“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Januari 22, 2012

13 penyebab anda lupa


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini :

1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.

Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.

2. Kurang berehat

Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

3. Berdengkur

Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.

4. Metabolisme menurun

Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.

5. Usia lebih dari 65 tahun

Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.

6. Mengalami depresi

Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.

Segera cari pengubatan. Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.

7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur

Ubat-ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.


Sebab-sebab (punca) lupa yang dibincangkan di egrup al-Falaah selepas entry ini.

9. Lupa kerana melahirkan anak...

Ðikatakan, wanita yang pernah melahirkan anak akan menjadi seorang yang pelupa, lebih-lebih lagi semasa sebulan dua awal melahirkan. Saya pernah membaca artikel yang ditulis oleh seorang pakar perbidanan, katanya semasa bayi di dalam kandungan, ibu akan menyalurkan sedikit ‘akal’ atau ‘kepintaran’ kepada janin, oleh kerana itu ibu akan menjadi seorang pelupa selepas melahirkan anaknya.

Sebab itulah ibu-ibu mengandung disarankan mengambil supliment yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6 untuk mengekalkan kesihatan otak. Sejauh mana kebenarannya, wallahu’alam. Perkara ibu menjadi pelupa setelah melahirkan ini juga pernah dibincangkan oleh Ðaphne Iking dan Ðynas Moktar, maknanya bukan saya seorang sahaja yang menghadapi penyakit lupa...

10. Gangguan yang merungsingkan fikiran (oleh AbuMuaz)

Satu lagi penyebab lupa ialah kerana gangguan perkara-perkara yang merungsingkan. (Separuh lupa) kisah seorang alim yang dah prepare puluhan masalalah tetiba datang khadamnya", tuan, gandum dah habis', maka mengerutulah orang alim tadi, "engkau dah membuatkan aku lupa 40 masalah yang aku dah prepare ni.."

Salah satu sebab mula kurun ke-2 Islam adalah zaman penembangan ilmu adalah kerana Allah telah menjadikan zaman tersebut aman tanpa risau. Tak ada indeks jenayah, tak ada peragut, tak ada risau barang naik, tak ada risau minyak naik, tak ada risau belanja sekolah tak cukup. malahan zaman tersebut negara Islam cukup kaya, seoramg qadhi yang dilantik kerajaan menerima gaji puluhan/ratusan ribuan ringgit (bila diconvert dari dinar). sejak zaman saidina Umar ra lagi limpahan kekayaan mula masuk negara Islam.

Sebab tulah para ilmuan mereka mengembara punya jauh, lama, berguru dengan ribuan guru. Kalau tiap hari risau kena rompak, rumah/kereta kena pecah, belanja sekolah anak tak cukup mana nak ingat pulihan ribu hadis.

11. Gangguan emosi (oleh AbuMuaz)

Lagi satu ialah gangguan emosi. kekadang 'hanyalah' disebab oleh melihat wanita (kepada lelaki). Sebab itu tok guru imam syafie menasihatkannya meninggalkan maksiat, kerana telah melihat tumit wanita.

12. Anda hamil

Sila rujuk Masalah kerap lupa ketika hamil.

13. Pernah diserang demam denggi

Seorang rakan mengatakan kesan demam denggi akan menyebabkan seorang pesakit menjadi pelupa. Agaknya bila platelet darah rendah, pengaliran oksigen ke otak akan menjadi lambat dan akibatnya sel-sel otak banyak yang ‘cedera’... (AMARAN : ini cuma teori saya, jangan terus percaya, ya!)

Wallahu'alam.




Rujukan : Diubah suai dari sumber selatanonline dengan tambahan sendiri.

Capaian entry berkaitan :
* Masalah kerap lupa ketika hamil
* Alamak! Terlupalah....

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails