“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Jun 13, 2008

Talak: Penyelesaian Masalah Rumahtangga

Talak dan pengertiannya:

Talak ialah suatu cara penyelesaian yang terakhir apabila pihak suami dan isteri tidak menemui jalan perdamaian untuk bersama dalam sebuah rumah tangga.

Menurut istilah syarak, talak bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan atau perpisahan antara suami dengan isteri melalui lafaz talak atau lain-lain.
Sabda Rasulullah S.A.W.

( Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah )
Maksudnya : Daripada Ibnu Umar r.a, telah bersabda Rasulullah S.A.W., perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah azzawajalla ialah talak.

Talak terlaksana apabila seorang suami melafazkan perkataan cerai, seperti:

“ Aku ceraikan engkau.”

Dengan lafaz tersebut, terpisahlah mereka sebagai suami isteri, dan semua pergaulan mereka terbatas.

Hukum talak dan penyelesaiannya:

Hukum

Penyelesaian

Wajib

Jika perselisihan antara suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju, mereka perlu bercerai.

Sunat

Apabila seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.

Makruh

Jika seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang baik tanpa terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh isterinya itu.

Haram

Seorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau nifas.

Harus

Apabila tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri.

Jenis-jenis talak

  • Talak sunat, iaitu suami menjatuhi talak kepada isterinya mengikut peraturan agama, seperti menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan belum disetubuhi.
  • Talak Bid’ad, iaitu suami menjatuhi talak kepada isterinya dengan tidak mengikut peraturan seperti, menceraikan isterinya ketika haid atau nifas, atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus.

Bilangan talak

Talak satu

Suami menceraikan isterinya dengan talak satu. Semasa idah , suami boleh merujuki isterinya kembali

Talak dua

Suami menceraikan isterinya dengan talak dua sekaligus atau penceraian yang berlaku pada kali kedua. Ketika idah suami boleh merujuki isterinya kembali

Talak tiga

Seorang suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus atau penceraian yang berlaku kali ketiga. Apabila seorang isteri telah dicerai dengan talak tiga, bekas suaminya tidak boleh merujuki kembali atau berkahwin semula dengan bekas isterinya, melainkan isterinya itu berkahwin dengan lelaki lain dan telah disetubuhi, kemudian dicerai, dan tamat tempoh idahnya

Hikmah talak

  • Memberi peluang kepada suami dan isteri menginsafi kesalahan masing-masing dan membaikinya bagi memulakan penghidupan baru
  • Memberikan peluang kepada keluarga kedua-dua belah pihak mencari jalan untuk mendamaikan mereka berdua.
  • Memberi jalan kepada pasangan yang tidak ada persefahaman untuk berpisah dan memulakan penghidupan barudengan pasangan masing-masing.
  • Sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat untuk melepaskan diri daripada keadaan tersebut.

Firman Allah S.W.T

( Surah an-Nisa : ayat 130 )
Maksudnya : Jika kedua-dua suami dan isteri bercerai, maka Allah akan memberi kesenangan bagi masing-masing dengan kurnia-Nya, Allah lapang (kurnia-Nya) lagi Maha Bijaksana.

Sumber: http://cybermosque.mpsj.gov.my/rumah.html

2 ulasan:

  1. Salam

    Terima kasih atas info talak ni. Kadang kala kita terlupa mengenai hukum yang sebenar dan prosedurnya. Terima kasih kerana mengingatkan.

    BalasPadam
  2. terimakasih infonya,...masalah rumah tangga ada di http://salwajualan.blogspot.com/

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails