“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Januari 23, 2010

Pemakanan & Kesihatan: Sindrom prahaid merimaskan

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my


PROF JAMIYAH (tengah) dan Prof Lee (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran YAZ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perubahan sikap wanita sebelum 'datang bulan' boleh dirawat

NAZIHA, mengeluh. Setiap kali 'kawan baiknya' datang, dia bukan saja berasa tidak selesa sebaliknya perutnya membuncit kembung menjadikan kerap diserang rasa mudah marah. Rakan sepejabatnya, Nassihah arif benar perubahan tubuh serta diri Naziha, tiap kali ‘kawan baiknya’ itu tiba. Nassiha juga sebenarnya bosan dengan perubahan sikap Naziha itu, sebab setiap kali ingin menutur kata, dia perlu berhati-hati kerana silap hari bulan, Naziha yang lemah lembut boleh bertukar menjadi singa betina.

Perubahan dialami Naziha ketika ‘datang bulan’ atau haid digelar premenstrual syndrome (PMS), biasa dihadapi wanita dalam lingkungan usia subur iaitu 25 hingga 35 tahun. PMS atau kecelaruan dikaitkan dengan perubahan hormon akibat kitaran haid dan menjejaskan wanita pada usia berkenaan.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Prof Jamiyah Hassan, berkata PMS adalah suatu kecelaruan biasa yang dikaitkan dengan perubahan hormon akibat kitaran haid dan menjejaskan wanita pada usia produktif.

“Bagi ramai wanita, simptom PMS biasa yang dialami tujuh hingga 10 hari sebelum haid, termasuk sakit kepala, kekejangan bahagian abdomen, lesu, kembung, mengidam makanan, selera bertambah dan gangguan tidur antaranya biasa dihidapi ramai wanita termasuk Malaysia.”

“Bagaimanapun, apabila simptom itu menjadi cukup teruk sehingga menghalang aktiviti harian seorang wanita atau mempunyai kesan mudarat terhadap pandangan dan perhubungan hidupnya, wanita berkenaan sepatutnya, mendapatkan bantuan perubatan. Malangnya, kebanyakan wanita seperti ini menderita dalam senyap setiap bulan dan tidak berjumpa doktor untuk mengurus simptom itu dengan lebih baik,” katanya pada majlis pelancaran YAZ, kontraseptif oral dos amat rendah regimen 24/4 terkini keluaran Bayer Schering Pharma di ibu negara, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Feinberg School of Medicine, Universiti Northwestern, Chicago, Profesor Lee P Shulman.

Suatu kajian yang dijalankan baru-baru ini di empat negara, iaitu Australia, Hong Kong, Pakistan dan Thailand, mendapati bahawa satu dalam lima wanita menghidap PMS. Angka ini berbeza agak tinggi dari satu negara ke negara lain, dengan kelaziman tertinggi diperhatikan di Australia iaitu sebanyak 43% dan yang terendah di Pakistan sebanyak 13%.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa sehingga 4% wanita menghidap jenis PMS lebih teruk, dipanggil kecelaruan disforik prahaid atau premenstrual dysphoric disorder (PMDD).

Kajian yang membabitkan responden seramai 1,602 wanita berusia antara 15 hingga 49 tahun di Australia, Hong Kong, Pakistan dan Thailand itu juga adalah yang pertama menentukan kelaziman PMS dan PMDD di Asia Pasifik.

Prof Jamiyah, berkata PMS dalam bentuknya yang lebih teruk, PMDD dan ia boleh menjadi cukup serius untuk memberi kesan negatif kepada perhubungan seorang wanita, aktiviti sosial dan produktiviti kerjanya. Kajian berkenaan menunjukkan bahawa PMS paling banyak menjejaskan wanita dalam prestasi kerja, pengurusan rumah dan perhubungan dengan keluarga serta pasangan mereka. Salah tanggapan berhubung PMS adalah perubahan normal ketika datang bulan, mengakibatkan 63% penghidap PMS tidak pernah berjumpa doktor mendapatkan rawatan berhubung simptom dihidapi, manakala 44% penghidap PMDD tidak pernah langsung berbuat demikian.

“Ramai wanita di Asia Pasifik percaya bahawa PMS adalah ‘normal’ justeru sesuatu biasa yang perlu dihidapi wanita. Ini suatu persepsi yang amat buruk lantaran menghalang wanita daripada mencari dan mendapatkan kelegaan disebabkan keadaan dialami itu. Seharusnya pengurusan PMS atau PMDD lebih daripada sekadar kelegaan sementara, kerana wanita moden yang aktif ingin menikmati kebebasan setiap hari tanpa terikat dengan perubahan yang membebankan itu. Sebagai pakar penjagaan kesihatan profesional, kami mengalu-alukan pilihan baru yang boleh membebaskan pesakit kami daripada simptom PMS dan PMDD yang tidak menyeronokkan itu supaya mereka boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Prof Jamiyah berkata, kontraseptif diperlukan untuk merancang kehamilan yang tidak diingini.

Secara global sebanyak 210 juta kehamilan dicatatkan seluruh dunia dengan 80 juta atau 28 peratus kehamilan tidak diingini, manakala 22% atau 46 juta berakhir dengan pengguguran. Bagi negara membangun pula sebanyak 200 juta kehamilan dicatatkan. Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 64 juta bergantung kepada teknik pengguguran tradisional yang mana kurang berkesan dalam merancang kehamilan, sementara 137 juta pula tidak mempunyai cara atau teknik tertentu merancang kehamilan.

“Perspektif global mendapati seramai 536,000 wanita mati setiap tahun kesan pelbagai akibat hamil. Seramai 63,000 orang mati akibat pengguguran tidak selamat, manakala 5.3 juta menderita kekal atau sementara kesan teknik pengguguran tidak selamat. Sekiranya wanita dibekalkan dengan rawatan oral kontraseptif berkesan dan selamat kepada 137 juta wanita, mortaliti kelahiran akan berkurangan antara 25 hingga 30%,” katanya.

Pengenalan YAZ tidak sekadar membantu merancang kehamilan, sebaliknya dijangka memberi kelegaan bagi ramai wanita Malaysia yang menghidap simptom prahaid fizikal dan emosi teruk setiap kali ‘kawan baiknya’ itu datang.

Sementara itu, Prof Lee, berkata YAZ mengandungi progestin drospirenone (drsp) dan diambil mengikut regimen baru selama 24 hari. Ia diluluskan di Malaysia sebagai suatu kontraseptif oral, untuk merawat simptom emosi dan fizikal akibat PMDD dan untuk merawat jerawat sederhana, menyediakan suatu kontraseptif oral berbilang faedah yang amat sesuai dengan gaya hidup wanita moden.

Katanya, dengan regimen pil hormon aktif 24-hari baru itu, terdapat pengurangan turun naik paras hormon sepanjang kitaran bulanan wanita, yang boleh membantu mengurangkan simptom berkaitan dengan PMS teruk sebanyak sehingga 50%.

“Di Amerika Syarikat, di mana YAZ berada di pasaran selama dua setengah tahun, ia semakin dipercayai dan manfaatnya adalah jauh melepasi 80%. Bagaimanapun wanita pertama kali mengambil rawatan oral ini perlu berjumpa pakar perubatan profesional mereka bagi menilai pilihan terbaik untuk merawat simptom prahaid mereka terlebih dulu,” katanya.

Sumber : BHarian 2010/01/21

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails