“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Januari 08, 2010

Q&A : Khatan bukan paksaan bagi saudara baru

Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh [zaman@nstp.com.my]

SOALAN :

SAYA mempunyai seorang sahabat yang ingin memeluk Islam, lalu dia mengucapkan ucapan syahadat di hadapan saya. Selepas itu saya mengarahkannya supaya mandi. Apakah tindakan yang saya ambil itu betul dan apakah dia sudah menjadi seorang Muslim. Bagaimana dengan khatan?

Izham
Kuala Lumpur

JAWAPAN :

MENGUCAP dua kalimah syahadat adalah syarat seseorang untuk memeluk Islam. Tindakan yang saudara lakukan adalah betul kerana perkara yang baik itu perlulah dipercepatkan. Namun demikian adalah lebih baik jika sahabat saudara itu dibawa bertemu imam di masjid terdekat dan menyatakan hasratnya itu.

Jika ucapan syahadat di hadapan saudara dengan bersaksi, maka Muslimlah dia secara tidak rasmi.

Mengikut susunan terbaik ialah diatur supaya berkhatan, mandi dan mengucap dua kalimah syahadat di hadapan beberapa saksi.

Sebuah hadis daripada seorang sahabat bernama Qais bin A'sim meriwayatkan: "Aku telah datang kepada Rasulullah SAW menyatakan ingin memeluk Islam. Maka disuruhnya aku mandi dengan air bercampur daun sidr (daun harum)." (HR Abu Daud dan Nasa').

Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan dari Khallal dari Syaddad bin Aus bermaksud: "Berkhatan itu sunat bagi lelaki dan bagi perempuan adalah satu kemuliaan."

Soal berkhatan pada masa kini boleh diberi masa untuk beliau berfikir dulu tanpa dipaksa. Apa yang penting ialah saudara perlu memastikan beliau mengucapkan kalimah syahadah terlebih dulu kerana dibimbangi jangka hayatnya tidak panjang.

Selepas mandi dan mengucap syahadah, maka dia boleh mendaftarkan diri di pejabat agama berdekatan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak jabatan bagi memberi kefahaman penuh mengenai agama Islam kepada beliau.

Mengikut kebiasaan yang sering berlaku, selepas mengikuti beberapa kursus barulah mereka ini rela untuk dikhatankan. Ada juga yang sudah berkhatan sejak kecil.

Wallahu A'lam.

Penulis ialah Eksekutif di Unit Agama NSTP dan boleh dihubungi dengan e-mel, zaman@nstp.com.my

Sumber : BHarian 2010/01/08

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails