“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Januari 07, 2012

Buru premis logo haram

SEBUAH premis di George Town yang masih lagi mempamerkan logo halal Islamic Food Research Centre Asia yang telah diharamkan.

1,900 premis jadi sasaran ~ Logo Halal Malaysia keluaran Jakim berkuat kuasa mulai 01/01/2012

Mulai semalam, pengusaha premis yang masih menggunakan logo halal swasta boleh didenda sehingga RM250,000 untuk syarikat dan RM100,000 bagi individu selain penjada sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hakimah Mohamad Yusuf menegaskan, sasaran utama penguatkuasaan ialah terhadap hampir 1,900 premis di seluruh negara yang didapati masih belum menukar logo halal swasta yang telah diharamkan kepada logo Halal Malaysia keluaran JAKIM.

Buru premis logo haram

Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula semalam (01/01/2012), masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.

Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International. Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi.

“Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali,” katanya.

Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai semalam, melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan. Pihak industri telah diberi tempoh setahun untuk mendapatkan logo Halal Malaysia keluaran JAKIM. Hakimah menjelaskan, JAKIM menerima hanya 1,670 permohonan untuk mendapatkan sijil halal dalam tempoh empat bulan lalu.

“Namun hanya 613 permohonan layak dan diberikan sijil halal. Ini termasuk bagi pelabelan produk sebanyak 535, premis makanan (70) dan rumah sembelih (7),” katanya.

JAKIM berkata, pihaknya juga mengesan sebanyak 1,000 syarikat yang tidak bertanggungjawab kerana melakukan pengisytiharan halal sendiri termasuk meletakkan papan tanda atau menampal pelekat halal selain pengunaan nama Allah dan Nabi.

Menurutnya, sebanyak 1,327 syarikat telah diperiksa sepanjang Januari hingga November 2011. Daripada jumlah terbabit, sebanyak 70 pemegang sijil halal menetapi piawaian dan sebanyak 81 syarikat telah digantung dan ditarik balik sijil halal mereka manakala 154 lagi telah diberikan peringatan keras.

Setiap permohonan sijil halal menngambil masa sebulan untuk diproses. Kebiasaannya, permohonan ditolak selepas tidak menepati ciri-ciri teknikal termasuk keadaan premis dan pekerja yang memerlukan suntikan pelalian demam kepialu (TY2).

JAKIM juga menyiasat aspek lain seperti status halal pembekalan bahan ramuan selain syarat sekurang-kurangnya dua pekerja mereka mesti beragama Islam. Bagi rumah sembelihan pula, pengusaha wajib memastikan pekerja memiliki tauliah daripada Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri.

Bagi permohonan yang ditolak, mereka perlu memperbetulkan masalah-masalah yang dikesan dalam masa 14 hari sebelum kes masing-masing disemak semula. Untuk panduan logo halal di luar negara, JAKIM sehingga 31 Julai 2011 telah mengiktiraf 56 pertubuhan Islam dari 28 negara yang mengeluarkan pensijilan halal untuk negara masing-masing.

Maklumat lanjut senarai pertubuhan, negaraserta logo halal yang digunapakai boleh dilakukan dengan mengunjungi JAKIM ~ Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf 2011.

Makan di kedai berlogo haram berdosa

Umat Islam yang sengaja mengunjungi premis makanan yang mempamerkan logo halal selain daripada yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dianggap melakukan dosa.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan itu berdosa kerana ia jelas melanggar peratusan yang menyentuh hukum syarak dalam urusan halal dan haram sesuatu yang dimakan.

Contohnya, jika kita termasuk dalam kumpulan yang wajib membayar cukai, maka kita perlu menjelaskannya. Begitu juga dalam pemakaian logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM, ia sudah menjadi peraturan dan sewajarnya menjadi kewajipan untuk dipatuhi.

Beliau diminta mengulas tindakan sesetengah pemilik premis yang masih mempamerkan logo halal swasta, sedangkan tarikh penguatkuasaan logo Halal Malaysia bermula semalam.

Logo halal swasta yang diharamkan


Senarai penuh : Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.

INFO Logo Halal Malaysia

❀ Akta Perihal Dagangan 2011 memberi kuasa hanya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kemajuan Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri utnuk mengeluarkan logo halal.

❀ Akta tersebut telah diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2011.

❀ Mulai 1 januari 2012, hanya logo Halal Malaysia keluaran JAKIM sahaja dibenarkan untuk digunakan bagi produk makanan, barangan kegunaan, rumah sembelihan dan premis komersial khususnya penjualan makanan.

❀ Hukuman denda akan dikenakan sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali.

❀ Mulai 1 Januari ini, orang ramai boleh membuat aduan mengenai salah laku pengusaha premis dalam pengunaan logo halal dengan menghubungi JAKIM di talian 03-8135 0200 atau 03-8305 0292 untuk bahagian aduan atau dengan mengisi borang makluman secara online di PertanyaanMaklumBalasAduan. Maklumat lanjut di HalalJAKIM.




Sumber : Kosmo! 01/01/2012

2 ulasan:

  1. Masalah Loga hahal nie ..patutnya dah kene selesaikan daripada dulu lagi...krn ia melibatkan soal halal haram dalam pemakanan...dan sensitif orang islam....
    Bukan apa...kekadang kelemahan penguatkuasaan adalah satu faktor menyebabkan byk premis memaparkan logo halal x sah...

    BalasPadam
  2. @mselim3

    Ya, saya setuju. Setelah lebih 50 tahun merdeka, kita masih tidak merdeka tentang perkara asas iaitu makan dan minum yang halal.

    Rasa macam hidup di negara asing pula...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails