“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Januari 04, 2010

Nik Aziz bidas lelaki Kelantan poligami kikis harta isteri


Assalamualaikum warahmatullah,

Kalau cakap fasal poligami, orang lelaki bukan main suka, orang perempuan pula tarik muncung sampai boleh sangkut baju... hik.. hik...

JARANG sekali saya dengar/baca ulama komen fasal poligami, mungkin saja saya yang tak berpeluang terserempak dengan komen mereka. Apa-apapun, komen TGNA ini elok sangatlah diwar-warkan di LAMAN-SERi.

Semoga menjadi peringatan kepada mereka yang terleka dengan nikmat dunia.

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat membidas sikap lelaki Kelantan yang gemar berpoligami semata-mata mahu memeras keringat dan harta isteri mereka tanpa berusaha menunaikan tanggungjawab sebenar mengikut Islam.

Beliau berkata, kejahilan membuatkan ramai lelaki Melayu di negeri itu berpoligami hingga menyebabkan isteri menjadi mangsa akibat deraan seks dan dijadikan sumber pendapatan.

"Penyakit yang berlaku di Kelantan... suami berkahwin nak memuaskan nafsu, nak rebut peluang kerana isteri pangkat dan gaji besar. Dia (suami) duduk saja, tidak peduli kepada tanggungjawab, sebaliknya hidup dengan harta isteri. Suami seperti ini masuk neraka. Islam beri peringatan yang jelas kepada suami."

"Ramai wanita Kelantan keluar kerja tetapi orang lelaki (suami mereka) berada di kedai kopi dan bersembang. Pendapatan isteri digunakan tanpa rasa malu sedangkan Islam mewajibkan nafkah zahir menjadi tanggungjawab lelaki sebagai menjaga hak wanita yang menjadi isteri mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pejabat baru Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, di sini semalam. Turut hadir Exconya, Wan Ubaidah Omar.

Sumber : BHarian 2010/01/04



0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails