“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Januari 25, 2010

Avent ISIS Manual Breast Pump Spareparts

Assalamualaikum,

Anda pengguna Avent ISIS Manual Breast Pump? Entry ini hampir tiada kaitan dengan apa yang saya selalu masukkan di LAMAN-SERi. Tetapi ia bagus untuk rujukan ibu yang menyusukan bayi dan pengguna Avent Breast Pump. Saya jumpa entry ini di MegaHasz, setelah 'JENUH' search sumber untuk mendapatkan sparepart breast pump ini. Aktiviti 'mengepam' khas untuk si comel saya tergendala akibat kerosakan teruk yang dialami oleh 'star valve' terakhir saya, jadi saya harap perkongsian maklumat ini dapat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama dengan saya.


Avent ISIS Manual Breast Pump


Avent ISIS Manual Breast Pump - Out and About Set



Spareparts Avent ISIS Manual Breast Pump


Ada masalah dengan sparepart ini ---> White Star Valve?

Avent breast pump sparepart White Star Valve


Bila dah pakai, lama-lama biasanya White Star Valve ini akan mengembang. Hari-hari cuci, rendam air panas dan aktiviti mensteril, maka satu ketika nanti akan tiba 'ajalnya', maka rosaklah ia. Dalam Avent ISIS Out and About Set, ada disertakan sparepart ini, bersama dengan lagi satu sparepart yang diberi nama Silicone Diaphragm (with stem). Pakai lagi dan lama-lama masalah yang sama akan jadi. Mesti geramkan? Tengah syok mengepam terpaksa berhenti untuk betulkan. Boleh mengganggu proses mengepam dan mood saja.

Satu cara anda boleh buat, tukarkan star valve ini dengan sparepart yang lain, iaitu dengan menggunakan 'pump valve'.

pump valve


pump valve (closed up)


Jangan risau, pump valve ini muat dengan Avent ISIS Manual Breast Pump. Kalau dah pasang beginilah rupanya.


pandangan dari atas


pandangan dari bawah


pandangan dari tepi


Avent Breast Pump Valve saya masih lagi mencarinya, online kiosk memang banyak, tapi sparepart kecik gitu mahal weh... Nak ke Kinderjk di Plaza Damas Damansara Height malaslah pulak, harganya tentu lebih kurang harga online... Kirim saja pada adik yang akan ke LHR, hujung bulan ini. Kalau beli di LHR, harganya lebih murah.

Semoga entry ini dapat membantu ibu-ibu yang juga bermasalah seperti saya. Selamat mencuba!


2 ulasan:

  1. Salam..saya ada masalah mencari spare part juga ni..tp yg paling utama.Iaitu bahagian corong tu. Ada solution tak?

    BalasPadam
  2. @si putih

    Salam...

    Bahagian corong tu tempat yang dilekapkan breast tu ker? Tak pernah nampak silikon breast pad yang dijual berasingan sebagai sparepart, tapi puan boleh beli 'milk collector, ada sepasang breast pad bersama plastik pengumpul susu.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails