“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Januari 09, 2010

Q&A : Semua hidupan laut halal dimakan

Soalan:

SAYA mempunyai kekeliruan dan memerlukan jawapan untuk persoalan sama ada umat Islam dibenarkan memakan ikan yang beranak seperti ikan pari? Ini kerana saya pernah membaca satu rencana yang menyatakan ikan pari adalah dari spesies ikan yang beranak.

Nurul Adilah
Petaling Jaya.

Jawapan:

HUKUM memakan ikan pari dan semua makhluk yang ada dalam lautan adalah harus. Ini berdasarkan pertanyaan seorang sahabat Nabi, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami sering bekerja di lautan dan kami hanya membawa sedikit air untuk bekalan, jika kami mengambil wuduk dengannya, kami akan kehausan. Apakah boleh kami berwuduk dengan air laut itu? Jawapan Nabi SAW, air laut itu sifatnya menyucikan dan halal pula semua binatang laut yang mati daripadanya." (Riwayat Abu Daud no 83, al-Tirmizi no 69, al-nasaei no 59).

Menurut pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji pada bab makanan, ikan dan sebagainya yang keluar dari laut halal untuk dimakan selagi ia tidak rosak dan busuk.

Pengharaman makanan, termasuk makanan diperoleh dari laut, berlaku apabila ia memudaratkan.

Perkara ini berpandukan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 4 bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik."

Maksud baik-baik itu menurut ahli tafsir al-Quran seperti Ibn Kathir yang diriwayatkan Said dam Muqatil iaitu haiwan yang hidup di darat adalah halal dimakan selepas disembelih terlebih dulu ataupun haiwan dari lautan tanpa pengecualian.

Jadi persoalan ikan dilahirkan, seperti mamalia, bukan penyebab diharamkan kerana tiada dalil al-Quran dan sunnah menyatakannya.

Sumber : BHarian 2010/01/03

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails