibu bapa, taatkan perintah mereka yang TiÐAK melanggar syariat dan laksanakanlah segala suruhan Allah serta tinggalkan larangan-Nya, ÐIA akan berikan ganjaran yang sesuai untuk setiap yang bergelar anak juga! Berdoa kepada-Nya agar anda diberi kelapangan untuk melaksanakan segala ibadah kepada-Nya dan dalam masa yang sama berikan kelapangan buat suami malah ibu bapa agar turut menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.
Carilah keredhaan Allah SWT, bukan makhluk-Nya
Ðaripada Abi Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “ Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredhaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredhainya itu benci terhadapnya. Ðan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana keredhaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.
Tanda kesempurnaan iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredhaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keredhaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredhaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang dimurkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan. Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Rujukan : Suzana Ghazali di MW#1450 dan iLUVislam.
Capaian entry berkaitan :
❀ Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami
❀ Taat bukan lesen halalkan penderaan
❀ 13 sifat suami tidak disenangi isteri
❀ Isteri taat, suami makin tak hormat....
❀ Menangani suami culas dan suami kedekut
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Januari 27, 2012
Benarkah redha Allah bergantung pada redha makhluk-Nya?
Susunan :
Bawang Goreng
pada
1/27/2012 10:54:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalamualaikum wbt,
BalasPadamsaya nasihat sesama Islam. kerana entry ini berkenaan agama. kita kena lebih berhati-hati dalam membuat tafsiran. khuatir tulisan kita akan dijadikan rujukan sedangkan mungkin ada yang tidak tepat. maka rugilah kita.
memang betul sdri ada menulis 'disclaimer' di sebelah kanan, tetapi tidak semestinya semua orang membacanya.
Wasslm.
PadamHarap Cik Kiah rujuk semula, kemusykilan ini saya kemukakan kepada Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie dan jawapan beliau dikongsikan di sini. Jika hujah beliau tidak memuaskan hati, sila rujuk kepada ustaz/ustazah/badan berkenaan yang lain pula.
Terima kasih.