“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Januari 01, 2012

Suka & duka 2011



Dominasi revolusi, pembunuhan & bencana: Sepanjang tahun lebih banyak diisi kisah duka, bencana

2011 telah pun menutup tirai meninggalkan bersama pelbagai peristiwa suka dan duka. Sebut apa saja - tragedi, bencana alam, perang, revolusi, krisis kewangan, kejayaan, kebahagiaan - semua dalam diari 12 bulan yang berlalu.

Berakhirnya Tahun Arnab ini, 2012 yang bakal mengganti diharap memberikan sinar lebih baik untuk kehidupan manusia di muka bumi. Harapan tidak mahu lagi menyaksikan pemimpin dunia dan tokoh terkenal menemui ajal, terbunuh atau dibunuh, sama ada dalam misi rakus kuasa asing mahupun ketika diguling rakyat sendiri.

Ðiharap juga sinar kembali menerangi terowong ekonomi yang setakat ini sudah mencipta krisis di Negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Greece dan Italy. Harapan semua turut ditujukan kepada hubungan manusia dan alam supaya tiada lagi bencana yang hadir di setiap benua.

Kesan pemanasan global akibat pencemaran serta penerokaan hutan terus dikawal walaupun akhirnya takdir Yang Maha Esa tidak dapat dilawan. Mungkin juga usia bumi yang semakin tua menyebabkan alam acap kali mengamuk, namun manusia harus berikhtiar melakukan perubahan, menghentikan kemusnahan.

Ðiari 2011 turut disulam detik bahagia yang menarik tumpuan dunia, antaranya ‘Wedding of the Year’ pewaris takhta England, Putera William dan buah hatinya, Kate Middleton. Malaysia turut mencipta nama biarpun gemilangnya sekadar menggegarkan rantau Asia Tenggara. Kita turut kehilangan anak watan tercinta ketika menabur bakti di luar Negara.

Ikuti imbasan Laman-Seri yang melihat kembali antara peristiwa penting sepanjang tahun 2011 dan apa perkembangan terkini subjek diskusi.

Krisis Mesir – Era kejatuhan Hosni Mubarak

Protes jalanan bermula 25 Januari 2011 membantah kepimpinan Presiden yang memerintah lebih 30 tahun. Beliau kemudian meletakkan jawatan 11 Februari selepas 18 hari pertembungan tentera dengan penunjuk perasaan yang dilaporkan meragut 850 nyawa.

Kini : Mubarak, anaknya dan beberapa menteri Kabinet pentadbirannya dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah. Tentera mengambil alih kuasa dan pusingan pertama pilihanraya akhir November lalu menyaksikan Ikhwanul Muslimin yang lebih 30 tahun diharamkan di bawah kepimpinan Hosni, menang 36 daripada 54 kerusi dipertandingkan. Bagaimanapun, Mesir tidak lagi aman seperti pada zaman Hosni kerana ada saja pihak menganjurkan bantahan, menunjuk perasaan yang kadang kala menyebabkan ramai terkorban.

Gempa bumi, tsunami Jepun

Hari ke 11 March lalu menyaksikan gempa bumi dan tsunami melanda Negara matahari terbit di wilayah Fukushima. Gegaran 9.1 magnitud membunuh hamper 20,000 penduduk di sepanjang timur laut Negara itu selain mencetus kemalangan nuclear terburuk slepas Chernobyl apabila berlaku peleburan, kebakaran dan kebocoran radiasi di stesen kuasa nuclear Fukushima Dai-ichi, di timur laut Tokyo.

Kini : Jepun begitu tenang menghadapi dugaan bencana alam dan bangkit membangunkan semula Bandar yang rosak teruk. Masalah baru pula muncul apabila kira-kira 1.8 tan air mengandungi bahan radio aktif mengalir keluar daripada sistem penyejukan loji nuklear terbabit.


Perkahwinan gemilang Putera William, Kate Middleton

Ðigelar ‘Wedding of the Year’, Putera William dari Britain dan Catherin Middleton atau Kate semamat melangsungkan perkahwinan di Westminister Abbey pada 29 April dalam upacara diraja penuh gilang gemilang yang menarik tumpuan 2.4 billion penonton seluruh dunia.

Middleton, 29, rakyat biasa yang berkahwin dengan pewaris takhta dalam tempoh 350 tahun, melafazkan ikrar setianya di depan 1,900 tetamu termasuk bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Kini : Kate dilaporkan hamil enam minggu mengikut sumber Istana seperti dilaporkan majalah In Touch. William dan Kate yang mendapat gelaran Ðuke dan Ðuchess of Cambridge sudah pun menyediakan tiga pengasuh untuk anak mereka. Edward, Philip dan Michael menjadi nama pilihan untuk anak lelaki, manakala Alice atau Rose jika yang dilahirkan nanti perempuan. Ini bukan kali pertama Kate dikhabarkan hamil kerana khabar sama juga dilaporkan ketika dia melawat pusat bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhegen, November lalu.

Kematian Osama bin Laden, Muammar Gaddafi

Ðua tokoh yang memang tidak disukai Barat terutama Amerika Syarikat (AS). Kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, 2 Mei lalu dikatakan didalangi pasukan khas AS yang melancarkan serangan ke atas kubu kuat tokoh itu di Abbottabad, Pakistan. Bagi AS, ia kejayaan besar dalam usaha memerangi keganasan susulan tragidi 11 September, lebih-lebih lagi selepas hampir 10 tahun memburu individu paling dikehendaki itu. Namun, kejayaan itu bukan penyelesaian terhadap keganasan global, sebaliknya penyumbang kepada peningkatan ancaman pengganas di seluruh dunia.

Muammar Gaddafi pula, bekas pemimpin Libya yang memang lantang menentang AS, dibunuh selepas pertempuran denganpasukan majlis peralihan di Sirte, 20 Oktober lalu. Turut terbunuh anak lelakinya, Mo’tassim.

Kini : Hubungan di antara Pakistan dan AS semakin tenang tahun ini sejak komando sekutunya melancarkan serbuan yang membawa kepada kematian pemimpin Osama. Keadaan semakin keruh selepas Washington menuduh perisik Pakistan terbabit dalam serangan ke atas Kedutaan AS di Kabul, September lalu. Pegawai AS menuduh puak di sempadan Pakistan memberi perlindungan kepada anggota Taliban yang sudah 10 tahun memerangi tentera asing itu di Afghanistan manakala rakannya, Taliban Pakistan pula kerapp melancarkan pengemboman di wilayah Pakistan. AS kini memberi tumpuan memburu pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri yang dipercayai turut bersembunyi di Pakistan.

Ði Libya pula, seramai 7,000 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditahan secara tidak sah dan didera pemberontak yang membantu menggulingkan Gaddafi. Kebanyakan yang ditahan itu adalah warga asing yang dipindahkan ke tempat pertahanan di luar kawalan kerajaan baru Libya tanpa diawasi saluran perundangan rasmi. Libya kini ditadbir kerajaan pemberontak, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). Ðunia juga memerhati dengan penuh minat perkembangan anak lelaki Gaddafi, Saif al Islam yang ditahan di padang pasir di selatan negara itu, 21 November lalu dengan imej berjambang dan memakai jubah seperti puak Badwi. Ðia dikatakan akan dibicarakan atas kesalahan jenayah perang manakala satu-satunya anak perempuan Gaddafi, Aisha bersama isteri dan dua lagi anak lelaki bekas pemimpin Libya itu mendapat perlindungan di Algeria.

Kematian Noramfaizul, kebangkitan Harimau Malaya

Turut mencuri perhatian dunia adalah kisah kematian jurukamera BERNAMA TV, Normafaizul Mohd Nor, 41, yang terkorban selepas terkena tembakan curi ketika mengikut misi kemanusiaan di Somalia, 5 September. Kejadian itu dilaporkan akhbar utama antarabangsa malah mendapat reaksi pertubuhan wartawan dan media global.

Imej Malaysia dalam kalangan Negara serantau juga diangkat melalui reputasi cemerlang skuad bola sepak. Semangat juang tinggi dipamerkan ketika mementang kelab elit Eropah seperti Chelsea, Liverpool dan Arsenal merangsang kebangkitan sokongan rakyat terhadap saukan itu.

Kini : Kejayaan Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF menyaksikan mutu serta populariti bola sepak negara kian meniti puncak, ditambah pula kemenangan Harimau Muda membawa pulang pingat emas Sukan SEA di Jakarta, bulan Oktober lalu. Nama seperti Safee Sali, Safiq Rahim dan Khairul Fahmi Che Mat menniti di bibir kebanyakan peminat tempatan dan antarabangsa. Malah, Safee digelar Beckham Malaysia oleh media Wales ketika menjalani ujian bersama kelab Cardiff City di negara itu, jejak yang kemudiannya turut dituruti Safiq.

Banjir besar Bangkok

Enam daerah di Bangkok tenggelam hampir tiga bulan bermula September. Bencana bukan saja menjejaskan kehidupan sembilan juta penduduk, malah mengorbankan kira-kira 350 nyawa. Ia banjir terbesar dalam sejarah Thailand sejak 1942 dan menyebabkan 10,000 kilang terpaksa menutup operasi, 660,000 rakyatnya berisiko hilang kerja dankerosakan harta benda bernilai hingga AS$4.6 bilion (RM14.65 bilion), selain menjejaskan rantaian bekalan beras serta komponen kenderaan antarabangsa.

Gergasi penanggung syarikat insurans dunia, Swiss Re menganggarkan kerugian RM1.9 billion. Satu perempat daripada tanaman padi juga musnah menyebabkan rantaian Negara pengeksport beras terbensar dunia itu kerugian. Bank Dunia menyifatkan banjir di Thailand bencana keempat paling teruk selepas gempa dan tsunami di Jepun, gegaran di Kobe 1995 dan Taufan Katrina pada 2005.

Kini : Air sudah surut tetapi Kerajaan Thailand bertungkus lumus membangunkan semula infrastruktur yang terjejas. Negara gajah Putih itu juga terdesak menarik kedatangan pelancong dalam usaha mengembalikan semula reputasi antara destinasi palancongan popular dunia.

Steve Jobs dalam kenangan

Pelopor inovasi teknologi elektronik dan komunikasi terhebat ini menghembuskan nafas terakhirnya pagi 6 Oktober lalu pada usia 56 tahun selepas bertarung dengan barah pankreaqs. Jobs mengemudi Apple menjadi syarikat gergasi ulung mengeluarkan pelbagai peranti canggih daripada computer peribadi kepada iPod dan iPhone.

Kini : Legasi Jobs diteruskan Apple di bawah teaju Tim Cook dengan pelan empat tahun yang diatur lagenda gajet itu sebelum kematiannya. Antara pelan itu adalah pembinaan pejabat baru Apple, perkhidmatan perkomputeran awam, iPhone serta iPad baru.






Penduduk bumi ketujuh billion

Bayi perempuan, Danica May Camocho diisytiharkan penduduk ketujuh billion dunia, Oktober lalu seperti diumumkan PBB. Organisasi itu turut mengisytiharkan China terus menjadi Negara paling ramai penduduk dengan 1.34 billion orang.

Kini : Reputasi China sebagai Negara dengan populasi terbesar sejak sekian lama bakal dicabar. PBB meramalkan dalam tempoh empat dekad lagi, India akan mengambil alih status itu dengan jumlah keseluruhan penduduk dunia dijangka mencapai 8 billion pada 2025 dan 10 billion sebelum abad ini berakhir.




Petikan : BHarian 18/12/2011

Capaian entry berkaitan :
Cerita menarik, popular dan pelik sepanjang 2011


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails