“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Januari 01, 2010

Q&A : Takwa penuh ikhlas dihiasi sunnah Rasulullah lebih berkat

Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh
zaman@nstp.com.my

SOALAN :

# SAYA pernah mendengar mengenai pendapat yang mengatakan takwa terletak pada hati, bukan pada serban, jubah, janggut dan sebagainya yang melambangkan Islam. Sedangkan kita tahu bahawa semua perbuatan itu adalah sunnah Nabi SAW. Harap dapat penjelasan.

Mat Kucai
Seksyen 10, Wangsa Maju


JAWAPAN :

TAKWA secara ringkasnya ialah menunaikan perintah kewajipan dan meninggalkan segala larangan Allah. Benarlah apa yang saudara dengar mengenai takwa kerana Rasullullah SAW pernah bersabda: "Takwa adalah di sini, sambil mengisyaratkan ke hati Baginda SAW sebanyak tiga kali." (Muslim).

Apabila ada perasaan takwa di dalam jiwa seseorang, maka dihiasi dengan pakaian yang disunatkan Nabi SAW atau sekurang-kurangnya pakaian yang menunjukkan tanda keislaman seseorang, tentulah lebih baik lagi. Firman Allah: "Sesungguhnya pada Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan keredaan Allah." (Surah al-Ahzab ayat 21).

Ibnu Abbas pernah mengatakan: "Pakailah dan ucaplah apa saja, apa yang menjadi perhitungan ialah dua perkara iaitu riak dan takbur terhadap Allah SWT." Bagi mereka yang melanggar perintah Allah dengan menggunakan alasan bahawa takwa hanya di hati tidak dapat diterima sama sekali. Pelanggaran hukum Allah adalah sesuatu yang bertentangan dengan sifat takwa.

Sebagai contoh, dalam berpakaian kerana apa yang haram dan halal sudah pun jelas di hadapan kita. Sabda Rasullullah SAW: "Bagi lelaki tutuplah antara pusat dan lutut" (Darimi). Firman Allah: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman agar mereka melabuhkan pakaian mereka menutupi tubuh mereka agar mereka dikenali dan tidak diganggu." (Al-Ahzab ayat 59). Saidina Umar berkata: "Kami adalah insan yang hanya dapat menghukum mengikut pandangan zahir sahaja."

Sumber : BHarian

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails